Ayam belanda: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 12: Baris 12:
<!-- | wikispecies = Meleagris
<!-- | wikispecies = Meleagris
| itis = 176135}}-->
| itis = 176135}}-->
'''Ayam belanda''', '''ayam piru'''<ref>[http://www.jpvpp.gov.my/component/content/article/42-artikel/rokstories/93-ayam-piru.html Ayam Piru.]</ref> atau '''kalkun<ref name="DBP">{{Cite dictionary|title=kalkun|date=2017|url=http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kalkun|encyclopedia=Kamus Dewan|edition=ke-4|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia}}</ref>''' adalah sejenis spesies [[burung]] berukuran besar dari ordo ''Galliformes'' genus ''Meleagris''. yang bertaburan asal dari kawasan merangkumi selatan dan tengah benua [[Amerika Utara]]; ia merupakan haiwan paling besar dalam taburan ini. Ia menonjol dari penampakan [[Balung ayam|balung]]<nowiki/>nya yang tergantung pada leher ia.
'''Ayam belanda''' ([[Jawi]]: '''ايم بلندا''' ), '''ayam piru''' ([[Jawi]]: '''ايم ڤيرو''' )<ref>[http://www.jpvpp.gov.my/component/content/article/42-artikel/rokstories/93-ayam-piru.html Ayam Piru.]</ref> atau '''kalkun<ref name="DBP">{{Cite dictionary|title=kalkun|date=2017|url=http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kalkun|encyclopedia=Kamus Dewan|edition=ke-4|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia}}</ref>''' ([[Jawi]]: '''كالكون''' ), adalah sejenis spesies [[burung]] berukuran besar dari ordo ''Galliformes'' genus ''Meleagris''. yang bertaburan asal dari kawasan merangkumi selatan dan tengah benua [[Amerika Utara]]; ia merupakan haiwan paling besar dalam taburan ini. Ia menonjol dari penampakan [[Balung ayam|balung]]<nowiki/>nya yang tergantung pada leher ia.


Haiwan ini sering diburu atau dijinakkan untuk mendapatkan daging ia yang banyak terkandung.
Haiwan ini sering diburu atau dijinakkan untuk mendapatkan daging ia yang banyak terkandung.

Semakan pada 15:06, 30 Mei 2021

Ayam belanda
Julat zaman: 23–0 Ma
Early Miocene – Recent
Seekor ayam belanda berjalan
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Galliformes
Keluarga: Phasianidae
Subkeluarga: Meleagridinae
Genus: Meleagris
Linnaeus, 1758
Spesies

Ayam belanda (Jawi: ايم بلندا ), ayam piru (Jawi: ايم ڤيرو )[1] atau kalkun[2] (Jawi: كالكون ), adalah sejenis spesies burung berukuran besar dari ordo Galliformes genus Meleagris. yang bertaburan asal dari kawasan merangkumi selatan dan tengah benua Amerika Utara; ia merupakan haiwan paling besar dalam taburan ini. Ia menonjol dari penampakan balungnya yang tergantung pada leher ia.

Haiwan ini sering diburu atau dijinakkan untuk mendapatkan daging ia yang banyak terkandung.

Penamaan

Nama "ayam belanda" dipercayai ada kaitan dengan perkenalan burung ini ke alam Melayu oleh para pelayar Empayar Belanda sekitar abad ke-17. "Ayam piru" yang kurang dikenali dikaitkan dengan nama Peru hasil perkenalan oleh orang-orang Portugis melalui nama gallo do Peru atau gallinhas de Peru.[3]

"Kalkun" merupakan nama yang lebih khusus dipakai di Indonesia[2] meminjam dari Belanda: kalkoen hasil penyingkatan perkataan Calicut-hoen iaitu "ayam Kolkata" hasil tempat burung ini diperolehi semasa berdagang di India.[4][5]

Taksonomi

Burung ini terhgolong dalam keluarga Phasianidae (termasuk pheasants, partridge, francolin, ayam hutan, grouse) order Galliformes.[6]

Ciri

Kalkun betina lebih kecil dan warna bulu kurang berwarna-warni dibandingkan kalkun jantan. Sewaktu berada di alam bebas, kalkun mudah dikenali dari rentang sayapnya yang mencapai 1.5-1.8 meter.

Spesies kalkun asal Amerika Utara disebut M. gallopavo sedangkan kalkun asal Amerika Tengah disebut M. ocellata.

Tabiat

Pembiakan

Sebiji telus spesies Meleagris gallopavo

Kalkun diketahui mempunyai kemampuan unik dalam melakukan reproduksi aseksual. Walaupun tidak ada kalkun pejantan, kalkun betina bisa menghasilkan telur yang fertil. Anak kalkun yang dihasilkan sering sakit-sakitan dan hampir selalu jantan. Perilaku ini bisa mengganggu proses inkubasi telur di peternakan kalkun.[7].

Sejarah

Fosil lama

Sebahagian besar jenis-jenis kalkun sekarang sudah tinggal fosil saja. Subfamilia Meleagridinae diketahui berasal dari zaman Miosen awal dan mempunyai genus Rhegminornis (zaman Miosen awal) dan Proagriocharis (zaman Miosen akhir/Pliosen awal). Fosil kalkun yang genusnya tidak diketahui tetapi mirip dengan Meleagris diketahui berasal dari zaman Miosen akhir.

Daftar kalkun yang hanya diketahui dari fosil saja:

  • Meleagris sp. (zaman Pliosen awal)
  • Meleagris leopoldi (zaman Pliosen akhir)
  • Meleagris progenes (zaman Pliosen akhir)
  • Meleagris sp. (zaman Pliosen akhir)
  • Meleagris anza (zaman Pleistosen awal)
  • Meleagris californica (zaman Pleistosen akhir)
  • Meleagris crassipes (zaman Pleistosen akhir)

Pembelajinakan

Burung ini mula dibelajinakan dari spesies M. gallopavo; spesies M. ocellata kemungkinan adalah hasil domestikasi suku Maya. Ada orang yang berpendapat kalkun yang diternakkan untuk diambil dagingnya berasal dari kalkun suku Maya. Alasannya kalkun suku Maya lebih penurut dari kalkun liar asal Amerika Utara, tetapi teori ini tidak didukung bukti morfologis.

Rujukan

  1. ^ Ayam Piru.
  2. ^ a b "kalkun". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1988). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 283–284.
  4. ^ Harbeck, James (24 November 2015). "How the Thanksgiving turkey was named after the country Turkey". The Week. Dicapai pada 15 Disember 2020.
  5. ^ De Smet, Frans (23 Disember 2006). "Waarom we elk jaar met Kerstmis kalkoen eten". Nieuwsblad (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 15 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Crowe, Timothy M.; Bloomer, Paulette; Randi, Ettore; Lucchini, Vittorio; Kimball, Rebecca T.; Braun, Edward L. & Groth, Jeffrey G. (2006a): "Supra-generic cladistics of landfowl (Order Galliformes)". Acta Zoologica Sinica 52(Supplement): 358–361. PDF fulltext
  7. ^ Savage, Thomas F. (September 12, 2005). "A Guide to the Recognition of Parthenogenesis in Incubated Turkey Eggs". Oregon State University. Dicapai pada 2006-10-11.

Sumber utama

Olson, Storrs L. (1985): Section VIII.H.4.d. Meleagridinae. In: Farner, D.S.; King, J.R. & Parkes, Kenneth C. (eds.): Avian Biology 8: 118-119. Academic Press, New York.

Pautan luar