Setanggi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 2: Baris 2:
[[Fail:Incenselonghua.jpg|thumb|right|Setanggi dibakar]]
[[Fail:Incenselonghua.jpg|thumb|right|Setanggi dibakar]]


'''Setanggi''' ([[bahasa Latin]]: dibakar)<ref>
'''Setanggi''' ([[Jawi]]: '''ستڠݢي''' ), ([[bahasa Latin]]: dibakar)<ref>
{{cite web
{{cite web
|url=http://www.socyberty.com/History/The-History-of-Incense.332309
|url=http://www.socyberty.com/History/The-History-of-Incense.332309

Semakan pada 06:52, 7 Jun 2021

Setanggi dibakar

Setanggi (Jawi: ستڠݢي ), (bahasa Latin: dibakar)[1] terdiri daripada bahan biotik harum, yang membebaskan asap harum apabila dibakar. Istilah setanggi merujuk kepada bahan itu sendiri, bukannya bau yang dihasilkan. Ia digunakan dalam istiadat keagamaan, upacara penyucian,[2][3] aromaterapi,[4] meditasi, bagi menghasilkan suasana kerohanian, dan menyembunyikan bau kurang enak.

Banyak upacara keugamaan dan penyucian diri menggunakan setanggi, perlakuan yang kekal sehingga hari ini. Setanggi turut diguakan dalam perubatan dan bagi nilai estetiknya. Bentuk setanggi berbeza menurut kemajuan teknologi budaya pengguna, dan kepelbagaian sebab ia dibakar.[5]

Ia digunakan dalam istiadat keagamaan, upacara penyucian,[6][7] aromaterapi,[4] meditasi, bagi menghasilkan suasana kerohanian, dan menyembunyikan bau kurang enak.

Setanggi terdiri daripada bahan tumbuhan harum, sering kali digabung dengan minyak haruman.[8] Bentuk yang dimainkan oleh setanggi berbeza dengan budaya asasnya, dan telah berubah dengan kemajuan dalam teknologi dan pertambahan kepelbagaian tujuan ia dibakar.[5] Setanggi boleh dibahagikan kepada dua jenis utama: "dibakar tidak langsung" dan "dibakar langsung." Setanggi dibakar tidak langsung (atau "setanggi tidak terbakar") tidak berupaya terbakar sendirian, dan memerlukan punca haba yang berasingan. Setanggi dibakar langsung ( "setanggi mudah terbakar") dinyalakan secara langsung menggunakan api dan kemudian dikipas atau dihembus padam, meninggalkan bara yang membara dan membebaskan haruman. Setanggi dibakar langsung terdapat dalam pelbagai bentuk, termasuk batang ( "batang colok"), kon, dan piramid.

Sejarah

Batang setanggi di Monasteri Po Lin, Hong Kong

Setanggi digunakan dalam kebudayaan Cina sejak Zaman Neolithik dan menjadi tersebar semasa Dinasti Xia, Dinasti Shang, dan Dinasti Zhou.[9] Penggunaan setanggi terawal direkodkan datangnya dari Cina kuno yang menggunakan setanggi dari keluaran herba dan tumbuhan (seperti dari cassia, kulit kayu manis, styrax, gaharu, antara lainnya) semasa upacara istiadat rasmi.[10] Akhirnya, orang-orang Hindu menerima pakai penggunaan setanggi dari Cina, tetapi mereka juga yang pertama menggunakan akar sebagai setanggi.[10]

Setanggi digunakan oleh Mesir kuno, bukan hanya bagi menghilangkan bau busuk, tetapi juga untuk menghalau jembalang dan menyenangkan Dewa-dewi Mesir.[4] Mereka percaya bahawa bebola resin yang banyak dijumpai dalam kubur Mesir prasejarah di El Mahasna diletakkan bagi tujuan ini.[11] Dupa tertua dijumpai bertarikh sehingga dinasti Mesir ke-5.[11] Kuil Deir-el-Bahari di Mesir mengandungi siri ukiran yang menggambarkan ekspedisi bagi mendapatkan setanggi.[12]

