Mikail Andre: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18: Baris 18:
}}
}}


'''Mohammad Mikail Andre bin Nazrul Andre''' atau nama ringkasnya ''Mikail Andre'' ([[Tulisan Jawi]]:ميكايل اندري, lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang [[pelakon]] dan [[pengarah filem]] [[Malaysia]]. Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, [[Pierre Andre]].<ref>Nurul Nazirah Nazaruddin (14 Februari 2012). [http://www.sinarharian.com.my/hiburan/mikail-tidak-kisah-dibayangi-pierre-andre-1.23875 Mikail tidak kisah dibayangi Pierre Andre] ''[[Sinar Harian]]''. Diperoleh pada 14 Oktober 2012.</ref> Ibunya ialah [[Khatijah Tan]], pelakon veteran wanita Malaysia.<ref>Norhayati Nordin (4 Januari 2015). [https://www.hmetro.com.my/node/21496 Tak ambil kesempatan] ''[[Harian Metro]]''.
'''Mohammad Mikail Andre bin Nazrul Andre''' atau nama ringkasnya '''Mikail Andre''' ([[Tulisan Jawi]]:ميكايل اندري, lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang [[pelakon]] dan [[pengarah filem]] [[Malaysia]] dan anak kepada pelakon veteran iaitu Seniwati [[Khatijah Tan]] dan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, [[Pierre Andre]]. Beliau memulakan karienya selepas sahaja beliau menamatkan tempoh persekolahan menengahnya dengan membantu abangnya di belakang takbir set penggambaran filem.
Dicapai pada 5 Januari 2015.</ref>


==Kehidupan awal dan keluarga==
==Kehidupan awal dan keluarga==

Semakan pada 01:41, 24 Mei 2021

Mikail Andre
ميكايل اندري
Fail:Mikail Andre in 2019.jpg
Mikail pada pada tahun 2019
Kelahiran
Mohammad Mikail Andre bin Nazrul Andre

(1992-07-17) 17 Julai 1992 (umur 31)
Nama lainMika
PekerjaanPelakon, pengarah, gamers
Tahun aktif2011–kini
Terkenal keranaHantu Dalam Botol Kicap
PasanganSiti Nur Aima Fauzi (k. 2017)
Anak-anak1
IbuKhatijah Tan
BapaNazrul Andre Abdullah
HubunganPierre Andre (abang)

Mohammad Mikail Andre bin Nazrul Andre atau nama ringkasnya Mikail Andre (Tulisan Jawi:ميكايل اندري, lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia dan anak kepada pelakon veteran iaitu Seniwati Khatijah Tan dan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre. Beliau memulakan karienya selepas sahaja beliau menamatkan tempoh persekolahan menengahnya dengan membantu abangnya di belakang takbir set penggambaran filem.

Kehidupan awal dan keluarga

Beliau dilahirkan pada 17 Julai 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan suaminya, Nazrul Andre Abdullah yang berketurunan Perancis. Abang sulungnya ialah pelakon bertukar pengarah, Pierre Andre.[1]

Kerjaya

Fail:MikailAndre.jpg
Mikail pada majlis tayangan perdana filem Hantu Dalam Botol Kicap.

Mikail Andre memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi drama Rawan yang mana beliau menjayakan peranan utama bersama Faralyna Idris, Erin Malek dan Fadzil Zahari.[2][3] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan layar lebar pertamanya sebagai watak utama dalam filem seram komedi Hantu Dalam Botol Kicap arahan Azhari Zain.

