Yusof Haslam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 624: Baris 624:
| {{na}}
| {{na}}
| {{na}}
| {{na}}
| Agen 1
|
| Penampilan khas
| Penampilan khas
|-
|-

Semakan pada 06:48, 14 Oktober 2021


Yusof Haslam

PJN, AMN
Datuk Yusof Haslam pada 2013
Kelahiran
Mohd Yusof Md Haslam Khan

(1954-04-24) 24 April 1954 (umur 69)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, Pengarah Urusan Skop Productions
Tahun aktif1970–kini
PasanganDatin Fatimah Ismail (k. 1982)
Raja Noor Saadah Salehuddin (k. 1978; c. 1980)
Anak-anak4 (termasuk Syamsul dan Syafiq)
IbuBahyah Talib
BapaMd. Haslam Khan

(ACP) Datuk Dr. Mohd Yusof Md Haslam Khan PJN, AMN (lahir 24 April 1954)[1] merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia.[2] Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada 1985.[3]

Memulakan kerjaya profesionalnya pada 1970, beliau memegang watak tambahan sebagai Pegawai Menteri Fasola dalam Laksamana Do Re Mi (1973) bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial. Beliau menduduki kerusi pengarah pada 1991 menerusi filem pertamanya Bayangan Maut dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk Pemburu Bayang (1993), Sembilu (1994) dan Maria Mariana (1996) sehingga beliau bersara dari kerusi pengarah pada 2005.[4] Sebagai penerbit, beliau telah menerbitkan 40 filem dan beberapa siri TV termasuk PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, dan Gerak Khas.[5] Kini, perjuangan beliau dalam bidang perfileman diteruskan oleh dua anak beliau, Syamsul[6] dan Syafiq.[7]

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Productions, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (pos-produksi dan penerbitan drama serta filem).

Kehidupan awal

Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kepada suri rumah Bahyah Talib dan pemandu lori Md. Haslam Khan. Beliau merupakan anak keempat daripada kalangan tujuh beradik yang bersama-sama tinggal di sebuah rumah di penempatan setinggan.[8] Beliau menerima pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Beliau terpikat dengan filem melalui pengalamannya menonton filem barat Hollywood dan filem-filem Bollywood—dengan yang kedua, beliau menjadikan bintang Bollywood Shashi Kapoor sebagai idola beliau dalam bidang lakonan. Oleh itu, Yusof memutuskan bahawa beliau akan menjadi pelakon, meskipun tidak direstui oleh bapanya yang percaya bahawa industri hiburan tidak mempunyai jaminan masa depan.[8] Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yusof mengambil pekerjaan sebagai konduktor tiket bas Sri Jaya, tetapi beliau juga diam-diam menghadiri ujibakat lakonan.

Kerjaya

Yusof (tengah), bersama dua anaknya, Syamsul (kanan) dan Syafiq (kiri).

Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1972, sebagai pengawal Menteri Fasola (lakonan Allahyarham Hussein Abu Hassan). Ia hanya pada tahun 1975 beliau mengambil peranan utama menerusi filem Permintaan Terakhir sebagai "Idham" berdampingan dengan aktres utama yang juga merupakan rakan seperjuangannya, Uji Rashid.[8][2]

Yusof membintangi tiga filem sepanjang 1976, iaitu filem Loceng Maut arahan Nas Achnas serta dua filem arahan Jamil Sulong, Cinta Dan Lagu dan Sayang Anakku Sayang. Tiga tahun kemudian, beliau membintangi filem Detik 12 Malam arahan S. Sudarmaji serta filem Tiada Esok Bagimu arahan Jins Shamsuddin. Pada 1981, beliau memegang watak sebagai MM Jaafar Hassan dalam filem sejarah peperangan Bukit Kepong arahan Jins yang mana sebahagian besar dari jalan cerita filem ini ialah berdasarkan daripada peristiwa berdarah pada 23 Februari 1950.[9] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.7 juta, sekaligus memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 pada 1982.

Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1991 dengan filem pertamanya Bayangan Maut, sebuah filem thriller aksi misteri yang dibintangi penyanyi rock Ella. Ini kemudian diikuti oleh Pemburu Bayang pada tahun 1992, Sembilu pada tahun 1994, filem blockbuster terlaris, Maria Mariana pada tahun 1996 serta sekuelnya dua tahun selepas antara lain.[10] Pada 1999, beliau menerbitkan Bara gandingan Awie dan Nasha Aziz yang pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Yusof.[2]

Pada 8 Januari 2000, beliau mengarahkan filem drama romantik, Pasrah yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Norman Hakim yang berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.[11][12][13] Setahun kemudian, beliau mengarahkan filem Gerak Khas The Movie yang ditayangkan pada 1 Mac 2001 dan dibintangi oleh sebahagian besar daripada pelakon utama drama Gerak Khas.[14] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungan menerusi filem kedua (2002)[15] dan ketiga (2004).[16]

Pada 24 Mac 2005, beliau mengarahkan filem terakhirnya, Sembilu 2005 yang dibintangi oleh Vince dan Hetty Sarlene. Filem cinta remaja ini mengisahkan tetang percintaan Salina dan Vince mendapat tentangan hebat daripada keluarga mereka masing-masing.[17] Selepas bersara dari mengarah filem, Yusof lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugas sebagai penerbit untuk filem dan televisyen terbitan Skop Productions yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.

Pada 2008, beliau menerbitkan filem Evolusi KL Drift arahan anak lelakinya, Mohd Syamsul yang ditayangkan pada 3 April hingga kejayaan kewangan dan kritis.[18] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungannya yang ditayangkan pada 25 Mac 2010[19] dan turut mencetuskan siri TV adaptasi filem yang disiarkan di TV2 pada 2012.[20]

Pada 2012, beliau dan pelakon bertukar pengarah, Ahmad Idham mengumumkan akan bekerjasama menerusi sebuah filem aksi komedi hasil kerjasama Skop Productions milik Yusof dan Excellent Pictures milik Idham. Filem itu yang bertajuk Gangster Celop yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 merupakan gabungan dari filem KL Gangster dan drama Apa Celop!, dibintangi oleh Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha. Di dalam filem ini, Idham sebagai pengarah dan Yusof sebagai penerbit.[21]

Beliau bersama-sama dengan komposer Datuk Ramli M. S. dan penyanyi veteran Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap rancangan TV realiti, Gegar Vaganza musim keempat yang mula bersiaran pada 29 Oktober 2017 di Astro Ria.

Kontroversi

Pada 28 Ogos 2013, filem terbitannya, KL Gangster 2 bocor di internet secara haram, dua bulan sebelum keluaran tayangan rasminya, iaitu pada 3 Oktober 2013. Ekoran kes ini, beliau membuat laporan polis dan mengadakan satu sidang media berhubung penyebaran filem itu secara haram.[22] Beliau juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.[23][24][25]

Pada 17 Februari 2016, Yusof dan anaknya Syamsul dan syarikat mereka, Skop Productions telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[26] Elias yang menggunakan nama pena ‘Anne Natasha Nita’ telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[27][28][29]

Pada September 2017, beliau mengecam tindakan pengkritik filem kontroversi, Mansor Puteh yang melabel karyanya sebagai bahan tong sampah. Bahkan, Syamsul dan Syafiq turut menjadi sasaran.[30]

Kehidupan peribadi

Datuk Yusof berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarhamah Raja Noor Saadah Salehuddin pada 1978 dan bercerai pada 1980, pasangan ini tidak dikurniakan anak; Raja Noor Saadah meninggal dunia pada 19 Disember 2017. Perkahwinan kedua beliau ialah bersama Datin Fatimah Ismail pada 1982 dan dikurniakan empat anak serta lima cucu. Anak-anak mereka ialah Mohd Faizal (lahir 1983), Mohd Shamsul (lahir 1984), Nursyamin (lahir 1988) dan Mohd Syafiq (lahir 1992).[31] Anak sulungnya, Faizal berkahwin dengan Nazariah Harun dan mempunyai 3 anak. Syamsul berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014,[32][33][34] manakala Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014.[35][36]

