Pertubuhan Berita Nasional Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nik Ahmad Ridhwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Nik Ahmad Ridhwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 66: Baris 66:
==Pautan luar==
==Pautan luar==
* [http://www.bernama.com Laman web rasmi]
* [http://www.bernama.com Laman web rasmi]
* [http://images.bernama.com Portal Foto Bernama]
* [http://www.radio24.com.my/ Laman Sesawang Radio24]
* [http://blis.bernama.com Perkhidmatan perpustakaan & pautan maklumat Bernama]
*[https://www.bernama.com/tv/index.php Laman sesawang Bernama TV]
* [https://www.facebook.com/BernamaTV Bernama TV] di [[Facebook]]
* [https://www.instagram.com/bernamatvofficial/ Bernama TV] di [[Instagram]]
* [https://twitter.com/BernamaTV Bernama TV] di [[Twitter]]
*[https://www.linkedin.com/company/bernamanewschannel Bernama TV] di [[LinkedIn]]
*[https://content.astro.com.my/channels/BERNAMA-160 Bernama TV] di [[Astro (televisyen satelit)|Astro]]
*[https://www.iflix.com/collections/studios/bernama Bernama TV] di [[iflix]]
* [http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=265176 Pengumuman BERNAMA]
* [http://www.bernamaradio.com.my/ Laman web rasmi]


{{Kerajaan Persekutuan Malaysia}}
{{Kerajaan Persekutuan Malaysia}}

Semakan pada 14:22, 20 Jun 2021

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
Negara
KetersediaanKebangsaan
Orang penting
Ras Adiba Radzi
Laman sesawang
www.bernama.com

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pengerusi BERNAMA sekarang ialah Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.

BERNAMA memberi perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia dan Singapura.

Peranan BERNAMA sebagai sumber berita nasional yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini terutama yang berkaitan dengan kewangan dan berita am. Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing ialah pelanggan-pelanggan BERNAMA.[1]

Operasi

Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Jakarta, Singapura, Bangkok dan koresponden khas di Washington, London, Manila, Dhaka, Melbourne dan Vancouver.

TV dan radio

Sebelum ini, berita-berita dan maklumat yang dikeluarkan oleh BERNAMA hanya dalam bentuk teks dan gambar tetapi dengan wujudnya unit audio-visual atau dikenali sebagai BERNAMA TV pada September 1998, ia kini boleh diperolehi juga dalam bentuk visual. Pada 28 Februari 2008, saluran berita Malaysia 24 jam, Bernama TV, dilancarkan melalui saluran 502 Astro.

BERNAMA juga melancarkan BERNAMA Radio, stesen radio berkonsepkan berita yang pertama di Malaysia yang beroperasi secara 24 jam sehari pada 3 September 2007.

Penglibatan dalam agensi antarabangsa

Anugerah

Pada 27 Mac 2010, BERNAMA memenangi Anugerah Penjenamaan Korporat Terbaik bagi kategori Agensi Berita Nasional-Media menerusi Anugerah The Brandlaureate bagi edisi 2009-2010. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menyampaikan anugerah wakil Bernama, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh. Tema anugerah itu ialah "Jenama Anda, Karya Agung". Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.[2] BERNAMA menerima Penganugerahan Jenama Ikonik BrandLaureate bagi kategori Juara Industri Dekad 2019 pada 18 Disember 2019. Pada 6 Mac 2020, BERNAMA menerima anugerah ‘SMEs Strategic Business Partners of the Decade Awards 2020’ di Majlis Penyampaian Anugerah Sepanjang Dekad Jenama Terbaik PKS BrandLaureate. BERNAMA juga menerima Penganugerahan The BrandLaureate The World’s First Bestbrands e-Branding 2020 bagi kategori Rakan Perniagaan Strategik pada 18 September 2020.

Kejadian

Jurukamera Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia akibat terbunuh semasa melaksanakan misi kemanusiaan, pada usia 41, pada 2 September 2011. Beliau merupakan wartawan Malaysia pertama yang terbunuh ketika menjalankan tugasan di luar negara.

Komen pujian

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[3]

Lihat juga

Rujukan


Pautan luar