Bendera dan jata Johor: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mrdanishirfann (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Chongkian (bincang | sumb.)
Baris 11: Baris 11:


==Jata==
==Jata==
{{Utama|Jata Johor}}
[[Fail:Coat of arms of Johor.svg|thumb|193x193px|Jata Johor Darul Ta'zim]]
[[Fail:Coat of arms of Johor.svg|thumb|193x193px|Jata Johor Darul Ta'zim]]



Semakan pada 04:56, 22 Julai 2021

Simbol negeri Johor Darul Ta'zim merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di negeri Johor bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah negeri. Simbol-simbol tersebut melambangkan pengaruh kerabat diraja Johor, agama Islam serta ciri-ciri siasah dan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini.

Bendera

Bendera Johor

Bendera negeri Johor Darul Ta'zim mempunyai corak kanton, dengan warna biru laut memenuhi sebahagian besar bendera dan warna merah cerah di kanton sudut kiri atas yang mengandungi bulan sabit dan bintang berbucu lima yang dengan warna putih.[1] Bidang merah bendera berada dalam kedudukan tiga perlima daripada panjang bendera di sebelah kiri. Reka bentuk bulan sabitnya pula tidak sejajar dengan bintang di mana ia menyerong sedikit ke arah jam dan membalut sedikit di sekitar bintang. Kedudukannya pula menghala ke arah sudut kanan bawah bidang.[1]

Warna dan reka bentuk bendera Johor membawa maksudnya yang tersendiri. Warna putih menandakan raja yang memerintah. Bahagian yang berwarna merah bererti hulubalang yang mempertahankan negeri manakala bahagian yang berwarna biru pula bermaksud kerajaan negeri dan rakyat jelata.[1][2][3]Bendera ini telah direka oleh Sultan Sir Abu Bakar dan telah digunapakai pada zaman penubuhan Kesultanan Johor Moden pada tahun 1871.

Selain bendera rasmi negeri Johor, terdapat beberapa bendera lain yang digunakan di negeri ini yang mewakili kerabat diraja Johor, para pembesar dan Dato' Menteri Besar.[4]

Jata

Jata Johor Darul Ta'zim

Susun atur dan reka bentuk jata negeri Johor Darul Ta'zim telah direka oleh Leftenan Kolonel Haji Musa bin Yusof apabila diarahkan Sultan Sir Abu Bakar untuk mereka satu lambang untuk negeri itu dan beliau dikatakan mengambil inspirasi daripada jata negara United Kingdom. Jata negeri telah diubah beberapa kali dan yang terakhir pada Kemahktotaan Sultan Ibrahim pada tahun 2015.

Ketopong

Ketopong (merujuk kepada mahkota) melambangkan kedaulatan di mana ia merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan yang memerintah negeri Johor. Bulan sabit dan bintang berbucu lima menghiasi mahkota itu dan ia diwarnai dengan warna kuning dan biru. Ramai yang tidak tahu, bahawa Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan mahkota setelah diinspirasikan daripada mahkota British. [[Fail:6bca62dabffb567b8d747aaa11200594--september--jobs.jpg|thumb|Jata yang digunakan semasa Zaman Sultan Abu Bakar sehingga Sultan Iskandar.[[Fail:Lambang Johor.jpg|thumb|Lamabng yang mula digunakan pada zaman Sultan Iskandar.Ia agak berbeza dengan versi kini.|alt=|kanan]]|228x228px]]

Perisai

Perisai jata ini terdiri daripada garis rangka "Inggeris" berwarna putih dan di setiap sudut terdapat empat bintang kecil serta satu bintang besar dan bulan di tengah perisai. Kelima-lima bintang tersebut berbucu lima dan berwarna kuning (termasuk warna bulan). Bintang-bintang kecil membawa maksud empat jajahan besar yang asal bagi Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.[5] Bulan sabit dan bintang besar pula sebagai tanda agama Islam sebagai agama rasmi negeri.[2][3][6]

Penyokong

Penyokong yang memegang perisai pada jata menampilkan dua ekor harimau yang pernah wujud di Johor iaitu Dengkis (sebelah kanan) dan Tepok (sebelah kiri).[3]Harimau ini dikatakan masih ada di Johor.

Pangsa dan cogan kata

Pangsa berwarna kuning yang berada di bahagian bawah perisai dan penyokong menggambarkan kepada tanaman gambir dan lada hitam iaitu dua jenis hasil pertanian utama bagi negeri ini.

Lagu

Tulisan Rumi Tulisan Jawi
Lagu Bangsa Johor / لاݢو بڠسا جوهر

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

الله ڤليهاراکن سلطان
نوݢرهکن دي سݢالا کحرمتن'
صيحت دان ريا، ککل دان معمور
لواسکن کواس، مناوڠکن کامي
رعيت دڤيمڤيني برزمان لاݢي
دڠن مرديکا برساتو هاتي
الله برکتي جوهر
الله سلامتکن سلطان

Rujukan

  1. ^ a b c Pelbagai penulis (14 Oktober 2006). "Johore (Malaysia)" (dalam bahasa Inggeris). Flags of the World. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2012. Dicapai pada 25 September 2008.
  2. ^ a b Zawawi Parjan. "Fakta negeri Johor" (dalam bahasa Melayu). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2012. Dicapai pada 11 Disember 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c "NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM" (dalam bahasa Melayu). Portal Maklumat Rakyat (PMR). Dicapai pada 11 Disember 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ mohdnajib27 (27 Mac 2012). "BENDERA-BENDERA DI NEGERI JOHOR" (dalam bahasa Melayu). Dicapai pada 11 Disember 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "The Coat Of Arms Of The State Of Johor Darul Ta'zim" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC). Dicapai pada 11 Disember 2014.
  6. ^ "MALAYSIA - States I - Johor" (dalam bahasa Inggeris). 18 Julai 2010. Dicapai pada 11 Disember 2014.