Kapal tempur: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 47: Baris 47:
Amerika Syarikat mentauliahkan kembali kesemua empat [[kapal tempur kelas Iowa]] semasa [[Perang Korea]] dan [[USS New Jersey (BB-62)|USS ''New Jersey'']] bagi [[Perang Vietnam]]. Ianya digunakan terutamanya sebagai pengeboman persisiran pantai.
Amerika Syarikat mentauliahkan kembali kesemua empat [[kapal tempur kelas Iowa]] semasa [[Perang Korea]] dan [[USS New Jersey (BB-62)|USS ''New Jersey'']] bagi [[Perang Vietnam]]. Ianya digunakan terutamanya sebagai pengeboman persisiran pantai.


Kesemua keempatnya ditauliahkan kembali kesemua di bawah pentakbiran [[Ronald Reagan|Reagan]] dan diubah suai bagi membawa [[Tomahawk missile]], dengan ''New Jersey'' terbabit dalam pengeboman [[Lubnan]], sementara [[USS Missouri (BB-63)|''Missouri'']] dan [[USS Wisconsin (BB-64)|''Wisconsin'']] membedil meriam 16-inci mereka pada sasaran darat dan melancarkan [[peluru berpandu]] dalam [[Perang Teluk]].
Kesemua keempatnya ditauliahkan kembali kesemua di bawah pentakbiran [[Ronald Reagan|Reagan]] dan diubah suai bagi membawa [[Peluru berpandu Tomahawk]], dengan ''New Jersey'' terbabit dalam pengeboman [[Lubnan]], sementara [[USS Missouri (BB-63)|''Missouri'']] dan [[USS Wisconsin (BB-64)|''Wisconsin'']] membedil meriam 16-inci mereka pada sasaran darat dan melancarkan [[peluru berpandu]] dalam [[Perang Teluk]].


Kesemua keempat mereka dibersarakan pada awal [[1990-an]], kapal tempur terakhir dalam perkhidmatan aktif. ''Missouri'', ''Wisconsin'', dan ''New Jersey'' sekaran adalah muzium; [[USS Iowa (BB-61)|''Iowa'']] telah disimpan (''"mothballed."'')
Kesemua keempat mereka dibersarakan pada awal [[1990-an]], kapal tempur terakhir dalam perkhidmatan aktif. ''Missouri'', ''Wisconsin'', dan ''New Jersey'' sekaran adalah muzium; [[USS Iowa (BB-61)|''Iowa'']] telah disimpan (''"mothballed."'')

Semakan pada 11:21, 14 November 2005

Rencana ini adalan mengenai kapal perang sebagai jenis kapal perang. Lihat juga Permainan kapal perang.

Kapal perang USS Iowa membedil bertubi ke arah starboard (kanan)

Dalam sejarah angkatan laut, kapal perang merupakan kapal perang yang paling banyak dilengkapi senjata dan perisai. Pada pertengahan abad ke-20 ia menjadi lapuk oleh kapal induk. Walaupun sesetengah masih terus digunakan untuk membedil sasaran persisiran pantai dan sebagai pelantar peluru berpandu, kapal perang terakhir dibersarakan pada akhir 1990an.

Nama "kapal perang" pada asalnya diberikan kepada taraf-pertama, taraf-kedua, dan taraf-ketiga ships of the line during the age of sail. These ships were called the "main line of battle Ships", or battleships for short.

Kapal perang Pre-Dreadnought

Kapal perang pertama menyerupai kapal perang moden dibina pada akhir abad ke-19, beberapa tahun selepas kapal perang USS Monitor dan CSS Virginia bersarung besi bertempur di Hampton Roads, Virginia. Kapal perang yang dibina pada akhir abad ke-19 biasanya mempunyai empat atau lebih meriam besar (sekitar 12 inci diameter), dan pelbagai meriam lebih kecil.

Turret, kepingan perisai, dan enjin stim adalah peningkatan sepanjang beberapa tahun, dan tube torpedo diperkenalkan. Kapal perang sebeginilah yang membentuk "Great White Fleet".

Dreadnought

Reka bentuk kapal perang berubah, bagaimanapun, dengan pelancaran HMS Dreadnought pada tahun 1906. Dreadnought mempunyai sepuluh meriam besar serupa dipasang pada turet, menberikannya lebih daya tembak berbanding kapal lain seumpamanya. Ia sungguh revolutionari sehinggakan kapal perang yang dibina sebelumnya dikelaskan sebagai "kapal perang pre-Dreadnought", dan yang selepasnya sebagai "kapal perang post-Dreadnought" atau lebih mudah "dreadnought". Ciptaan besar lain Dreadnought merupakan pengenalan turbin stim, membolehkannya mengekalkan kuasa maksima dengan lebih lama dan pengendalian yang kurang berbanding sebelumnya yang dipancu oleh enjin tiga bukaan dan yang sesama dengannya.

Perang Dunia I

Perlumbaan senjata telah bermula sejak 1890-an lagi, terutamanya antara Jerman dan United Kingdom.

