Achey Bocey: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 72: Baris 72:
| rowspan="2"|2021
| rowspan="2"|2021
! ''[[Mat Bond Malaya]]''
! ''[[Mat Bond Malaya]]''
| Agen 10
| Ejen 10
| Penampilan khas
| Penampilan khas
|-
|-

Semakan pada 07:14, 14 Oktober 2021

Achey Bocey
Achey ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 16 Disember 2014.
Kelahiran
Mohd Nasir bin Hamzah

(1986-08-17) 17 Ogos 1986 (umur 37)
Pekerjaan
Tahun aktif2012–kini
PasanganNur Hassanah "Anne" Yahya
Anak-anak1
KeluargaNatasha Hamzah (adik)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreKomedi, sketsa
AhliBocey (2012-kini)

Mohd Nasir Hamzah[1] atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey (lahir 17 Ogos 1986) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3 dan salah seorang ahli kumpulan Bocey bersama Abam dan Fad.

Kerjaya

Achey ketika dinobatkan sebagai juara Bintang Mencari Bintang bersama sifunya, Harun Salim Bachik.

Beliau menjadi juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik. Pada November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara. Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 dan 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.[2]

Kehidupan peribadi

Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah. Beliau ialah abang kepada Natasha Hamzah.

Beliau ialah peminat tegar Seniman Agung, P. Ramlee.[3]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa Rudy Filem pertama
2017 Abang Long Fadil 2 Ali
2018 Hantu Wangan Kintang Kintung
2019 Tiada Tajuk Pencerita/Wak Calit
2020 Kelaster Zul
2021 Mat Bond Malaya Ejen 10 Penampilan khas
Frontliner Kapten Nasir
TBA Baik Punya Ah Long Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Kintang Kintung TV3
2015 Oh My English! Class Of 2015 Pak Johan Astro TVIQ Episod: "Zero To Hero"
Tanah Kubur (Musim 14) Jamil Astro Oasis Episod: "Viral Fitnah"
2016 Bocey & Friends Astro Warna
2017 Tuyul Ke London Achey
2020 Salam Squad 2.0 Pegawai Majlis Astro Ceria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Homestay Berhantu Achik TV9
Samba Bola Kampung Azam Astro Prima
Bocey Beraya Achey Astro Warna
Qish Qish Qish Astro Ceria
2015 Salah Susuk Raya Wak Eng Astro Prima
2016 Bocey Mencecey Achey Astro Warna
2018 Tiga Bahadol Karim

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014–2015 Betul ke Bohong? (Musim 6) Kumpulan Haniff Astro Warna
2019 Di Balik Tawa (Musim 2) Dirinya sendiri
2020 Oops Terkena (Episod 1) Dirinya sendiri Awesome TV

Peserta

Tahun Tajuk
2013 Maharaja Lawak Mega 2013
2014 Super Spontan 2014
Maharaja Lawak Mega 2014
2015 Super Spontan All Star
Juara Parodi
2016 Maharaja Lawak Mega 2016
2017 Super Spontan Superstar 2017
Maharaja Lawak Mega 2017
2018 Super Spontan Xtravaganza
Maharaja Lawak Mega 2018
2019 Muzikal Lawak Superstar
Maharaja Lawak Mega 2019
2021 Maharaja Lawak Mega 2021

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi
RIM ERA FM
[4]
HOT FM
[5]
Muzik Muzik
[6]
2017 Yang Terindah 5 1 11
2018 Anak
2019 Sakit
2021 Sembuh

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Baru Lelaki Popular Achey Menang
Anugerah Lawak Warna 2014 Pelawak Lelaki Paling Popular Tercalon
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pelakon Komedi Lelaki Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Achey (Bocey) Tangguh Simen Kaki, Ziarah Allahyarham Harun Salim Bachik Diarkibkan 2015-06-15 di Wayback Machine mStar Online (10 Mac 2015). Diperoleh pada 1 Julai 2015.
  2. ^ Bingkisan lebaran dua legasi Utusan Malaysia (1 Ogos 2014). Diperoleh pada 3 Ogos 2014.
  3. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (20 Julai 2019). Bukan jenaka kosong Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  4. ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
  5. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2018-01-31.
  6. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.

Pautan luar