Sesetengah rujukan tertua mengenai setanggi kelihatannya terdapat dalam kitab Veda (teks Hindu kuno) sendiri, terutamanya Atharva Veda, menunjukkan kegunaan setanggi agak lama, bertarikh sehingga sekurang-kurangnya 3,500 tahun dahulu dan kemungkinannya hampir antara 6,000 hingga 8,500 tahun.[13]

Sekitar 2,000 BC, tamadun Cina Kuno merupakan peradaban pertama yang mula menggunakan setanggi dari segi keugamaan, iaitu bagi penyembahan.[14]

Orang-orang Babylon menggunakan setanggi semasa berdoa pada "oracle (/nujum)" menilik ("divining oracle").[15] Dari situ, setanggi merebak ke Greece dan Rome.

Peradaban Lembah Indus menggunakan dupa.[16] Bukti menunjukkan minyak terutamanya digunakan bagi haruman mereka.

Setanggi dibawa masuk ke Jepun pada abad ke-6 oleh sami Buddha Korea, yang menggunakan haruman mistik dalam upacara penyucian mereka, bau lembut Koh (setanggi berkualiti tinggi Jepun) menjadi sumber hiburan dan menyenangkan dikalangan bangsawan di Istana Kemaharajaan ("Imperial Court") semasa Era Heian 200 tahun berikutnya.

Di China, penggunaan setanggi mencapai kemuncaknya semasa Dinasti Song dengan banyak bangunan didirikan khusus bagi upacara setanggi.[9]

Semasa abad ke-14 pemerintahan Shogun, perwira samurai mungkin mengharumkan topi dan perisainya dengan setanggi bagi mencapai aura kekebalan (juga sebagai tanda hormat kepada sesiapa yang mengambil kepalanya dalam pertempuran). Ianya hanya pada Era Muromachi semasa abad ke-15 dan abad ke-16 penghargaan setangi (Kōdō) merebak ke masyarakat Jepun kelas atasan dan pertengahan.

Komposisi

Sesetengah bahan setanggi mentah dan bahan penghasilan setanggi (dari atas ke bawah, kiri ke kanan) serbuk Makko (抹香; Machilus thunbergii), Borneol kapur barus ("camphor") (Dryobalanops aromatica), Sumatra Benzoin (Styrax benzoin), Omani frankincense (Boswellia sacra), Guggul (Commiphora wightii), Golden Frankincense (Boswellia papyrifera), Tolu balsam (Myroxylon toluifera), Somalian myrrh (Commiphora myrrha), Labdanum (Cistus villosus), Opoponax (Commiphora opoponax), dan white Indian sandalwood powder (Santalum album)

Sepanjang sejarah, pelbagai jenis bahan telah digunakan bagi menghasilkan setanggi. Dalam sejarah terdapat kecenderungan bagi menggunakan bahan tempatan yang ada. Sebagai contoh, sage dan cedar telah digunakan oleh penduduk pribumi Amerika Utara.[17] Ini merupakan kecenderungan, dan perdagangan silam setanggi dari satu kawasan ke kawasan yang lain merangkumi sebahagian besar perdagangan sepanjang Laluan Sutera dan laluan perdagangan yang lain, satu yang terkenal dikenali sebagai Laluan Setanggi.[18]

Hal yang sama juga boleh dikatakan bagi teknik menghasilkan setanggi. Pengetahuan dan peralatan setempat banyak memberi pengaruh pada gaya penghasilan, tetapi kaedah pembuatan turut dipengaruhi oleh perpindahan orang asing, antara agamwan yang merantau dan pakar perubatan di mana kedua-dua golongan ini arif dengan seni setanggi.[5]

Haruman pepejal semulajadi

Bahan haruman berikut boleh digunakan pada setanggi bakar langsung atau tidak langsung. Ia biasanya digunakan dalam upacara keugamaan, dan banyak dari mereka dianggap agak berharga. Minyak pati atau pasi hasilan dari bahan berikut juga boleh diasingkan dan digunakan bagi menghasilkan setanggi. Setanggi yang terhasil kadang-kala dianggap kekurangan haruman rumit, atau tidak asli berbanding setanggi yang dihasilkan dari bahan yang tidak digabung atau diperkaya dengan hasilan ini.

