Noryati Taib: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 29: Baris 29:
|-
|-
| rowspan="2"|2012
| rowspan="2"|2012
| ''[[Cinta Kura-Kura]]''
| ''[[Cinta Kura Kura]]''
| Mak Uda
|
|-
|-
| ''[[29 Februari (filem)|29 Februari]]''
| ''[[29 Februari (filem)|29 Februari]]''

Semakan pada 02:14, 17 September 2021

Noryati Taib
Kelahiran1958 (1958)
Meninggal dunia7 April 2021 (berumur 62–63)
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Nama lain
  • Mak Cik Petir
  • Mak Uda Yati
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–2021
Anak-anak4
KeluargaShahrulezad Mohameddin (anak saudara)

Noryati Taib (1958 – 7 April 2021)[1] juga dikenali sebagai Mak Cik Petir merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lakonannya yang bersahaja dalam drama televisyen dan filem. Beliau ialah ibu saudara kepada pengarah televisyen Shahrulezad Mohameddin.

Kerjaya

Noryati memulakan kerjaya lakonan secara tiba-tiba tanpa dirancang menerusi drama Abang Mak Muncul Balik. Antara kredit lakonannya ialah Sindarela, Tari Tirana dan Syurgamu Ramadhan.[1]

Kehidupan peribadi

Noryati mempunyai empat anak. Anak saudaranya ialah pengarah dan penerbit televisyen, Shahrulezad Mohameddin.[1]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak
2012 Cinta Kura Kura Mak Uda
29 Februari Mak Tam
2013 Hantu Tok Mudim Mak Yam

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Sindarela Makcik Mary TV3
2009–2010 Tari Tirana Makcik Isabella
2010 Syurgamu Ramadhan Datin Kesuma
2013 Ramadan Yang Hilang Maryam
2021 Single Terlalu Lama Penampilan khas

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Abang! Mak Panggil Balik! Mak Leha TV9
2015 Mana Burger Mak HyppTV
2020 Cik Petir Putrajaya Makcik Petir TV3

Sakit dan kematian

Pada September 2017, Noryati dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau juga menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di HSI. Noryati mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.[1]

Pada Februari 2021, keadaan kesihatannya merosot selepas disahkan positif COVID-19.[2] Noryati meninggal dunia pada 7 April 2021 pada usia 63 tahun di kediamannya di Pasir Gudang, Johor.[3][4] Jenazah Noryati dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, pada jam 11.30 pagi, selepas solat jenazah di Masjid Al-iltihad Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.[5]

Rujukan

  1. ^ a b c d Sudirman Mohd Tahir (7 April 2021). "Noryati meninggal dunia di sisi empat anak". Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2021.
  2. ^ "Makcik Petir positif COVID-19, mohon doa diberi kesembuhan - "Saya tahu dia gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja tak ada siapa dapat temankan"". mStar Online. 3 Februari 2021. Dicapai pada 10 April 2021.
  3. ^ "Makcik Petir sudah tiada... Noryati Taib meninggal dunia". mStar Online. 7 April 2021. Dicapai pada 10 April 2021.
  4. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (7 April 2021). "Pelakon, Noryati Taib meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2021.
  5. ^ Omar Ahmad (7 April 2021). "Jenazah pelakon, Noryati Taib selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2021.