Bekerja di bawah arahan abangnya, Pierre Andre, Mikail membintangi filem aksi seni mempertahankan diri 2013, 1 Lawan Satu yang mana watak utamanya sebagai Radhi, seorang pesilat yang terdesak mencari wang untuk membiayai kos perubatan adiknya, Sara (dibintangi oleh Puteri Balqis) yang menghidap penyakit leukemia. Filem ini turut dibintangi oleh Azlan Komeng dan Eyzendy Aziz.[4][5] Beliau juga membintangi drama Dewi Lasak juga arahan abangnya, lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime.[6][7]

Mikail mempunyai peranan pembantu sebagai pegawai polis dalam filem komedi Islamik, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan undangan khas Ustaz Azhar Idrus dan peranan utama dalam filem Highland Tower, sebuah filem seram yang berlatarkan tragedi Highland Towers.[8][9][10] Sekali lagi bekerja di bawah arahan abangnya, Mikail muncul dalam dua filem yang ditayangkan juga pada 2014—filem drama romantik Muka Surat Cinta (tajuk asal Perempuan Mukasurat Tujuh)[11][12] dan aksi pengembaraan Sniper.[13]

Kehidupan peribadi

Mikail berkahwin dengan gadis pilihannya, Siti Nur Aima Fauzi pada 1 April 2017 selepas solat Asar di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, Kedah.[14][15]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Al-Hijab Pelakon filem seram 4 Filem pertama, pelakon undangan
2012 Hantu Dalam Botol Kicap Azri
2012 Taikun Ahli Geng Black Rose
2013 Dua Kalimah Pian
2013 1 Lawan Satu Radhi
2013 Longkai Bayam
2013 Lagenda Budak Hostel Tobek
2013 Highland Tower Mika
2013 Tokak Boy
2013 Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Inspektor
2013 Kisah Paling Gangster Romeo
2014 Muka Surat Cinta Putra
2014 Sniper Ahmad
2014 Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Hairi
2014 Cerita Hantu Malaysia Aki
2020 Superbike The Movie Ketua Polis Penampilan khas

Telefilem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah
2016 13 Tiang Cinta Tidak Ya
2016 Cinta Sticky Note Tidak Ya Hypp Sensasi
2017 Jenayah Cinta Tidak Ya

Drama

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah
2012 Rawan Ya Tidak Dr. Amran TV9
2013 Dewi Lasak Ya Tidak Andika TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 9) Ya Tidak Astro Oasis Episod: "Jihad"
2014 Kalimah Jiwa Ya Tidak Salahuddin TV3 Penampilan khas
2014 Kifarah (Musim 1) Ya Tidak Rafiq Episod: "Di Angin Lalu"
2014 Plan B Ya Tidak Inspektor Faris
2014 Couture Cintaku Ya Tidak Rodi TV1
2015 Embok Belum Terbakar Ya Tidak Idrus TV2
2015 Kasih Di Wajahmu Ya Tidak TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Episod Catatan
2013 Liga Lawak Superstar TV3
2015 Kaki Bola TV9
2020 Jom Berbuka Episod 1

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2014 Anugerah Meletop ERA 2014 Tercalon

Rujukan

  1. ^ "Biodata Mikail Andre". Encik Shino. 11 Januari 2017. Dicapai pada 20 April 2017.
  2. ^ Tonton Rawan malam ini di TV9 MiG Online (12 Disember 2012). Dicapai pada 13 April 2018.
  3. ^ Saksikan drama Rawan 10:30 malam ini di TV9 MiG Online (7 November 2012). Dicapai pada 13 April 2018.
  4. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  5. ^ Nurrezatul Aqmar Mustaza (29 Jun 2013). "Satu Lawan Satu pertaruhan terbaru Pierre Andre". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  6. ^ "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  7. ^ "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  8. ^ Melati Pusaka (3 November 2013). "Filem 'Highlands Tower' tidak seram pun". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 November 2013. Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa.
  9. ^ Syazwan Zakariah (7 November 2013). "'Amatur' yang tidak meyakinkan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 November 2013.
  10. ^ Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2013.
  11. ^ Aqmar Mustaza (18 Januari 2014). "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  12. ^ "Buat kerja sia sia dalam "Muka Surat Cinta"". Free Malaysia Today. 8 Januari 2014. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  13. ^ Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). Sebalik misteri Sniper Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  14. ^ Selepas Kahwin, Mikail Andre Ikut Isteri Ke Langkawi Astro Gempak (2 April 2017). Diperoleh pada 3 April 2017.
  15. ^ Mikail Andre sudah bertunang Harian Metro (24 Julai 2016). Diperoleh pada 25 Julai 2016.

Pautan luar