Pada 7 Julai 2014, jam 2:30 pagi kediaman beliau yang diberi nama Darul Haslam telah dipecah masuk di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Menyedari rumahnya dipecah masuk, beliau melepaskan tembakan sebagai amaran sehingga menyebabkan perompak yang memasuki rumahnya melarikan diri. Beliau yang ketika itu sedang menonton televisyen terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah rumahnya dan terus mencapai pistol Glock miliknya dan melepas tiga das tembakan.[37]

Pada 13 Oktober 2017, beliau dimasukkan ke Hospital Tawakkal akibat muntah-muntah, selepas disyaki mengalami keracunan makanan. Keadaannya dilaporkan stabil dan dibenarkan bertugas seperti biasa.[38][39][40]

Filemografi

Filem

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1972 Laksamana Do Re Mi Ya Tidak Tidak Pengawal Menteri Fasola Filem pertama, pelakon tambahan
1975 Jiwa Remaja Ya Tidak Tidak Yusof
Permintaan Terakhir Ya Tidak Tidak Idham
1976 Loceng Maut Ya Tidak Tidak Tok Penghulu Penampilan khas
Cinta dan Lagu Ya Tidak Tidak Malek
Sayang Anakku Sayang Ya Tidak Tidak Pengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat Penampilan khas
1979 Detik 12 Malam Ya Tidak Tidak
Tiada Esok Bagimu Ya Tidak Tidak Amir
1981 Ribut Barat Ya Tidak Tidak Adnan
Jejak Bertapak Ya Tidak Tidak
Bukit Kepong Ya Tidak Tidak MM Jaafar Hassan
1982 Sikit Punya Gila Ya Tidak Tidak Yusof Pelakon undangan
Senja Merah Ya Tidak Tidak Anuar
Penentuan Ya Tidak Tidak Hafsham
1983 Mekanik Ya Tidak Tidak Ketua Mafia Jahat
1984 Di Ambang Kasih Ya Tidak Tidak Rusdi
Melati Putih Ya Tidak Tidak Hisham
Jauh Di Sudut Hati Ya Tidak Tidak
1987 Rahsia Ya Tidak Tidak Dato' Karim Salim
Wira Angkasa Ya Tidak Tidak Leftenan Ridzuan
1990 Driving School Ya Tidak Tidak Hilmi
1991 Bayangan Maut Ya Ya Ya ASP Razlan Filem pertama arahan
Harry Boy Ya Tidak Tidak
Shakila Ya Tidak Tidak
1993 Pemburu Bayang Ya Ya Ya Ramon
Balada Ya Tidak Tidak Sunny
1994 Sembilu Tidak Ya Ya
1995 Sembilu II Tidak Ya Ya
1996 Maria Mariana Tidak Ya Ya
1997 Gemilang Tidak Ya Ya
1998 Maria Mariana II Tidak Ya Ya
1999 Bara Tidak Ya Ya
2000 Pasrah Tidak Ya Ya
2001 Gerak Khas The Movie Ya Ya Ya DSP Helmi
2002 Gerak Khas The Movie II Ya Ya Ya SUPT Helmi
Mr. Cinderella Tidak Tidak Ya
2003 Gila-Gila Pengantin Tidak Tidak Ya
Janji Diana Tidak Ya Ya
Mr. Cinderella 2 Tidak Tidak Ya
2004 Gila-Gila Pengantin Remaja Tidak Tidak Ya
2005 GK3 The Movie Ya Ya Ya SUPT Helmi
Gila-Gila Pengantin Popular Ya Tidak Ya Juri ujibakat Penampilan khas
Sembilu 2005 Tidak Ya Ya Filem terakhir arahan
2008 Evolusi KL Drift Tidak Tidak Ya
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Tidak Tidak Ya
2010 Evolusi KL Drift 2 Tidak Tidak Ya
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Tidak Tidak Ya
KL Gangster Tidak Tidak Ya
Aku Bukan Tomboy Tidak Tidak Ya
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Tidak Tidak Ya
SAM: Saya Amat Mencintaimu Tidak Tidak Ya
2013 Gangster Celop Tidak Tidak Ya
KL Gangster 2 Tidak Tidak Ya
