Sharnaaz Ahmad: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Husnaazhari (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Husnaazhari (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 340: Baris 340:
|-
|-
| ''Syurga Tanpa Dosa''
| ''Syurga Tanpa Dosa''
|
| Aiman
| TV2
| TV2
|-
|-

Semakan pada 15:25, 26 Julai 2021

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Mei 2015.
Kelahiran
Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad

(1985-08-30) 30 Ogos 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2009–kini
PasanganNoor Nabila Mohd Noor (k. 2017; c. 2020)
Anak-anakJebat Jayden Ahmad
IbuDatuk Marina Puteh
BapaDatuk Basir Ahmad

Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad (dilahirkan pada 30 Ogos 1985) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya.[2][3]

Kehidupan awal

Sharnaaz adalah anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga P. Ramlee juga pernah menyertai beberapa kugiran ketika era pop yeh yeh 60an.[4] Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakauan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Kerjaya

Watak pertamanya adalah menerusi drama bersiri Tari Tirana. Ketika awal pembabitannya, Sharnaaz sering ditipu oleh agensi lakonan yang menjanjikan pelbagai watak namun mereka membatalkan disaat akhir. Akibatnya, Sharnaaz mula hampir putus asa sebelum mengambil keputusan untuk membina keyakinan diri dan penampilan tubuh badan. Sharnaaz juga menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010 [5]. Hasilnya, setelah itu beliau berjaya muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri K.I.T.A. arahan Micheal Ang dan bergandingan dengan pelakon komedi Scha Al-Yahya yang menjadi titik mula namanya dikenali. Kerana populariti yang makin meningkat, Sharnaaz berpeluang memegang watak utama dalam filem pertamanya, Seru arahan Pierre Andre. Pada awal tahun 2011, namanya mula mendapat perhatian umum malah turut tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Kerjaya seni lakonannya berkembang dalam waktu yang agak singkat dan kehadirannya sebagai pelakon pelapis amat diperlukan kerana kemampuan bakat lakonannya dalam menjelmakan pelbagai watak dari komedi ke antagonis dan dramatik. Sehingga tahun 2013, beliau muncul dalam drama-drama arahan Michael Ang seperti Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Patah Seribu yang digandingkan bersama bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah, sehingga beliau digelar anak emas pengarah tersebut. Gandingan tersebut begitu mantap dan serasi bahkan mampu menitiskan airmata penonton. Beliau juga muncul dalam drama arahan pengarah lain demi mencari kelainan seperti drama Ariana Mikhail, Bukan Bidadari dan telefilem Di Bawah Langitmu.

Setelah dilamar pengarah hebat Kabir Bhatia untuk muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil, beliau sekali lagi diberi peluang untuk muncul dalam filem Juvana sebagai Lan Todak yang akhirnya menjadi era kemuncak kerjayanya sebagai aktor. Lakonannya dalam watak antagonis seorang pelajar sekolah menengah dibawah hukuman juvana yang mempunyai masalah psikologi itu menjadi sebutan dan disifatkan antara watak jahat paling ikonik dalam sinema perfileman Melayu. Pada tahun 2013, nama Sharnaaz akhirnya mendapat tempat di mata pengkritik apabila lakonan mantapnya sebagai suami panas baran dalam telefilem Di Bawah Langitmu bersama aktres Nora Danish membolehkannya bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin. Dalam majlis sama, beliau juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi lakonan sebagai Lan Todak (filem Juvana). Biarpun tewas kepada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman, namun sejak itu namanya sudah diangkat sebaris dengan nama-nama besar dunia lakonan Malaysia.

Pada tahun 2014, nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mencipta fenomena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu.

Pada tahun 2019, Beliau berlakon dalam drama Devoted yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Iskandar.[6]

