Siti Sarah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Husnaazhari (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Husnaazhari (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 68: Baris 68:


==Kematian==
==Kematian==
Siti Sarah meninggal dunia pada Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di [[Hospital Canselor Tuanku Mukhriz]] (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan [[Penyakit koronavirus 2019|COVID-19]].<ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Utusan Malaysia]]|url=https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/siti-sarah-meninggal-dunia/|title=Siti Sarah meninggal dunia}}</ref><ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Astro Awani]]|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-sarah-meninggal-dunia-313071|title=Siti Sarah meninggal dunia}}</ref> Beliau meninggalkan suami, [[Shuib Sepahtu]], 4 orang anak dan anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya.<ref>{{Cite web|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-sarah-selamat-lahirkan-bayi-keempat-melalui-pembedahan-312652|title=Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan|last=Muhamad|first=Hasimi|date=6 Ogos 2021|website=[[Astro Awani]]|url-status=live|access-date=9 Ogos 2021}}</ref> Sarah menjadi peserta ''[[Gegar Vaganza]]'' ketiga yang kembali ke Rahmatullah selepas [[Nassier Wahab]] pada 2019 dan [[Maya Matahari]] pada 2020. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas waktu Zuhur.<ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Sinar Harian]]|url=https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/bakal-disemadikan-di-gombak-shuib-tunai-hasrat-sarah/|title=Bakal Disemadikan Di Gombak, Shuib Tunai Hasrat Sarah}}</ref><ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Utusan Malaysia]]|url=https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/siti-sarah-selamat-dikebumikan/|title=Siti Sarah selamat dikebumikan}}</ref><ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Berita Harian]]|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/08/849161/allahyarham-siti-sarah-selamat-dikebumikan|title=Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan}}</ref>
Siti Sarah meninggal dunia pada Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di [[Hospital Canselor Tuanku Mukhriz]] (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan [[Penyakit koronavirus 2019|COVID-19]].<ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Utusan Malaysia]]|url=https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/siti-sarah-meninggal-dunia/|title=Siti Sarah meninggal dunia}}</ref><ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Astro Awani]]|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-sarah-meninggal-dunia-313071|title=Siti Sarah meninggal dunia}}</ref> Beliau meninggalkan suami [[Shuib Sepahtu]] dan 5 orang anak termasuk anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya.<ref>{{Cite web|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-sarah-selamat-lahirkan-bayi-keempat-melalui-pembedahan-312652|title=Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan|last=Muhamad|first=Hasimi|date=6 Ogos 2021|website=[[Astro Awani]]|url-status=live|access-date=9 Ogos 2021}}</ref> Sarah menjadi peserta ''[[Gegar Vaganza]]'' ketiga yang kembali ke Rahmatullah selepas [[Nassier Wahab]] pada 2019 dan [[Maya Matahari]] pada 2020. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas waktu Zuhur.<ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Sinar Harian]]|url=https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/bakal-disemadikan-di-gombak-shuib-tunai-hasrat-sarah/|title=Bakal Disemadikan Di Gombak, Shuib Tunai Hasrat Sarah}}</ref><ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Utusan Malaysia]]|url=https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/siti-sarah-selamat-dikebumikan/|title=Siti Sarah selamat dikebumikan}}</ref><ref>{{cite web|date=9 Ogos 2021|access-date=9 Ogos 2021|website=[[Berita Harian]]|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/08/849161/allahyarham-siti-sarah-selamat-dikebumikan|title=Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan}}</ref>


== Diskografi==
== Diskografi==

Semakan pada 15:06, 9 Ogos 2021

Siti Sarah
Nama lahirSiti Sarah binti Raissuddin
Kelahiran(1984-09-15)15 September 1984
Ipoh, Perak, Malaysia
Meninggal dunia9 Ogos 2021(2021-08-09) (umur 36)
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
GenrePop, Pop rock, balada, R&B
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2002–2021
Syarikat rakaman
NAR Records
Pengkarya berkait
Jamal Abdillah, Zahid AF2, Ajai, Deja Moss
Sebab kematianCOVID-19
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak
PasanganShuib Sepahtu (k. 2011)
Anak-anak4
BapaRaisuddin Hamzah

