Kampung People: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Pengemasan.
Baris 94: Baris 94:


==Ulasan kritis==
==Ulasan kritis==
Menulis untuk ''[[The Malay Mail]]'', Zurairi AR dalam ulasan retrospektifnya mengenai ''Kampung People'' berhujah bahawa dalam komen di [[YouTube]] penonton menyifatkan kecintaan mereka terhadap siri itu untuk nada segarnya dalam slot masa yang sebahagian besarnya dikuasai oleh unsur romantis yang penuh dengan plot yang sangat rumit dan dapat diramalkan bahawa walaupun permainan kad telah dibuat sebagai parodi. Beliau turut menyifatkan nilai-nilai moral dalam ''Kampung People'' ialah "bagaimana materialisme dan wang mengawal kehidupan kita, tanpa mengira sama ada kita tinggal di sebuah bandar atau kampung".<ref>Zurairi AR (19 Januari 2020). [https://www.malaymail.com/news/opinion/2020/01/19/kampung-people-and-re-examining-the-urban-rural-divide/1829408 ‘Kampung People’ and re-examining the urban-rural divide] ''[[The Malay Mail]]''. Dicapai pada 19 Januari 2020.</ref>
Menulis untuk ''[[The Malay Mail]]'', Zurairi AR dalam ulasan retrospektifnya mengenai ''Kampung People'' berhujah bahawa dalam komen di [[YouTube]] penonton meluahkan kecintaan mereka terhadap siri itu untuk nada segarnya dalam slot masa yang sebahagian besarnya dikuasai oleh unsur romantis yang penuh dengan plot yang sangat rumit dan dapat diramalkan bahawa walaupun permainan kad telah dibuat sebagai parodi. Beliau turut menyifatkan nilai-nilai moral dalam ''Kampung People'' ialah "bagaimana materialisme dan wang mengawal kehidupan kita, tanpa mengira sama ada kita tinggal di sebuah bandar atau kampung".<ref>Zurairi AR (19 Januari 2020). [https://www.malaymail.com/news/opinion/2020/01/19/kampung-people-and-re-examining-the-urban-rural-divide/1829408 ‘Kampung People’ and re-examining the urban-rural divide] ''[[The Malay Mail]]''. Dicapai pada 19 Januari 2020.</ref>


==Sambutan==
==Sambutan==

Semakan pada 03:38, 27 Julai 2021

Kampung People
Genre
PenciptaWan Hasliza Wan Zainuddin
Ditulis oleh
Pengarah
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Wan Alauddin Wan Zainuddin (bersama)
  • Al Bakari Harith (bersama)
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJamaludin Karim
PenerbitWan Hasliza Wan Zainuddin
Penyunting
  • Hafiz Yusuf
  • Shazrul Samad
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal11 Disember 2019 – 8 Januari 2020
Kronologi
MengikutiPesan Pada Hati
Diikuti olehTitian Takdir
Rancangan berkaitan
Kampung People 2

Kampung People ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019[1] dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Daniella Fazli, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad dan Haeriyanto Hassan. Siri ini bersiaran dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 di Slot Lestary TV3 menggantikan Pesan Pada Hati dan digantikan oleh Titian Takdir.[2][3]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4] Namun, drama ini kembali ditayangkan di TV9 mulai 18 November sehingga 9 Disember 2020.

Sinopsis

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
  • Namron sebagai Tuan Shuhaimi
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Ustaz Nadzeri Md Isa sebagai Tok Imam
  • Shahril Tajuldin sebagai Badrul Bisu[11]
  • Mohd Hairul Masdol sebagai Amat

Ulasan kritis

Menulis untuk The Malay Mail, Zurairi AR dalam ulasan retrospektifnya mengenai Kampung People berhujah bahawa dalam komen di YouTube penonton meluahkan kecintaan mereka terhadap siri itu untuk nada segarnya dalam slot masa yang sebahagian besarnya dikuasai oleh unsur romantis yang penuh dengan plot yang sangat rumit dan dapat diramalkan bahawa walaupun permainan kad telah dibuat sebagai parodi. Beliau turut menyifatkan nilai-nilai moral dalam Kampung People ialah "bagaimana materialisme dan wang mengawal kehidupan kita, tanpa mengira sama ada kita tinggal di sebuah bandar atau kampung".[12]

Sambutan

Kampung People mendapat maklum balas positif daripada penonton dan netizen.[13] Mereka berpendapat bahawa Kampung People tidak mempunyai unsur kisah cinta klise, sekaligus berjaya lari daripada kebiasaan penerbitan drama cinta dan adaptasi novel.[14]

Kesinambungan

Ia telah diumumkan pada Jun 2020 bahawa Kampung People akan disambung untuk musim kedua,[15] selepas mendapat maklum balas daripada penonton.[16] Salah seorang pelakon utamanya, Riena Diana memaklumkan bahawa pihak penerbitan sedang menunggu permit penggambaran daripada Kerajaan Malaysia untuk membenarkan penggambaran dijalankan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19.[17]

Kampung People 2 memulakan tayangan perdana pada 17 September 2020.

Rujukan

  1. ^ Drama Kampung People My Info Taip (10 Disember 2019). Dicapai pada 29 Disember 2019.
  2. ^ Nazar Rafiqhi (20 Disember 2019). "Tak kering gusi dibuatnya!" - Kampung People jadi perhatian, netizen terhibur depan TV Media Hiburan. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  3. ^ Kampung People Tampilkan Kelainan, Berjaya Mencuit Hati Penonton Hot FM (26 Disember 2019). Dicapai pada 29 Disember 2019.
  4. ^ Kampung People (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  5. ^ Rashidi Ishak terharu peminat sokong drama Kampung People Hot FM (3 Januari 2020). Dicapai pada 8 Januari 2020.
  6. ^ Elly Mazlein seronok Kampung People ‘trending’, rupanya artis juga layan! Himpunan Cerita Lawak (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2020). Elly tak sangka ramai suka Kampung People Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  8. ^ Qarami Hasmim (28 Disember 2019). Riena Diana tiru slanga Inggeris King Coco dalam ‘Kampung People’ - “Tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam... saya pun meluat!” mStar Online. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  9. ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  10. ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020). Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  11. ^ Tiada dialog, tetapi ini rupanya bakat tersembunyi Badrul Bisu dalam Kampung People The Vocket (7 Januari 2020). Dicapai pada 8 Januari 2020.
  12. ^ Zurairi AR (19 Januari 2020). ‘Kampung People’ and re-examining the urban-rural divide The Malay Mail. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  13. ^ Khai Azfar (27 Disember 2019). Drama Kampung People Buat Netizen Terhibur! Murai.my. Dicapai pada 29 Disember 2019. "Rata-rata mereka yang sudah menonton Kampung People mengharapkan agar drama ini terus mempunyai kesinambungannya apatah lagi diadakan drama khas bersempena Ramadan pada tahun hadapan".
  14. ^ Baru 3 episod, drama Kampung People buat penonton lega tiada kisah cinta ‘cliche’ Oh My Media. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  15. ^ "Kampung People 2 start hujung bulan ni' - Elly Mazlein Kool FM. 17 Jun 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  16. ^ Peminat minta sambungan drama Kampung People musim 2 Kool FM. 10 Januari 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  17. ^ Kampung People 2 tunggu permit penggambaran Hot FM. 2 Julai 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.

Pautan luar