Ziela Jalil: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Joyahh (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 21: Baris 21:


==Kehidupan peribadi==
==Kehidupan peribadi==
Menjadi isteri kedua kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid, gelaran "Puan Sri" secara automatiknya diberi kepada beliau. Selain itu, beliau juga dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang kerana keakrabannya dengan YM. Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah, kekanda Sultan Pahang.
Menjadi isteri kedua kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid, gelaran "Puan Sri" secara automatiknya diberi kepada beliau. Selain itu, beliau juga dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang kerana keakrabannya dengan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah, kekanda Sultan Pahang.


==Diskografi==
==Diskografi==

Semakan pada 15:41, 19 Mei 2021


Ziela Jalil
Kelahiran
Norzilah binti Abdul Jalil

(1970-11-14) 14 November 1970 (umur 53)[1]
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, penerbit
Tahun aktif1986–kini
PasanganTan Sri Megat Junid Megat Ayob (k. 1991; m. 2008)
Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar (k. 2019)
Anak-anak3 (termasuk seorang anak angkat)[2]

Puan Sri Dato' Norzilah "Ziela" Abdul Jalil (lahir 14 November 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A. R. Badul menerusi filem humor, Mr Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang dan Driving School), Z. Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan Raja Ahmad Alauddin (Kayangan).

Beliau turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.

Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama-drama TV.

Kehidupan peribadi

Menjadi isteri kedua kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid, gelaran "Puan Sri" secara automatiknya diberi kepada beliau. Selain itu, beliau juga dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang kerana keakrabannya dengan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah, kekanda Sultan Pahang.

Diskografi

  1. Eee... takut (Solo - Titra Records 1986)
  2. Samarinda (Kompilasi 1998 - termasuk Liza Abdullah dan Renggo)

Filemografi

  1. Mr Os
  2. Perawan Malam
  3. Ujang
  4. Konstabel Mamat
  5. Rentak Desa
  6. Rozana Cinta 87
  7. Kembar Siam
  8. Tarzan Rimba (Indonesia)
  9. Pancasona (Indonesia)
  10. Jurus Dewa Naga (Indonesia)
  11. Pendekar Mata Satu (Indonesia)
  12. Driving School
  13. Harry Boy
  14. Kayangan
  15. Filem 2 Hati
  16. Janda Kosmopolitan

Anugerah dan pencalonan

  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 1993
  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 1995
  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 2006
  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008
  • Drama Komedi Terbaik Anugerah Skrin
  • Drama Terbaik Media Sosial Anugerah Skrin 2014
  • Drama Terbaik Anugerah Drama Festival KL 2016

Rujukan

  1. ^ Khadijah Ibrahim (22 November 2005). "Ziela Jalil dapat pejabat sempena hari lahir ke-35". Utusan Online. Dicapai pada 10 Mac 2014.
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (9 Julai 2013). "Ziela Jalil Akui Sukar Bergelar Ibu Tunggal". mStar Online. Dicapai pada 10 Mac 2014.

Pautan luar