Kisah Yang Hilang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 51: Baris 51:
| tamat_siaran = 12 Februari 2018
| tamat_siaran = 12 Februari 2018
| status =
| status =
| sebelum =
| sebelum = [[Muzium Misteri]]
| selepas =
| selepas =
| musim sebelumnya =
| musim sebelumnya =
| musim selanjutnya =
| musim selanjutnya =
| berkaitan =
| berkaitan =

Semakan pada 15:08, 19 Ogos 2021

Kisah Yang Hilang
GenreKomedi
Seram
PengarahMohd Azaromi Ghozali
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Teo
PenerbitDavid Teo
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Disember 2017 – 12 Februari 2018
MengikutiMuzium Misteri

Kisah Yang Hilang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan dan Wan Gegau. Siri ini memulakan tayanya perdana di Slot Seramedi TV3 dari 26 Disember 2017 hingga 12 Februari 2018 menggantikan Muzium Misteri.[1]

Sinopsis

Kisah Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, atas saranan rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang dikatakan berlaku banyak kejadian aneh dan diragukan kewujudannya iaitu Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi. Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, komputer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik arwah datuknya. Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran tentang kampung tersebut.

Spoiler: Kampung Sungai Ajal tidak wujud di dunia nyata. Penduduk kampung tersebut - Tok Penghulu, Tiga Serangkai, Suri dan setiap orang kampung yang Aqil berinteraksi sejak dari episod pertama bukan manusia.

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Kisah Yang Hilang (TV3) My Infotaip (24 Disember 2017). Dicapai pada 7 Mei 2018.

Pautan luar