Kayu dan kulit kayu

Biji benih dan buah

Resin dan getah

Daun

Akar dan rizom

Bunga

Berasaskan haiwan

Asas mudah terbakar

Charcoal based cone incense

Asas campuran bahan bakar setanggi bukan sahaja mengikat kesemua bahan wangian tetapi juga membolehkan setanggi membakar dengan sendirinya serta merebak dengan perlahan dan ratanya, sifat ini kadangkala dimanfaatkan dalam pengunaan setanggi untuk mengukur masa. The base is chosen such that it does not produce a perceptible smell. Terdapat dua jenis asas yang menjadi pilihan secara komersialnya:

  • Campuran bahan api dan pengoksida: Arang atau serbuk kayu merupakan bahan pembakar. Getah-getah seperti gam arab or Tragacanthdugunakan untuk mengikat bahan-bahan mentah menjadi sebati manakala bahan pengoksida seperti natriium nitrat atau kalium nitrat menjadikan pembakaran setanggi tahan lama. Bahan wangian dicampurkan ke dalam sebatian ini sebelum (jika setanggi dalam bentuk serbuk) atau selepas dibentuk (jika menghasilkan minyak setanggi). Rumusan untuk setanggi berasaskan arang hampir-hampir serupa dengan "serbuk hitam" namum ia kekurangan sulfur.
  • Pengikat semulajadi berasaskan tumbuhan: Bahan bermukus yang diperolehi daripada banyak sumber tumbuhan dicampur dengan bahan wangian dan air. Bahan bermukus ini mengikat wangian bersama manakala selulosa dalam serbuk membakar — 10% berat kering produk setanggi akhir — menghasilkan bara yang stabil apapbila dinyala.

Cultural variations

Chinese incense

setanggi at a temple in Beijing, China

There are many forms of Chinese setanggi and its use and formulation theory is strongly tied to Traditional Chinese medicine and are still referred today as "fragrant medicines" (香藥). Use of setanggi in dynastic times was as much for promotion of bodily well-being as much as for veneration and religious ceremonies. As with Japanese incense, agarwood (沈香, chenxiang) and sandalwood (檀香, tanxiang) are the two most important ingredients in Chinese incense.

Calibrated setanggi sticks and powders were used in both secular and religious Chinese culture for keeping time.[19]

Setanggi India

Setanggi ini boleh dibahagikan kepada dua kategori: jenis masala dan jenis arang.

Setanggi masala dihasilkan dengan melumatkan beberapa bahan mentah pejal menjadi pes yang kemudiannya digulung pada batang buluh. Setanggi jenis ini biasanya tiada cecair yang barangkalinya boleh hilang baunya selepas beberapa tempoh masa.

Setanggi jenis arang pula dibuat dengan mencelupkan batang "kosong" bersalut resin pengikat pada campuran wangian atau minyak pati. Kebanyakan setanggi jenis ini berwarna hitam.

Jerusalem temple incense

Ketoret was the setanggi offered in the Temple in Jerusalem and is stated in the Book of Exodus as a mixture of stacte, onycha, galbanum and frankincense.

Setanggi Tibet

Setanggi Tibet merujuk kepada jenis setanggi biasa yang terdapat di Tibet, Nepal, dan Bhutan. Setanggi ini mempunyai ciri-ciri bau "tanah" pada mereka. Bahannya berbeza dari kulit kayu manis, cengkih, dan juniper (sejenih pokok renek), hingga pada bunga cerek jantan ("kusum flower"), ashvagandha, atau sahi jeera.

Banyak setanggi Tibet dipercayai memiliki ciri-ciri perubatan. Adunannya datang dari teks Vedas/Vedik kuno yang diasaskan pada teks perubatan Ayurveda yang lebih lama. Resepi ini kekal tidak berubah selama beberapa dekad.