2014 Abang Long Fadil Tidak Tidak Ya
2015 Villa Nabila Tidak Tidak Ya
Bukit Kepong HD Ya Tidak Tidak MM Jaafar Hassan[41]
2016 Mat Moto Tidak Tidak Ya
Munafik Tidak Tidak Ya
Desolasi Tidak Tidak Ya
2017 Abang Long Fadil 2 Ya Tidak Ya Dirinya sendiri Penampilan khas
KL Wangan Ya Tidak Tidak Ketua Polis
2018 KL Special Force Tidak Tidak Ya
Munafik 2 Tidak Tidak Ya
Tangisan Akinabalu Ya Tidak Tidak DSP Ranau Penampilan khas
Operasi X Ya Tidak Tidak SAC Dato' Mokhtar
2019 Misteri Dilaila Tidak Tidak Ya
Rise to Power: KLGU Tidak Tidak Ya Juga sebagai penerbit eksekutif
Banglo No. 99 Ya Tidak Tidak Tengku Izzuddin Shah
2020 Bulan dan Pria Terhebat Tidak Tidak Ya Penerbit bersekutu
2021 Penunggang Agama Tidak Tidak Ya
Mat Bond Malaya Ya Tidak Tidak Agen 1 Penampilan khas
Penunggang Agama 2 Tidak Tidak Ya
TBA Mat Kilau Filem/drama yang belum dikeluarkan Tidak Tidak Ya Pos-produksi
Abang Long Fadil 3 Filem/drama yang belum dikeluarkan Tidak Tidak Ya Pos-produksi
Munafik 3 Filem/drama yang belum dikeluarkan Tidak Tidak Ya Pos-produksi
Sekolahaha Filem/drama yang belum dikeluarkan Tidak Tidak Ya Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1980 PJ Holdings Ya Tidak Tidak TV1
1986 Remang-Remang Kota Raya Ya Ya Ya Inspektor Alif
1987 Harimau Rimba Tidak Ya Ya
1988 Disebalik Ombak Tidak Ya Ya
1989 Debu-Debu Kota Ya Ya Ya ASP Alif
1998–1999, 2008–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Tidak Tidak Ya TV1, TV2
1999–2011, 2014–2021 Gerak Khas Ya Ya Ya DCP Datuk Helmi TV1, TV2, TV3 Penerbit bersama
2000 Maria Mariana The Series Tidak Ya Ya TV3
2003 Janji Diana Tidak Ya Ya TV2, Astro Prima
2004 Meniti Bara Tidak Ya Ya TV2
2004–2005 Sembilu Tidak Ya Ya TV3
2005–2007 Sembilu Kasih Tidak Ya Ya
2007 Airmata Maria Tidak Ya Ya
2008 Farah Syakira Tidak Ya Ya TV2
2009–2011 Si Capik Tidak Ya Ya
2011 Serapah Darah Bulan Madu Tidak Tidak Ya Astro Prima
Khurafat The Series Tidak Tidak Ya Astro Ria
2012–2013 Metro Skuad Tidak Tidak Ya TV2
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Tidak Tidak Ya
2013 Sopi Sekuriti Tidak Ya Ya Astro Warna
2014 Jalan Kembali Tidak Ya Ya TV2 Adaptasi dari filem Jalan Kembali: Bohsia 2. Lakonan pertama Hafiz Hamidun.
Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 1) Tidak Ya Ya Astro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 9) Ya Tidak Tidak Ustaz Affan Yusri Astro Oasis Episod: "Qasaf"
Tanah Kubur (Musim 11) Ya Tidak Tidak Tok Yahya Biru Episod: "Jangan Ceraikan Kamu, Kamu, Kamu"
2015 Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 2) Tidak Ya Ya Astro Prima
2015–2016 Cinta Dari Marikh Tidak Tidak Ya TV2
2017 Dia Bidadariku Tidak Tidak Ya Astro Ria
My Darling, Inspektor Daniel Tidak Tidak Ya
2018 Sejadah Untuk Dia Tidak Tidak Ya Astro Oasis
KL Gangster: Underworld Tidak Tidak Ya Iflix Penerbit eksekutif
Mata Ketiga Tidak Tidak Ya Tonton
2020 KL Gangster: Underworld 2 Tidak Tidak Ya Iflix, WeTV Penerbit eksekutif
2021 Single Terlalu Lama Ya Tidak Tidak Datuk TV3 Penampilan khas
Gerak Khas Undercover Tidak Tidak Ya

