Obuch: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmpAhmadK (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Obuch"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:32, 14 Ogos 2021

Kepala obuch (dengan peparuh yang digulung)

Obuch (Jawi: اوبوخ), obuszek atau obuszysko (اوبوشيک‎ atau اوبوشيسکو‎) ialah sejenis senjata tangan, sangat mirip dengan beliung penunggang kuda (Poland: nadziak; Jawi: ناجياک) namun dengan perbezaan utama iaitu bentuk tergulung di sisi bertentangan mata obuch yang dikenali sebagai peparuh.[1] Di Poland, adalah menjadi satu kebiasaan untuk membezakan jenis senjata ini dengan jenis matanya: jika ia mempunyai peparuh tajam dan tegak lurus, ia merupakan sejenis beliung penunggang kuda; jika peparuhnya melengkung ke bawah, ia merupakan sejenis obuch; jika ia mempunyai kepala kapak, maka itu ialah sejenis czekan.[1] Lazimnya terdapat kepala tukul di sisi bertentangan matanya.

Digunakan dari abad ke-16 hingga ke-18 oleh para Szlachta (golongan bangsawan Poland), lazimnya ia mempunyai batang sepanjang 80-100 cm dan dibawa seperti tongkat, sering diikat dengan baldu dan benang emas.[2]

Ia merupakan satu senjata yang sering digunakan dalam perlawanan. Ia dikatakan lebih selamat berbanding beliung penunggang kuda, namun perbezaannya tidak besar, oleh sebab itu dilarang membawa senjata sebegini ke sejmik-sejmik (dewan perhimpunan wilayah) dan juga ke beberapa gereja.[2]

Di Poland lama, memakai obuch adalah amat biasa bagi golongan bangsawan sehingga melahirkan pepatah: Bez karabeli ani z pościeli, bez obuszka ani od łóżka ("Obuch adalah untuk pedang seperti mana peralatan tempat tidur adalah untuk katil"). Ia sering digunakan sebagai senjata sekunder bersama pedang Poland (karabela).

Rujukan

  1. ^ a b "War Hammers - Nadziak, Czekan and Obuch". Polish Renaissance Warfare.
  2. ^ a b Zdzisław Żygulski (junior), 1982: Broń w dawnej Polsce na tle uzbrojenia Europy i Bliskiego Wschodu . Warszawa: PWN. [[Special:BookSources/8301025128|]]ISBN 83-01-02512-8