Nasi lemak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Galeri: Menambah 1 Imej yang Berkaitan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 1: Baris 1:
{{Rencana pilihan}}
{{Rencana pilihan}}
{{Infobox prepared food
{{Infobox prepared food
| name = Nasi Lemak
| name = Nasi Lemak<br>ناسي لمق
| image = Nasi Lemak, Mamak, Sydney.jpg
| image = Nasi Lemak, Mamak, Sydney.jpg
| caption = Nasi lemak dihidangkan dengan daging kambing di [[Sydney]].
| caption = Nasi lemak dihidangkan dengan daging kambing di [[Sydney]].

Semakan pada 14:23, 25 Jun 2021

Nasi Lemak
ناسي لمق
Nasi lemak dihidangkan dengan daging kambing di Sydney.
JenisHidangan nasi Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan utama, lazimnya untuk sarapan
Tempat asalSemenanjung Tanah Melayu[1][2][3][4][5]
Kawasan/rantauMalaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei
Masakan berkaitanMalaysia
Dicipta olehMasakan Melayu
Suhu penghidanganBilik atau suhu panas
Bahan utamaBeras dimasak dalam santan dengan daun Pandan dan dihidangkan dengan pes ikan bilis cili tradisional, timun, dan pelbagai hidangan sampingan
Bahan yang biasa digunakanBeras, Pandan wangi, daun serai, santan, telur ayam, Bilis, kacang tanah, bawang merah, bawang putih, Cili Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi lemak merupakan makanan tradisi Melayu Malaysia.[6] Ianya juga boleh ditemui di Singapura, Indonesia dan Brunei.[7] Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia nasi lemak dipercayai diperkenalkan oleh pekerja dan mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.[8]

Sir Richard Olof Winstedt telah menulis mengenai "nasi lemak" di Malaysia pada tahun 1909 dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life".[9]

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Nasi lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

Pemakanan asal

Nasi lemak ialah hidangan yang mudah dan ringkas. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal, kerangupan ikan bilis, kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun. Namun begitu, nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori/tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.

Makanan popular

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam lingkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus. Nasi lemak juga dihidangkan di hotel dan restoran mewah di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan di Asia Tenggara. Nasi lemak juga dijadikan menu utama di dalam penerbangan MAS.

Cara memasak

Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik. Nasi lemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi serta menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan.

Kontroversi

Malaysia

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.[10]

Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat pada kalangan rakyat, terutama kanak-kanak.[11]

Pada 22 Mac 2016, nasi lemak telah dipilih oleh majalah terkenal iaitu majalah TIME yang menulis mengenai nasi lemak dan diiktiraf sebagai 10 hidangan sarapan antarabangsa paling sihat di dunia. Menurut majalah itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak ia mengandungi pelbagai pemakanan yang paling diperlukan tubuh.[perlu rujukan]

“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat."

“Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” majalah TIME memetik sumber itu sebagai berkata.[perlu rujukan]

Galeri

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "#CNNFood challenge: What's your country's national dish?".
  2. ^ "Laksa and nasi lemak among our pride, says Yen Yen".
  3. ^ "Nasi lemak - once a farmer's meal, now Malaysia's favourite".
  4. ^ "Malaysia's top 40 foods".
  5. ^ "Ipoh-Born Ping Coombes Wins MasterChef 2014 By Cooking Nasi Lemak And Wanton Soup".
  6. ^ Dwayne A. Rules (7 April 2011). "Nasi lemak, our 'national dish'". The Star. Dicapai pada 6 November 2013.
  7. ^ "Nasi lemak". VisitSingapore.com. Dicapai pada 5 May 2012.
  8. ^ Muhammad Irzal Adiakurnia (11 August 2017). "Mencicipi Harum dan Lembutnya Nasi Lemak Medan di Jakarta". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia).
  9. ^ The Circumstances of Malay Life, Sir Richard Olof Winstedt, Richard Winstedt, Ams PressInc, 1909 - Social Science - 90 pages
  10. ^ Rasheffa Abdul Rashid (2007-02-28). "Roti canai, nasi lemak dikira makanan segera". myhealth.gov.my. Dicapai pada 2007-10-23.
  11. ^ "15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah", Berita Harian Online, Oleh Syed Azwan Syed Ali