Radio Televisyen Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34: Baris 34:
Berikutan serangan [[Jepun]] dan [[British]] menyerah kalah di [[Singapura]] pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, [[Melaka]], [[Kuala Lumpur]], [[Seremban]] dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.
Berikutan serangan [[Jepun]] dan [[British]] menyerah kalah di [[Singapura]] pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, [[Melaka]], [[Kuala Lumpur]], [[Seremban]] dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.


Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di [[Singapura]] diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran.
Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di [[Singapura]] diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di [[Malaysia|Malaya]].


Tercetusnya darurat oleh [[komunis]] pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.
Tercetusnya darurat oleh [[komunis]] pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.

Semakan pada 03:14, 30 Ogos 2021

Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Jabatan Penyiaran Malaysia
PenjenamaanRadio Televisyen Malaysia
Negara
Tarikh siaran pertama
1 April 1946; 78 tahun yang lalu (1946-04-01) (Radio)
28 November 1963; 60 tahun yang lalu (1963-11-28) (Televisyen)
KetersediaanSeluruh negara
Ditubuhkan1 April 1946; 78 tahun yang lalu (1946-04-01) (Radio)
28 November 1963; 60 tahun yang lalu (1963-11-28) (Televisyen)
SloganTeman Setia Anda
Stesen TVTV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM & TV6
Stesen radioNasional FM, Radio Klasik, Asyik FM, TraXX FM, Ai FM & Minnal FM
Ibu pejabatAngkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan siaran
Malaysia
PemilikJabatan Penyiaran Malaysia
IndukKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Orang penting
YBhg. Datuk Ruzain Idris (Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia)
Nama lama
Radio Malaya (1946–63)
Radio Malaysia (1963 – November 1969)
Televisyen Malaysia (1963 – November 1969)
KumpulanRadio, televisyen
Laman sesawang
www.rtm.gov.my

Radio Televisyen Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen, ia ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963. Beribu pejabat di Angkasapuri, kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta enam saluran televisyen. RTM juga mempunyai orkestra simfoninya sendiri, iaitu Orkestra RTM. RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-75 pada 1 April 2021.

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Reuters Institute for the Study of Journalism pada 9 November 2019, RTM ialah pertubuhan media yang paling dipercayai di Malaysia, mendahului bidang kepercayaan jenama di hadapan Astro Awani, ntv7, TV3, Malaysiakini dan The Star.[1][2]

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk penyiaran media seperti Perbadanan Penyiaran British.

Sejarah

Sejarah penyiaran radio di Malaya bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wayarles Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wayarles Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter. Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHj Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.

Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya.

Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.

Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang menarik untuk diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 31 Disember 1963 dari studionya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks Angkasapuri dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan Televisyen mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan pada 17 November 1969.

  1. Rangkaian Pertama (sekarang TV1).
  2. Rangkaian Kedua (sekarang TV2).

Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan televisyen berjalan seiring. Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24-jam pada 19hb Januari 1971. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan, petugas di hospital, pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar. Tambahan empat rangkaian siaran radio nasional dalam Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975.

Pada 28 Disember 2013, RTM meraikan ulang tahunnya ke-50 siaran televisyen di Malaysia.[3]

Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti:

  1. Radio 1 (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
  2. Radio 2 (Muzik, sekarang Nasional FM).
  3. Radio 3 (Radio Ibu Kota, sekarang KL FM
  4. Radio 4 (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  5. Radio 5 (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
  6. Radio 6 (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
  7. Radio 7 (Orang Asli, sekarang Asyik FM).

Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan 1-lagi detik penting dalam sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran televisyen warna oleh Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn, diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat Televisyen, Bintang RTM, Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).[4]

Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangakaian Internet.[5] Sebuah stesen radio antarabangsa, Suara Malaysia (bahasa Inggeris: Voice of Malaysia) diasaskan pada 15 Februari 1963 untuk mempromosikan negara, tetapi telah ditukarkan kepada podcast internet pada 31 Ogos 2011 sebelum ia tamat operasi pada bulan Disember tahun sama.