Kehidupan peribadi

Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017.[7] Beliau sebelum ini pernah bercinta dengan Shila Amzah sekitar 2011 hingga 2013 dan Anis Al-Idrus selama setahun.[8] Bersama Nabila, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Seru Jeff Filem pertama
2013 Juvana Lan Todak
Sembunyi: Amukan Azazil Atan
2014 Dollah Superstar Shah Dazzlee
Gila Baby Roy
2015 Darah Panas Ady
Transformers: Age of Extinction[9][10][11] Galvatron Alih suara BM
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Lan Todak Penampilan khas
2017 Sindiket Inspektor Rudy
2019 Wangi Khuzairi
2020 Jebat Jebat
2021 Polis EVO 3 Reza Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Tari Tirana Ali TV3
2010 K.I.T.A Azali Astro Ria
Dottie Ameer
2011 Kasih Alia Qausar TV3
Kum Kum The Series Yusof Astro Ria
2012 Ariana Mikhail Ray TV9
Memberku Hawa Ghaz TV3
Bicara Hati Tengku Syahran Astro Prima
Bukan Bidadari Arif TV3
2013 Ruby Benjamin
Mira Sofia Rayyan Astro Prima
2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Jebat Astro Mustika HD
Setitis Kasih Darmia Khairul Amir TV9
Suamiku Encik Sotong Farish Astro Ria
Danny The Series Danny Mediacorp Suria
Mukhlis (Musim 1) Haikal TV2
2015 Babyana Ray / Rahman
Mencintaimu Hisham TV3
Abang Sado Kau Ado Sharnaaz
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Raykal Astro Mustika HD
2016 BOMBA Hero Khalid TV2
Mukhlis (Musim 2) Haikal
Awak Sangat Nakal Johan Rizqin Astro Ria
2017 Mr. Hijab Rem TV3
2018 Cinta Bukan Kristal Adrian Hilman
2019 Dia Yang Ku Cinta Luqman
Lelakimu Yang Dulu Hazrul Izzuddin
2020 Pelindung Seorang Puteri Hazril Astro Ria
Isteri Misteri Rizal TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Dalca Mami Georgetown Radzi Astro Prima
2010 Anak Rintih Dino
Pontianak Kampung Batu Astro Ria
2011 Ungunya Cinta Andi
Kum Kum Yusof
Mendongak Ke Langit Hariz
2012 Rahsia Hati Rayyan TV9
Warkah Cinta Mat Rock Eddie TV3
Patah Seribu Azu Astro Ria
Di Bawah Langitmu Osman TV3
Korban Kasih Ihsan TV AlHijrah
2014 Bintang Hati Farhan TV2
Perempuan Lindungan Kaabah Fareez Astro First Eksklusif
2015 Ramadan Jangan Tinggal Kami TV3
Hidupku, Solatku, Matiku Nordin Astro Oasis
2016 Yang Terakhir Untukku Jay TV3
2017 Lukisan Cinta Khairul Astro Ria
Gelap Ghazlan TV1
2018 Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi TV2
2019 Aku Bukan Bidadari Hisyam TV3
2020 Jam Tangan Paksu Paksu Adam TV1
2021 Aku Bukan Malaikat Hisham TV1
Syurga Tanpa Dosa Aiman TV2

Web drama

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2019 Devoted Iskandar Viu

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Harta Dalam Stor (Musim 2) Dirinya sendiri Astro Ria Artis jemputan
2016 Gempak Superstar Pengacara bersama Scha Al-Yahya
Maharaja Lawak Mega 2016 Chief Lawak Astro Warna bersama Johan (Jonaz)
2017 Perang Jantina Pengacara Astro Ria bersama Siti Elizad

Penajaan

Tahun Produk Catatan
2016 Men's Biorè

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2012
Anugerah Blokbuster Pertama
Hero Popular Seru Tercalon
2013
Anugerah Melodi Pertama
Artis Sensasi Tercalon
Anugerah Skrin ke–17
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Di Bawah Langit Mu Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Juvana Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sembunyi: Amukan Azazil Tercalon
2014
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama
Pelakon Lelaki Pilihan Ruby Tercalon
Barisan Pelakon Drama Pilihan Tercalon
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Siti Saleha) Tercalon
Anugerah Astro On the Go Fan Choice
Favourite Fuyooo Actor Bukan Kerana Aku Tak Cinta Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–26
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Juvana Tercalon
2015
Anugerah MeleTOP Era ke–2
Pelakon TV MeleTOP Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–3
Pelakon Lelaki Drama Pilihan Setitis Kasih Darmia Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Hero & Heroin Pilihan (bersama Nelydia Senrose) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Artis Paling Kontroversi Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Nelydia Senrose) Tercalon
Anugerah Melodi ke–3
Artis Lelaki Pilihan Tercalon
Artis Sensasi Menang
Anugerah Lawak Warna ke–3
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Tercalon
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)[12] Suamiku Encik Sotong Menang
Pesta Perdana Singapura ke–12
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Danny The Series Menang
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Menang
2017
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Pelakon Filem Lelaki Popular Darah Panas Menang
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ https://web.archive.org/web/20151022213722/http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/prinsip-sharnaaz-ahmad-1.143181
  2. ^ "Trafficking in pain". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-18.
  3. ^ "Sharnaaz Ahmad and Elfaeza Ul Haq win top honours at Pesta Perdana 13". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-18.
  4. ^ "PENJELASAN SHARNAAZ ISU LETAKKAN P.RAMLEE PADA 'ARAS KAKI'? - SENSASI MALAYSIA". sensasimalaysia.com.
  5. ^ http://www.mohdrohaizad.com/2011/07/biodata-profile-sharnaaz-basir-ahmad.html
  6. ^ Izwan Mohd Isa (29 Mac 2019). "Percubaan baharu Sharnaaz Ahmad". Kosmo!. Dicapai pada 29 Mac 2019. Check |archive-url= value (bantuan)
  7. ^ "Wedding bells for Sharnaaz - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-07-18.
  8. ^ Rohaizad, Mohd. "Biodata Profile Sharnaaz Basir Ahmad". www.mohdrohaizad.com.
  9. ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  10. ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015. (Inggeris)
  11. ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. Julai 16, 2015. Dicapai pada Julai 16, 2015.
  12. ^ Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015. Astro Gempak. Ogos 22, 2015.

Pautan luar