Mat Bond Malaya: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 47: Baris 47:
* [[Elizabeth Tan]] sebagai Bondi
* [[Elizabeth Tan]] sebagai Bondi
* [[Azri Iskandar]] sebagai Dr Ebel
* [[Azri Iskandar]] sebagai Dr Ebel
* [[Riezman Khuzaimi]]
* [[Riezman Khuzaimi]] sebagai
* Farid Azmeir
* Farid Azmeir sebagai G
* [[Amyza Aznan]]
* [[Amyza Aznan]]
* [[Reza Hasbi]]
* [[Reza Hasbi]]

Semakan pada 06:36, 14 Oktober 2021

Mat Bond Malaya
PengarahNabil Ahmad
PenulisNabil Ahmad
Dihasilkan oleh
  • Nabil Ahmad
  • Ashila Suhaila Azizan
  • Khairil Muzamil Abd Rahim (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMadnor Kassim
Disunting oleh
Muzik olehAzri Yunus
Syarikat
penerbitan
KMN Production
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
20 Julai 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Mat Bond Malaya ialah sebuah filem aksi komedi seram Malaysia 2021 arahan Nabil Ahmad yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit.[1][2] Dibintangi oleh Naqiu Boboy, Elizabeth Tan, Azri Iskandar dan Riezman Khuzaimi serta penampilan khas daripada selebriti terkenal Malaysia, filem ini ditayangkan pada 20 Julai 2021 di Astro First.[3]

Sinopsis

Mengisahkan Mat ingin menjadi ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai budak pejabat. Pada masa sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.

Namun, Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. Satu hari, dunia digemparkan dengan serangan virus zombi yang disebarkan Dr Ebel. Ramai terkena virus tersebut termasuk ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan mencari penawar bagi menyelamatkan semua yang dijangkiti sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.

Pelakon

Penerbitan

Mat Bond Malaya diarahkan oleh Nabil Ahmad yang sebelum ini mengarahkan The Hantus (2018), ia merupakan filem sulung arahan beliau turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[4] Bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu memegang watak sebagai Mat, ejen perisik M6.[5] Naqiu pada mulanya teragak-agak mahu menerima pelawaan membintangi filem itu, namun keputusannya berubah sebaik dimaklumkan mentornya, Ramli M. S. turut membintangi filem berkenaan. Menurutnya, jika Ramli bersetuju berlakom dalam filem komedi itu, tiada alasan untuk beliau perlu takut untuk menyahut cabaran.[5]

Selebriti yang membuat penampilan khas sebagai pelakon undangan, antaranya, Yusof Haslam, Aliff Syukri Kamarzaman, Ramli M.S., Syafiq Kyle, Ning Baizura, Han Byul dan Didie Alias. Mat Bond Malaya turut menampilkan undangan khas daripada empat pengarah –Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman, Michael Ang dan Mamat Khalid.[5]

Keluaran

Mat Bond Malaya dikeluarkan pada 20 Julai 2021 di Astro First. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya menduduki kedudukan nombor 1 di Carta Filem Top 5 Astro First sehari selepas tayangan perdana rasmi.[6]

Nabil mengumumkan bahawa beliau akan memberi imbuhan kepada pelakon dan kru produksi Mat Bond Malaya jika filem itu mencapai kutipan RM10 juta.[7][8]

Rujukan

  1. ^ "'Mat Bond Malaya' taruhan sulung Nabil". Syok.my. 21 Julai 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  2. ^ "Mat Bond Malaya, debaran Nabil Ahmad menanti tayangan filem pertama". Astro Awani. 18 Julai 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  3. ^ Haryani Ismail (23 Julai 2021). "Sedia terhibur dengan Mat Bond Malaya". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  4. ^ Ali Toupan Rajalee (17 Julai 2021). "Belum apa-apa Nabil dah janji bonus, pelakon dan kru Mat Bond Malaya bakal dapat habuan - "Masa inilah kita cuba nak bantu"". mStar Online. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  5. ^ a b c Hanisah Selamat (21 Julai 2021). "Naqiu jadi Mat Bond Malaya sebab Ramli M.S." Kosmo!. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  6. ^ Amri Hassan (21 Julai 2021). "Mega!!! Baru tayang semalam, Mat Bond Malaya duduki tangga 1 Carta Filem Top 5 Astro First". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  7. ^ Georgie Joseph (17 Julai 2021). "Nabil sasar Mat Bond Malaya kutip RM10 juta". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  8. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (21 Julai 2021). "Nabil beri bonus bantu pelakon, kru terjejas pandemik". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2021.

Pautan luar