Siti Sarah Raissuddin (15 September 1984 – 9 Ogos 2021), merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3][4][5] Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003). Selain itu, beliau juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003). Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Kerjaya

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu. Bakat Siti Sarah dalam industri muzik mula dicungkil menerusi pertandingan Bintang URTV 2001 peringkat Zon Timur di mana beliau merupakan juara setelah menyanyikan lagu Indonesia, "Ku Akui". Kejuaraan itu turut membawanya ke peringkat akhir pertandingan itu yang berlangsung pada September 2001.[6]

Selepas menyertai Bintang RTM dan Bintang URTV 2001, Siti Sarah menandatangani kontrak rakaman bersama NAR Records pada awal 2002. Album sulungnya, yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun yang sama dengan lagu "Kesetiaan" dikeluarkan sebagai single pertama.[7][8]

Album keduanya, Mimpi Pun Sama dikeluarkan pada Disember 2003, yang mana ia telah mencatat jualan sebanyak 12,000 unit. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Jangan Kau Mimpi" dan "Saat Hilang Cintamu".[1]

Beliau ialah salah seorang daripada beberapa artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor, AC Mizal, Spider, Ning Baizura dan Anita Sarawak.[9]

Pada tahun 2005 juga, album ketiga dan terakhirnya, Tiada Dikau Tiada Makna telah dikeluarkan. "Bersamamu" dan "Tinggal Serpihan" dikeluarkan sebagai single utama. Album kompilasi pertamanya, Suatu Perjalanan dikeluarkan pada 2008 dengan memuatkan lagu-lagu hits beliau dari 3 album terdahulunya.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.[10]

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts (WCOPA) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF juga menyumbang 5 emas buat negara.[11][12][13]

Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi filem Man Sewel Datang KL (2011) yang dibintangi oleh suaminya, Shuib Sepahtu. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Salbiah.[14][15]

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai Layu di Tasik Madu (Fauziah Latiff) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.[16]

Pada tahun 2018, Siti Sarah muncul dengan lagu bertajuk "Semakin" ciptaan suaminya, Shuib.[17] Beliau juga berduet bersama suaminya menerusi lagu "Semakin Benci Semakin Cinta" hasil nukilan Ajai, ia dikeluarkan pada Jun 2021.[18]

Kehidupan peribadi

Siti Sarah pernah bertunang dengan pelumba motosikal New Zealand, Muhammad Harith Fuad Robinson pada Januari 2007 namun pertunangan mereka berakhir pada awal 2008.[19][20] Mereka sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan pada sekitar November 2006.[21]

Beliau berkahwin dengan pelawak, Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011.[22] Pasangan ini dikurniakan 3 anak – Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Pada 26 Februari 2017, Shuib dan Siti Sarah bersanding sempena ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka.[23] Beliau mula bertudung pada Mei 2018.

Kematian

Siti Sarah meninggal dunia pada Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.[24][25] Beliau meninggalkan suami Shuib Sepahtu dan 5 orang anak termasuk anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya.[26] Sarah menjadi peserta Gegar Vaganza ketiga yang kembali ke Rahmatullah selepas Nassier Wahab pada 2019 dan Maya Matahari pada 2020. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas waktu Zuhur.[27][28][29]

Diskografi

Album studio

Album kompilasi

  • Suatu Perjalanan (2008)

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2002 "Kesetiaan" 1 1 Sarah
"Ku Teruskan" 6
"Ke Hujung Dunia"
2003 "Pesan Mamaku" 4
"Sandarkan Pada Kenangan"
duet bersama Jamal Abdillah
1 Raja Pop
"Saat Hilang Cintamu" 1 Mimpi Pun Sama
2004 "Jangan Kau Mimpi" 1
"Kenangi Daku"
"Mimpi Pun Sama"
"Tinggalkan Diriku" 2
"Loka Logiknya"
bersama Ajai & Deja Moss
Terbaik Ajai
2005 "Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Jaclyn Victor, Ning Baizura, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan
Rabbani, Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood, Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Phynne Ballerz, Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va, dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Malis Cinta" Tiada Dikau Tiada Makna
"Bersamamu" 1
2006 "Menari Denganku"
duet bersama Zahid Baharuddin
1
"Cinta Usia Kita"
2007 "Pasti Berbeza" Suatu Perjalanan
2012 "Cinta Itu Nyawa"
duet bersama Shuib
20 Bukan album single