Angkatan Royal Navy United Kingdom telah menguasai lautan untuk sebahagian besar abad ke-19, tetapi Kaiser Wilhelm mahu mengubah keadaan itu, untuk sebab strategik, dan untuk mempunyai angkatan laut yang besar. Puncak perlumbaan ini ialah kebuntuan semasa Perang Dunia I. High Seas Fleet Jerman dan Grand Fleet Britain adalah terlalu mahal untuk dikorbankan dalam peperangan, jadi kedua-dua armada menghabiskan kebanyakan masa di pelabuhan, menunggu sekiranya armada lawan akan turun ke medan. Satu-satunya pertemuan dua armada ini ialah semasa Pertempuran Jutland yang terbantut: satu kemenangan taktikal Jerman (14 kapal Britain tenggelam dibandingkan dengan 11 milik Jerman) namun satu kemenangan strategik Britain (High Seas Fleet Jerman kekal di pelabuhan sepanjang perang tersebut).

Selepas Perang Dunia I, Perjanjian Armistice 1918 memaksa kebanyakan Angkatan Laut Dalam (High Seas Fleet) Jerman disimpan di Scapa Flow, Scotland. Kapal-kapal tersebut ditenggelamkan dengan jayanya oleh kelasi-kelasi Jerman sendiri pada Jun 1919.

Perang Dunia II

Dengan Perjanjian Navy Washington pada 1924, angkatan laut dunia mengurangkan perlumbaan membina kapal perang mereka, dengan pelbagai kapal sama ada dilupuskan atau ditukar menjadi kapal lain. Perjanjian tersebut kekal sehingga 1936, apabila angkatan laut dunia mula bersiap sedia. Beberapa kapal terkenal seperti Bismarck, Missouri, dan Yamato telah dilancarkan sebagai persediaan menghadapi Perang Dunia II yang akan datang.

Pada awal permulaan Pertempuran Atlantik (1940), armada Jerman telah mengancam konvoi Atlantik, maka armada perang Britain menumpukan usaha mereka untuk mencari dan memusnahkannya. Kapal perang (kapal tempur) dan kapal tempur poket Jerman berjaya pada awalnya, seperti apabila Scharnhorst dan Gneisenau mengejut dan menenggelamkankapal induk HMS Glorious pada Jun 1940. Kemudian apabila Bismarck menenggelamkan kruiser tempur HMS Hood pada Mei 1941, Perdana Menteri Britain Winston Churchill mengerahkan semua kapal Royal Navy menyerangnya.

Walau bagaimanapun, teknologi telah memintas kapal tempur. Meriam kapal tempur mungkin boleh menembak sejauh 30 batu, tetapi kapal induk dengan pesawat tempurnya boleh menyerang dari jarak beratus batu, dan radar membuatkan serangan-serangan tersebut lebih berkesan. Bismarck telah berjaya ditenggelamkan beberapa hari selepas ia memusnahkan HMS Hood, selepas ia dilumpuhkan oleh pengebom torpedo dari HMS Victorious dan HMS Ark Royal.

Pengeboman Pearl Harbor oleh Jepun telah meneggelam dan merosakkan kebanyakan kapal tempur Pasifik AS, namun kapal-kapal induk yang berada di lautan terselamat, dan kapal-kapal tersebut yang memberi kelebihan kepada AS semasa Pertempuran Midway. Peranan kapal tempur di Pasifik kemudiannya berubah sebagai pengebom persisiran dan pengawal kapal induk. Kapal tempur terbesar yang pernah dibina, Yamato dan Musashi dari Jepun, telah dimusnahkan dengan pesawat tempur kapal induk AS. Manakala kapal tempur Jerman terakhir Tirpitz terselamat sementara dengan bersembunyi di beberapa fjord di Norway, namun akhirnya turut dimusnahkan.

Dan dalam pertempuran terakhir antara kapal tempur, kapal tempur Amerika Syarikat South Dakota dan Washington berjaya menewaskan Kirishima Jepun di Pulau Savo.

Akibat perubahan teknologi, rancangan untuk kapal perang lebih besar, seperti kelas Montana Amerika dan kelas Super Yamato Jepun, dibatalkan. Pada akhir perang, hampir kesemua kapal perang dunia dibersarakan atau dilupuskan.

Selepas Perang Dunia II

Amerika Syarikat mentauliahkan kembali kesemua empat kapal tempur kelas Iowa semasa Perang Korea dan USS New Jersey bagi Perang Vietnam. Ianya digunakan terutamanya sebagai pengeboman persisiran pantai.

Kesemua keempatnya ditauliahkan kembali kesemua di bawah pentakbiran Reagan dan diubah suai bagi membawa Peluru berpandu Tomahawk, dengan New Jersey terbabit dalam pengeboman Lubnan, sementara Missouri dan Wisconsin membedil meriam 16-inci mereka pada sasaran darat dan melancarkan peluru berpandu dalam Perang Teluk.

Kesemua keempat mereka dibersarakan pada awal 1990-an, kapal tempur terakhir dalam perkhidmatan aktif. Missouri, Wisconsin, dan New Jersey sekaran adalah muzium; Iowa telah disimpan ("mothballed.")

Lihat juga