Setanggi Jepun

Timbunan setanggi di kuil di Jepun

Di Jepun penghargaan setanggi merangkumi seni, budaya, sejarah, dan upacara. Ia boleh dibandingkan dengan dan memiliki kuali yang sama seperti muzik, seni, atau sastera. Membakar setanggi kadang-kala dilakukan semasa istiadat teh, seperti Aturan Kaligraf, Ikebana, dan Skrol. Bagaimanapun seni penghargaan setanggi atau Koh-do, umumnya diamalkan berasingan sebagai bentuk seni berasingan dari istiadat teh, bagaimanapun biasanya diamalkan dalam bilik teh dengan rekabentuk tradisi Zen.

Gaharu (沈香 jinkō) dan cendana (白檀 byakudan) merupakan dua bahan penting dalam setanggi Jepun. Gaharu dikenali sebagai "Jinkō" di Jepun, yang diterjemah sebagai "setanggi yang tenggelam dalam air", kerana besar resin dalam kayu. Cendana pula merupakan satu dari bahan setanggi penenang dan amat sesuai untuk digunakan bagi meditasi. Ia turut digunakan dalam upacara teh Jepun. Cendana paling dihargai datangnya dari Mysore dalan negeri Karnataka di India.

Satu lagi bahan penting dalam setanggi Jepun adalah kyara (伽羅). Kyara merupakan sejenis Gaharu (Syarikat setanggi Jepun membahagikan gaharu dalam 6 kategori bergantung kepada kawasan ia didapati dan ciri-ciri gaharu). Kyara masa kini bernilai sama timbangan dengan nilai emas.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "The History of Incense". www.socyberty.com. Dicapai pada 2009-01-15.
  2. ^ Gina Hyams, Susie Cushner (2004). Incense: Rituals, Mystery, Lore. Chronicle Books. ISBN 0-8118-3993-1.
  3. ^ Carl Neal (2003). Incense: Crafting & Use of Magickal Scents. Llewellyn Worldwide. ISBN 0-7387-0336-2.
  4. ^ a b c Maria Lis-Balchin (2006). Aromatherapy science: a guide for healthcare professionals. Pharmaceutical Press. ISBN 0-85369-578-4.
  5. ^ a b c David Oller. "Making Incense".
  6. ^ Gina Hyams, Susie Cushner (2004). Incense: Rituals, Mystery, Lore. Chronicle Books. ISBN 0-8118-3993-1.
  7. ^ Carl Neal (2003). Incense: Crafting & Use of Magickal Scents. Llewellyn Worldwide. ISBN 0-7387-0336-2.
  8. ^ Cunningham's Encyclopedia of magical herbs. Llewellyn Worldwide. 2000. ISBN 0-87542-122-9.
  9. ^ a b 劉良佑,《香學會典》,臺北:東方香學研究會,2003
  10. ^ a b Stoddart, D. Michael (1990). The scented ape: The biology and culture of human odour. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 169. ISBN 0-521-37511-8.
  11. ^ a b Nielsen, Kjeld. Incense in ancient Israel. m/s. 3.
  12. ^ Stoddart, D. Michael (1990). The scented ape: The biology and culture of human odour. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 171. ISBN 0-521-37511-8.
  13. ^ Yogacharya, Yogi Baba Prem. "Incense, the Important Indian Attribute that has Influenced the World".
  14. ^ Herrera, Matthew D. (2012). Holy Smoke: The Use of Incense in the Catholic Church (2nd ed.). San Luis Obispo: Tixlini Scriptorium. Page 1.
  15. ^ Foreign trade in the old Babylonian period: as revealed by texts from southern Mesopotamia. Brill Archive. 1960.
  16. ^ John Marshall (1996). Mohenjo Daro And The Indus Civilization 3 Vols. Asian Educational Services. ISBN 81-206-1179-9.
  17. ^ Adrienne Borden and Steve Coyote. "The Smudging Ceremony".
  18. ^ Herrera, Matthew D. Holy Smoke: The Use of Incense in the Catholic Church. San Luis Obispo: Tixlini Scriptorium, 2011. www.SmellsBells.com
  19. ^ Bedini, Silvio A. (1963). "The Scent of Time. A Study of the Use of Fire and Incense for Time Measurement in Oriental Countries". Transactions of the American Philosophical Society. Philadelphia, Pennsylvania: American Philosophical Society. 53 (5). doi:10.2307/1005923. Dicapai pada 2008-05-14.

Pautan luar