Pada tahun 2019, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan akan menyediakan saluran baru melalui RTM. Menterinya, Gobind Singh Deo, mengatakan bahawa rancangan di saluran ini akan merangkumi dokumentari yang memberikan maklumat kepada orang ramai.[6][7][8]

Pada 1 Mac 2021, RTM melancarkan saluran TV baru, TV6, yang dikhaskan untuk menjalankan semula siri TV, telemovie dan rancangan hiburan dari tahun 1960-an hingga awal 2000-an, kini dalam percubaan. Pada 1 April 2021, RTM Sports dijenamakan semula sebagai Sukan RTM.

Stesen terestrial

Stesen radio

Nasional

Frekuensi Waktu siaran Stesen Bahasa Format Ruj
MHz 24 Jam Nasional FM Melayu Berita, Oldies dan Hits klasik [9]
MHz 24 Jam Radio Klasik Melayu Berita, Oldies dan Hits klasik [10]
MHz 08:00 - 23:00 Asyik FM Melayu dan Asli (Semai, Jakun, Temiar dan Temuan) Maklumat hibur dan Radio bual bicara (Orang Asli). [11]
MHz 24 Jam TraXX FM Inggeris Berita, Oldies dan Hits klasik [12]
MHz 24 Jam Ai FM Cina (Mandarin, Hakka, Hokkien, Kantonis dan Teochew) Berita, Oldies dan Hits klasik [13]
MHz 24 Jam Minnal FM Tamil Berita, Oldies dan Hits klasik [14]

Tempatan

Negeri/Wilayah persekutuan Frekuensi Stesen Bahasa Ruj
Perlis MHz Perlis FM Melayu [15]
Kedah MHz Kedah FM Melayu [16]
MHz Langkawi FM Melayu [17]
Pulau Pinang MHz Mutiara FM Melayu [18]
Perak MHz Perak FM Melayu [19]
Selangor MHz Selangor FM Melayu [20]
Kuala Lumpur MHz KL FM Melayu [21]
Negeri Sembilan MHz Negeri FM Melayu [22]
Melaka MHz Melaka FM Melayu [23]
Johor MHz Johor FM Melayu [24]
Pahang MHz Pahang FM Melayu [25]
Terengganu MHz Terengganu FM Melayu [26]
Kelantan MHz Kelantan FM Melayu [27]
Sarawak MHz Sarawak FM Melayu [28]
MHz Red FM Inggeris dan Cina (Mandarin) [29]
MHz Wai FM Iban Iban [30]
MHz Wai FM Bidayuh Bidayuh, Kayan dan Kenyah [31]
MHz Sibu FM Melayu, Cina (Mandarin) dan Iban [32]
MHz Miri FM Melayu, Cina (Mandarin), Iban, Kayan dan Kenyah [33]
MHz Sri Aman FM Melayu [34]
MHz Bintulu FM Melayu [35]
MHz Limbang FM Melayu, Bisaya dan Lun Bawang [36]
Sabah MHz Sabah FM Melayu [37]
MHz Sabah V FM Inggeris, Kadazan, Dusun, Cina (Mandarin), Bajau dan Murut [38]
MHz Keningau FM Melayu, Murut dan Dusun [39]
MHz Sandakan FM Melayu [40]
MHz Tawau FM Melayu [41]
Labuan MHz Labuan FM Melayu [42]

Saluran televisyen

Nama Waktu siaran Bahasa Program Ruj
TV1 24 Jam Melayu dan Inggeris Berita, budaya, hiburan dan kanak-kanak [43]
TV2 24 Jam Melayu, Inggeris, Cina (Mandarin dan Kantonis), India (Tamil dan Hindi), Indonesia, Korea dan Turki Berita, budaya, hiburan dan kanak-kanak [44]
OKEY 24 Jam Melayu, Inggeris, Cina (Mandarin), India (Tamil), Indonesia, Bajau, Dusun, Kadazan dan Iban Berita, budaya, hiburan, kanak-kanak dan pendidikan [45]
Berita RTM 24 Jam Melayu, Inggeris, Cina (Mandarin), India (Tamil), Bajau, Dusun, Kadazan dan Iban Berita [46]
Sukan RTM 24 Jam Melayu dan Inggeris Sukan [47]
TV6 07:00 - 00:00 Melayu Program klasik seperti drama, filem, hiburan dan sebagainya (Saluran percubaan) [48]

