Zaiton Abdullah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox actor
{{Infobox actor
| honorific_prefix = '''Seniwati'''
| name = Zaiton Abdullah
| name = Zaiton Abdullah<br/>'''زيتون عبدالله'''
| image = Zaitonabdullah01.jpg
| image = Zaitonabdullah01.jpg
| imagesize = 220px
| imagesize = 220px

Semakan pada 07:30, 24 Mei 2021

Seniwati

Zaiton Abdullah
زيتون عبدالله
Gambar dalam filem Anakku Sazali
Kelahiran
Zaiton Abdul Hamid

(1937-04-02) 2 April 1937 (umur 86)
Changi Road, Singapura Singapura
Warganegara Singapura
Nama lainZaiton
Tahun aktif1955–1968
Terkenal keranaBujang Lapok
Anakku Sazali
PasanganAbdullah Hussein
Anak-anak5
AnugerahFestival Filem Asia ke-3 - Pelakon Pembantu Terbaik (Hang Tuah)

Zaiton Abdullah (lebih dikenali sebagai Zaiton), adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Beliau adalah heroin filem seangkatan dengan Hashimah Yon, Latifah Omar, Roseyatimah dan Sarimah.

Beliau dilahirkan pada 2 April 1937 dan berasal dari Changi, Singapura.

Filem Hang Tuah (1955) telah berjaya melonjakkan nama beliau di persada perfileman Melayu. Namanya menjadi sebutan ramai dan wajah Zaiton sering menghiasi akhbar dan majalah pada zaman itu. Menerusi filem tersebut beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 3 pada 1957. Tetapi, beliau seperti tenggelam dalam dunia perfileman Melayu apabila sekumpulan pelakon Melayu yang diketuai oleh P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada lewat 1960-an.

Satu perkara yang menarik ialah pada September 1958, beliau menjadi satu-satunya artis Melayu yang dipilih mewakili Malaysia dan Singapura ke Pacific Festival yang berlangsung di San Francisco, California. Beliau diberi peluang memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia pada masa itu.

Zaiton membuat kemunculan semula menerusi filem Kacha Permata dan Aksi Kucing pada tahun 1966 dan cemerlang menerusi filem blockbuster era 60-an iaitu Raja Bersiong pada tahun 1968. Sejak 1970-an Zaiton mula bersara dari bidang lakonan dan hanya membuat kemunculan istimewa di majlis-majlis keraian artis-artis veteran. Beliau diakui sebagai salah seorang primadona filem terunggul era 1950-an dan 60-an dengan kecantikan semula jadi yang seiring dengan bakat biarpun hanya 10 tahun bergiat aktif di dalam industri perfileman.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1955 Jubah Hitam Filem pertama
Abu Hassan Penchuri
Kipas Hikmat
1956 Hang Tuah Tun Teja
Anakku Sazali Mahani
1957 Bujang Lapok Zaiton
1958 Doktor Noor
Taufan Fatimah
1959 Samseng
Batu Belah Batu Bertangkup Melur
1960 Pertarongan Molek
Lela Manja Lela Sari Dewasa
Putera Sangkar Maut
1961 Ali Baba Bujang Lapok Penghibur Gundik
Si Tanggang Kenanga
Seniman Bujang Lapok Zaiton Kemunculan khas
1962 Gerhana Nora
Ibu Mertuaku Kalsum Bee/Chombi
1963 Budi dan Dosa Hasmah
1964 Siapa Besar Maznah Senget
1965 Takdir
1966 Kacha Permata Azizah
Aksi Kucing
1967 Lampong Karam
1968 Raja Bersiong Cindera Filem terakhir

Diskografi

Album

Album EP TRC1066 rakaman Zaiton Abdullah bersama penyanyi S. Jibeng

Zaiton Abdullah pernah merakamkan piring hitam bersama penyanyi S. Jibeng dengan judul EP TRC1066. Antara lagu yang terkandung di dalamnya adalah:-

  • S. Jibeng & Zaiton Abdullah - Janji Palsu
  • Zaiton Abdullah - Azam dan Azab-ku
  • S. Jibengs - Che Ainon Janda Muda
  • S. Jibeng- Mengapa-lah Hidup-ku

Rujukan

Anugerah dan pencalonan

Festival Filem Malaysia (FFM)

Tahun Filem Kategori Keputusan
1958 Taufan Aktres Terbaik Menang

• (pencalonan) Aktres Terbaik "Aksi Kucing" - Festival Filem Malaysia (FFM) 1966.

• (pencalonan) Aktres Terbaik "Gerhana" - Festival Filem Malaya (FFM) 1962.