Pergi ke kandungan

Pelabuhan Tanjung Pelepas: Perbezaan antara semakan

tambah nasi
Tiada ringkasan suntingan
 
(tambah nasi)
'''Pelabuhan Tanjung Pelepas''' ('''PTP''') yang terletaknya di barat daya [[Semenanjung Malaysia]] merupakan [[pelabuhan]] yang kedua di negeri [[Johor]] dan pelabuhan [[muatan pindah kapal]] utama di [[Malaysia]]. Tujuan pembinaan pelabuhan ini oleh Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd., yakni pemilik [[Pelabuhan Johor]] (pelabuhan pertama di Johor), semata-mata untuk bersaing dengan [[Pelabuhan Singapura]] melalui taraf kualiti yang setanding tetapi dengan kos kepada pelanggan yang lebih murah. PTP memulakan operasinya pada Oktober [[1999]].
[[Pelabuhan Tanjung Pelepas]] terletak di negeri [[Johor]] . Pelabuhan ini dibangunkan bagi mengurangkan kebergantungan [[Malaysia]] kepada [[Pelabuhan Singapura]]. Pelabuhan Singapura rancak membangun dan terkenal di seluruh dunia kerana adanya sumbangan import eksport dari [[Malaysia]].
 
 
Malaysia mengambil peluang tersebut dan mengadakan persaingan yang sihat. Namun begitu [[Pelabuhan Tanjung Pelepas]] sentiasa dicurigai dan 'diasak' dengan pelbagai perkara. Contohnya [[Singapura]] dikatakan membina [[benteng]] di tengah-tengah laut agar kapal-kapal sukar untuk berlabuh . Sebaliknya ketika Singapura maju dan berjaya sejak dahulu , Malaysia tidak pula membuat sekatan sedemikian rupa.
==Tapak==
Terletaknya di [[muara]] Sungai Pulai, kawasan PTP seluas 1,935 [[ekar]] dan dilindungi oleh sebuah [[teluk]] air-dalam. Berada di air-dalam mencecah 15 meter dari [[aras laut]], ia mempunyai saluran sepanjang 12.6 [[meter|kilometer]] dan lebar seluas 250 [[meter]] yang memberi PTP kelebihan dalam mengurangkan masa kapal-[[kapal]] untuk menunggu.
 
PTP dihubungkan oleh [[Lebuhraya Utara-Selatan]] (menghubungkan [[Singapura]] ke sempadan [[Thailand]]). Pelabuhan ini juga berada dikawasan [[Zon perdagangan bebas|Zon Perdagangan Bebas]]. Ia memberi keistimewaan kepada [[pelanggan]] supaya bebas daripada prosedur [[kastam]], [[duti import]] dan [[duti eksport|eksport]] serta [[lesen import]].
 
==Kemudahan dan perkhidmatan==
Kini, PTP berupaya mengendalikan sebanyak enam juta [[TEU]] setahun. Kemudahannya termasuk:
* 8 [[dermaga]] yang berukuran 360 meter setiap satu, berjumlah sepanjang 2.88 kilometer barisan dermaga;
* 14 buah [[kren]] tepian [[pangkalan]] "Super Post Panamax" yang boleh mengangkat sebanyak 18 buah [[kargo]], dengan tambahan 10 kargo dan 22 buah kotak;
* 70 buah kren dan juga treler-[[treler]] di kawasan menyimpan kargo berbahaya;
* Bangunan simpanan kontena yang terbesar di negara yang boleh menyimpan dan menampung sebanyak 110,000 TEU, termasuk lebih daripada 2,100 'point reefer'.
* Sistem pintu gerbang automatik GCAM yang membolehkan pengurusan pengangkutan kotak yang lebih cepat.
Untuk melancarkan operasi, PTP menggunakan perkhidmatan [[teknologi maklumat]] untuk menyambungkan seluruh pengguna pelabuhan antara satu sama lain. Sistem ini juga membantu [[pengimport-pengeksport]], [[ejen]] perkapalan dan pelabuhan untuk berkomunikasi dengan lebih cepat.
 
Pada tahun [[2000]], PTP telah dianugerahkan sebagai "Pelabuhan Kontena Baru yang Terbaik" ('Best Emerging Container Terminal') dari Senarai [[Lloyds]] kerana berjaya menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang perjalanan operasi.
 
==Pelanggan utama==
Pada bulan Jun 2000, [[Maersk Sealand]] dan [[APL-NOL]] telah memulakan perkhidmatan tetap di pelabuhan ini. Maersk dianggarkan akan membawa ketumpatan sebanyak dua juta TEU ke PTP pada setiap tahun.
 
JST, menerusi anak syarikat Malaysia JST Connectors (M) Sdn. Bhd., juga akan membangunkan kemudahan bersepadu [[pengeluaran]], [[kejuruteraan]], [[penyelidikan dan pembangunan]] (R&D), latihan dan jualan di Perdagangan Bebas Pelepas. Luas kawasannya sebanyak sejuta kaki persegi dijangka siap pada tahun [[2006]]. Diasaskan di [[Osaka]], [[Jepun]], JST merupakan salah satu daripada pengeluar [[penyambung]] utama di [[dunia]] untuk kegunaan-kegunaan yang termasuk [[kereta]], [[automasi pejabat]], [[telekomunikasi]] dan kelengkapan pengguna.
 
[[Kampus Perindustrian Flextronics]] yang dibina dalam lingkungan Zon Perdagangan Bebas Pelepas dijangka beroperasi mulai April 2006. Syarikat lain yang sudah berpindah ke pelabuhan ini termasuklah [[BMW]], sebuah pengeluar kereta mewah [[Jerman]] yang mengusahakan [[kilang]] [[alat ganti]] untuk wilayah [[Asia]] dan syarikat [[logistik]] [[Schenker]].
 
==Pautan luar==
* [http://www.ptp.com.my/ Laman Rasmi Pelabuhan Tanjung Pelepas]
28,020

suntingan