Pertubuhan Berita Nasional Malaysia: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
==Anugerah==
Pada 27 Mac 2010, BERNAMA memenangi Anugerah Penjenamaan Korporat Terbaik bagi kategori Agensi Berita Nasional-Media menerusi Anugerah The Brandlaureate bagi edisi 2009-2010. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri [[Idris Jala]] menyampaikan anugerah wakil Bernama, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh. Tema anugerah itu ialah "Jenama Anda, Karya Agung". Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di [[Malaysia]] dan [[Asia Pasifik]] yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=485710 Bernama Menang Anugerah Brandlaureate]</ref> BERNAMA menerima Penganugerahan Jenama Ikonik BrandLaureate bagi kategori Juara Industri Dekad 2019 pada 18 Disember 2019. Pada 6 Mac 2020, BERNAMA menerima anugerah ‘SMEs Strategic Business Partners of the Decade Awards 2020’ di Majlis Penyampaian Anugerah Sepanjang Dekad Jenama Terbaik PKS BrandLaureate. BERNAMA juga menerima Penganugerahan The BrandLaureate The World’s First Bestbrands e-Branding 2020 bagi kategori Rakan Perniagaan Strategik pada 18 September 2020.
 
==Bernama Radio==
{{Infobox radio station
| name = Bernama Radio
| image =
| city = [[Kuala Lumpur]]
| area = [[Malaysia]] dan [[Singapura]]
| branding =
| slogan = Stesen Berita Bisnes Anda
| frequency =
| translator =
| repeater =
| airdate = {{start date and age|2007|09|03|df=yes}}
| last airdate = <!-- for defunct stations -->
| share =
| share as of =
| share source =
| format = Berita, bual bicara, cuaca, trafik
| language = [[Bahasa Melayu]] and [[Bahasa Inggeris]]
| power =
| erp =
| haat =
| class =
| facility_id =
| coordinates = <!-- {{coord|}} -->
| callsign_meaning =
| former_callsigns =
| former_frequencies = <!-- use – -->
| affiliations =
| owner = Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
| licensee =
| sister_stations =
| webcast =
| website = {{URL|http://www.bernamaradio.com.my}}
}}
 
'''Bernama Radio''' ialah stesen [[radio]] berita Malaysia yang dilancarkan pada 3 September 2007 sebagai '''Radio24''' (atau '''Bernama Radio24'''). Stesen radio ini dimiliki oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ia menyiarkan berita dari dalam dan luar negara selama 24 jam sehari dalam [[Bahasa Malaysia]] dan [[Bahasa Inggeris]] menggunakan [[frekuensi]] FM 93.9 MHz yang sebelum ini digunakan oleh [[Radio Klasik]] dari pemancar [[Menara Kuala Lumpur]] untuk Lembah Klang sahaja. Stesen radio ini beroperasi di Tingkat 15, Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, [[Kuala Lumpur]]. Ia juga menyiarkan di Johor Bahru pada 107.5 MHz yang bermula pada Januari 2012. Stesen tersebut menyiarkan berita buletin setiap jam, Berita menonjolkan setiap 15 minit, Live trafik, cuaca dan pasaran saham kemas.
 
[[Fail:Radio24 logo.jpg|thumb|right|upright|Logo Radio 24, digunakan dari 2007 hingga 2016.]]
 
Pada 19 hingga 23 Julai 2007, iaitu semasa Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan ke-50, frekuensi FM 93.9 MHz Radio Klasik dari Menara Kuala Lumpur digunakan untuk meneruskan siaran biasa dari jam 8:30 malam hingga 11:00 malam sahaja.
 
Radio Klasik menamatkan siaran dari frekuensi tersebut pada 14 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari yang menandakan ia kini bersiaran di Lembah Klang pada 2 frekuensi sahaja (87.7 dan 98.3).
 
Siaran ujian Radio24 bermula pada 16 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari bermula dengan lagu kebangsaan [[Negaraku]], "jingle" pertama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala ucapan-ucapan daripada menteri-menteri dan bakal pendengar radio tersebut. Lagu pertama yang didendangkan ialah Saya Anak Malaysia. Siaran ujian ini akan bersiaran dalam bentuk promo dan selingan lagu selama satu jam yang bersiaran tanpa henti sehingga hari pelancaran.
 
Radio24 dilancarkan sepenuhnya pada 3 September 2007, jam 9:00 pagi.
 
Radio24 telah dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Seri Angkasa 2010 dengan mendapat 14 pencalonan kesemuanya.
 
Pada 18 dan 19 Februari 2011, Radio24 telah memenangi tiga Anugerah Seri Angkasa 2010 yakni Penyampai Berita Radio Terbaik (Wan Syahrina), Bicarawara Radio Terbaik (Azlan Idris & Syeliza Basri - Kerusi Panas) dan Pengimbang Muzik Radio Terbaik (Mohd Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus).
 
Pada Mac 2016, stesen Radio24 mengalami perubahan nama radio ditukarkan kepada '''Bernama Radio'''. Penjenamaan semula juga berlaku kepada stesen televisyen sendiri pada Mei tahun yang sama, dengan menukar nama stesen televisyen '''Bernama TV''' kepada [[Bernama News Channel]].
 
=== Frekuensi ===
{| class="wikitable"
! Frekuensi
! Kawasan siaran
! Tapak pemancar
|-
| style="text-align:center;"|93.9 MHz
| [[Lembah Klang]] dan [[Seremban]], [[Negeri Sembilan]]
| [[Gunung Ulu Kali]]
|-
| style="text-align:center;"|100.9 MHz
| [[Kuching]], [[Sarawak]]
| Bukit Djin
|-
| style="text-align:center;"|107.9 MHz
| [[Kota Kinabalu]], [[Sabah]]
| Bukit Karatong
|}
 
[[Kategori:Stesen radio di Malaysia]]
 
== Kejadian ==
7,808

suntingan

Menu pandu arah