Perkhidmatan media over-the-top

RTM Klik (Dahulunya myKlik dan RTM mobile) merupakan perkhidmatan media over-the-top RTM. Ia meliputi para penonton pelbagai peranti seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Laman sesawang perkhidmatan tersebut mengandungi semua saluran televisyen RTM dan 25 daripada 34 stesen radio RTM, dan juga saluran strim atas talian RTM Parlimen yang dilancarkan pada 1 Julai 2013. Pada tahun 2021, myKlik dan RTM Mobile disatukan dan dijenamakan semula sebagai RTM Klik. (Stesen radio yang tidak terdapat dalam RTM klik ialah: Langkawi FM, Sibu FM, Miri FM, Sri Aman FM, Bintulu FM, Limbang FM, Keningau FM, Sandakan FM dan Tawau FM.)[49]

RTM Parlimen menyiarkan seluruh sesi parlimen setiap Isnin hingga Khamis dari jam 10 pagi hingga jam 1 petang pada sesi pagi dan dari jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang pada sesi petang. Selain RTM Klik, RTM Parlimen boleh ditonton melalui saluran laman web RTM Parlimen dan Saluran 633 Unifi TV. Tayangan semula rakaman parlimen penuh biasanya dipaparkan pada waktu malam.[50]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Survey: RTM is Malaysia's most trusted media organisation". The Malay Mail. 9 November 2019. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ "RTM is most trusted media organisation, survey reveals". Free Malaysia Today. 9 November 2019. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  3. ^ "Jubli Emas: TV Malaysia pamer kematangan". mStar Online. 30 Disember 2013. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  4. ^ "RTM to reinvent itself to stay relevant". The Borneo Post. 10 September 2015. Dicapai pada 10 September 2015.
  5. ^ Liew Jia Teng (12 Jun 2018). "Awakening the sleeping giant, RTM". The Edge Markets. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  6. ^ "Gobind: RTM to air new programmes, documentaries". Malaysiakini. 26 November 2019. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  7. ^ Zul Husni Abdul Hamid (10 Disember 2019). "Kerajaan lulus kenaikan kadar harga program RTM". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  8. ^ "Gobind mahu pastikan RTM saluran TV dan radio pilihan pertama rakyat". Bernama. 1 April 2019. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  9. ^ Laman rasmi Nasional FM
  10. ^ Laman rasmi Radio Klasik
  11. ^ Laman rasmi Asyik FM
  12. ^ Laman rasmi Traxx FM
  13. ^ Laman rasmi Ai FM
  14. ^ Laman rasmi Minnal FM
  15. ^ Laman rasmi Perlis FM
  16. ^ Laman rasmi Kedah FM
  17. ^ Laman rasmi Langkawi FM
  18. ^ Laman rasmi Mutiara FM
  19. ^ Laman rasmi Perak FM
  20. ^ Laman rasmi Selangor FM
  21. ^ Laman rasmi KL FM
  22. ^ Laman rasmi Negeri FM
  23. ^ Laman rasmi Melaka FM
  24. ^ Laman rasmi Johor FM
  25. ^ Laman rasmi Pahang FM
  26. ^ Laman rasmi Terengganu FM
  27. ^ Laman rasmi Kelantan FM
  28. ^ Laman rasmi Sarawak FM
  29. ^ Laman rasmi Red FM
  30. ^ Laman rasmi Wai FM Iban
  31. ^ Laman rasmi Wai FM Bidayuh
  32. ^ Laman rasmi Sibu FM
  33. ^ Laman rasmi Miri FM
  34. ^ Laman rasmi Sri Aman FM
  35. ^ Laman rasmi Bintulu FM
  36. ^ Laman rasmi Limbang FM
  37. ^ Laman rasmi Sabah FM
  38. ^ Laman rasmi Sabah V FM
  39. ^ Laman rasmi Keningau FM
  40. ^ Laman rasmi Sandakan FM
  41. ^ Laman rasmi Tawau FM
  42. ^ Laman rasmi Labuan FM
  43. ^ Laman rasmi TV1
  44. ^ Laman rasmi TV2
  45. ^ Laman rasmi TV Okey
  46. ^ Portal berita RTM
  47. ^ [1]
  48. ^ [2]
  49. ^ "Laman rasmi RTM Klik".
  50. ^ "Laman rasmi RTM Parlimen".

Pautan luar