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Man Sewel Datang KL Salbiah Filem pertama dan terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Geng Raya Zizan Melah Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah Planet Muzik 2003 Artis Baru Wanita Terbaik Dirinya sendiri Menang
Anugerah Industri Muzik ke-10 Artis Baru Terbaik Menang
Album Terbaik Sarah Menang
Album Pop Terbaik Menang

Rujukan

  1. ^ a b "Sarah tidak mengalah". Utusan Malaysia. 29 Februari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2004. Dicapai pada 9 Ogos 2014.
  2. ^ Wanda Idris (14 Disember 2004). "Siti Sarah - Bangga sekalipun gagal". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  3. ^ Aida Rismariza Kamaruddin. "Saya bukan cerewet - Siti Sarah".
  4. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (28 Jun 2018). "Siti Sarah kembali aktif dalam nyanyian". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  5. ^ Ramlah Zainal (1 Februari 2019). "Sarah kembali menyengat". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  6. ^ "Lagu kurang popular bawa tuah kepada Siti Sarah". Utusan Malaysia. 6 Jun 2001. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  7. ^ Rosli Manah (7 Mac 2002). "Bintang URTV - Siti Sarah gembira hasrat tercapai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  8. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (7 Mei 2002). "Siti Sarah gementar hadapi karenah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  9. ^ "Najib lancar Suluhkan Sinar". Berita Harian. 14 Januari 2005. Dicapai pada 16 Mac 2020 – melalui KLiK.
  10. ^ Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (17 Februari 2008). "3 dara OIAM saingan sengit". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2008. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  11. ^ Rozdan Mazalan (29 April 2009). "33 berentap di Hollywood". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2009. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  12. ^ Ardyhanshah Amat (7 Mei 2009). "Ujian besar menanti WCOPA". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2009. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  13. ^ Nur Asyikin Mayudin (3 Februari 2018). "Pengalaman tak banyak, jadi mentor - Siti Sarah". mStar Online. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  14. ^ Mohd Ifqdar Abd Rahman (4 April 2011). "Sarah, Shuib macam belangkas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2011. Dicapai pada 9 Ogos 2011.
  15. ^ SITI AZIRA ABD. AZIZ (19 April 2011). "'Man Sewel Datang KL' Bukan Niat Menghina". mSTAR. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  16. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (15 November 2016). ""Saya pitam sebab penat, bukan dirasuk" - Siti Sarah". mStar Online. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  17. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (6 Mei 2018). "Buat lagu sampai gaduh". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  18. ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Jun 2021). "Sarah, Shuib kembali berduet". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  19. ^ "Siti Sarah pilih pelumba New Zealand". Berita Harian. 27 Januari 2007. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  20. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (1 Jun 2008). "Sarah putus tunang". Berita Minggu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2008. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  21. ^ Wanda Idris (17 November 2006). "Siti Sarah bercinta dengan juara motocross Asia Pasifik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  22. ^ Feride Hikmet Atak (27 Februari 2011). "Siti Sarah sah bergelar isteri Shuib". mStar Online. Dicapai pada 19 Januari 2015.
  23. ^ "Shuib, Siti Sarah bersanding selepas 6 tahun kahwin". Berita Harian. 26 Februari 2017. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  24. ^ "Siti Sarah meninggal dunia". Utusan Malaysia. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  25. ^ "Siti Sarah meninggal dunia". Astro Awani. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  26. ^ Muhamad, Hasimi (6 Ogos 2021). "Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan". Astro Awani. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  27. ^ "Bakal Disemadikan Di Gombak, Shuib Tunai Hasrat Sarah". Sinar Harian. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  28. ^ "Siti Sarah selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  29. ^ "Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan". Berita Harian. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.

Pautan luar