Telefilem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah Penerbit
1986 Rumah Maut Ya Tidak Tidak RTM
1998 Tirai Kasih Tidak Tidak Ya Astro Ria
2000 Sebalik Bayangan Ya Tidak Tidak TV3
2012 Asmara Beijing Tidak Ya Ya Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Juri tetap Astro Warna
2014 Hlive: Apa Khabar Malaysia Tetamu undangan Astro Ria
2015 Projek Komedi Warna Juri tetap Astro Warna
2016 Gegar Vaganza (musim 3) Juri jemputan Astro Ria
2017 Gegar Vaganza (musim 4) Juri jemputan
2019 Gegar Vaganza (musim 6) Juri jemputan

Anugerah dan penghargaan

Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi Mekanik. Sebagai menghargai sumbangan Datuk Yusof dalam industri perfileman negara, beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1993 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 yang membawa gelaran Datuk. Pada September 2017, beliau dianugerahkan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-29 atas sumbangannya.

Penghargaan Malaysia
Ijazah kehormat

Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam bidang perfileman oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 22 September 2018.[44]

Rujukan

  1. ^ "Biodata Yusof Haslam". Defarhano. Julai 2011. Dicapai pada 17 November 2011.
  2. ^ a b c Melati Pusaka (14 November 2010). "Dari pelakon crook jadi pengarah filem". Free Malaysia Today. Dicapai pada 15 November 2010. Yusof Haslam dikenali sebagai pelakon crook dalam filem pertamanya Permintaan Terakhir arahan Jamil Sulong
  3. ^ Angelin Yeoh (4 October 2013). "Yusof Haslam knows best". The Star Online. Dicapai pada 11 November 2013. The prominent filmmaker and actor has not spoken to his son, KL Gangster director Syamsul, in over a month.
  4. ^ Siti Juliana Mohd Johar (28 September 2012). "Yusof Haslam: 'Kejayaan tidak datang bergolek'". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
  5. ^ Charles Ramendran (7 July 2014). "Yusof Haslam turns real crimebuster, foils robbery". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 15 November 2014.
  6. ^ Farahanim (23 Oktober 2012). ""Kejayaan Syamsul kepuasan berganda saya" - Datuk Yusof Haslam". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 17 November 2012.
  7. ^ "Bapa dan anak kaki kritik". Kosmo!. 14 November 2010. Dicapai pada 15 November 2010.
  8. ^ a b c Bissme (31 October 2017). "A life in films". The Sun. m/s. 18. Dicapai pada 4 November 2017.
  9. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 September 2015). "Yusof Haslam akui pernah skeptikal dengan 'Bukit Kepong'". The Rakyat Post. Dicapai pada 22 Disember 2015. Mengakui pernah bersikap skeptikal terhadap penghasilan filem 'Bukit Kepong', namun, pandangan Datuk Yusof Haslam itu terhapus sama sekali apabila melihat kejayaan yang dikecapi menerusi inisatif Tan Sri Jins Shamsudin menghasilkan filem klasik itu.
  10. ^ "Maria Mariana II pertahankan kesinambungan". Utusan Malaysia. 3 April 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  11. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  12. ^ "Pasrah filem terbaru Yusof Haslam". Utusan Malaysia. 1 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  13. ^ A. Wahab Hamzah (14 Januari 2000). "Pasrah mentaliti pembikin atau penonton?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  14. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  15. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 Mei 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  16. ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.
  17. ^ Abd Aziz Itar (15 Mac 2005). "Sembilu 2005 - Mampukah ulangi kejayaan lalu?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 15 April 2010.
  18. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  19. ^ Abd Aziz Itar (9 Mac 2010). "Evolusi KL Drift 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-12. Dicapai pada 15 April 2010.
  20. ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Diarkibkan 2017-11-10 di Wayback Machine Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  21. ^ Ahmad Idham & Yusof Haslam Bergabung, Arah Filem Bertajuk “Gangster Celop” Oh Bulan!. 13 Julai 2012.
  22. ^ Nor Atieyah Yusoff (28 Ogos 2013). "KL Gangster 2 bocor di pawagam, pawagam jadi dalang". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2013.
  23. ^ "Seven cases of pirating KL Gangster 2 film being investigated so far". The Borneo Post. 14 September 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
  24. ^ "Tujuh kes cetak rompak filem KL Gangster 2 disiasat". Malaysiakini. 14 September 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
  25. ^ KL Gangster 2 dimuat naik sebelum ditayangkan. Astro Awani. 30 Ogos 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
  26. ^ Ashraf Nasser (17 Februari 2016). "Syamsul Yusof menang kes saman penulis novel "Aku Bohsia"". Cinema Online. Dicapai pada 18 May 2016.
  27. ^ "Terdapat Persamaan Ketara Antara Novel Aku Bohsia Dengan Filem Arahan Syamsul". mSTAR Online. 19 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  28. ^ "Pengarah filem menang kes saman isu ciplak novel Aku Bohsia". Agenda Daily. 19 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  29. ^ "Syamsul Yusof wins suit against "Aku Bohsia" author". Yahoo! Singapore. 17 Februari 2016. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  30. ^ Mohd Al Qayum Azizi (29 September 2017). ""Jangan Hina Anak Saya Mansor!" – Marahnya Yusof Haslam". mSTAR Online. Dicapai pada 20 Oktober 2017.
  31. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Ogos 2011). "Skeptikal Yusof terhadap anak-anak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2011.[pautan mati kekal]
  32. ^ "Datuk Yusof Haslam restui hajat Syamsul kahwin Puteri Sarah". Malaysian Review. 13 Januari 2014. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  33. ^ Rahman, Ifqdar (10 March 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 May 2016.
  34. ^ "Saat indah dua hati bersatu". Harian Metro. Dicapai pada 18 May 2016.
  35. ^ Hanan Mansor (20 April 2014). "Majlis resepsi sederhana tapi meriah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-04. Dicapai pada 21 April 2014.
  36. ^ "SYAFIQ YUSOF KINI SUAMI AEISHA". Media Hiburan. 5 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-22. Dicapai pada 21 April 2014.
  37. ^ "Datuk Yusof Haslam lepaskan tembakan selepas rumahnya dipecah masuk". Berita Harian Singapura. 7 Julai 2014. Dicapai pada 21 Julai 2014.
  38. ^ Rozdan Mazalan (13 Oktober 2017). "Yusof Haslam masuk hospital". Berita Harian. Dicapai pada 10 November 2017.
  39. ^ Kemalia Othman (13 Oktober 2017). ""Jangan Risau, Saya Dah Okey" - Yusof Haslam". mSTAR Online. Dicapai pada 10 November 2017.
  40. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (12 Oktober 2017). "Yusof Haslam dimasukkan ke hospital". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 November 2017.
  41. ^ Faisal Ashraf (August 27, 2015). Yusof Haslam reminisces his stint in “Bukit Kepong” New Straits Times. Retrieved on September 1, 2015.
  42. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
  43. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
  44. ^ Yusof Haslam terima gelaran Doktor

Pautan luar