Laila Isabella: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Kemaskini.
Baris 29: Baris 29:
}}
}}


''''' Laila Isabella''''' ialah sebuah filem romantik komedi Malaysia 2003 arahan [[Rashid Sibir]], dibintangi barisan pelakon yang berkaliber seperti [[Rosyam Nor]], [[Nasha Aziz]], [[Hans Isaac]] dan [[Saiful Apek]]. Ia menceritakan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboy dan majikanya serta kehendak kakaknya untuk berubah menjadi wanita yang lemah lembut. Filem ini ditayangkan pada 27 Mac 2003.<ref name="Perang lonjak">{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2333572/perang-lonjak-laila-isabella-ke-puncak|title=Perang lonjak Laila Isabella ke puncak|author=Izza|publisher=[[Berita Harian]]|date=4 April 2003|accessdate=12 Julai 2020}}</ref>
''''' Laila Isabella''''' ialah sebuah filem romantik komedi Malaysia 2003 arahan [[Rashid Sibir]], dibintangi barisan pelakon yang berkaliber seperti [[Rosyam Nor]], [[Nasha Aziz]], [[Hans Isaac]] dan [[Saiful Apek]].<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2097109/rosyam-nasha-pilihan-tepat|title=Rosyam, Nasha pilihan tepat|author=Hanisah Selamat|publisher=[[Berita Harian]]|date=21 Mei 2002|accessdate=16 Oktober 2020}}</ref> Ia menceritakan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboy dan majikanya serta kehendak kakaknya untuk berubah menjadi wanita yang lemah lembut. Filem ini ditayangkan pada 27 Mac 2003.<ref name="Perang lonjak">{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2333572/perang-lonjak-laila-isabella-ke-puncak|title=Perang lonjak Laila Isabella ke puncak|author=Izza|publisher=[[Berita Harian]]|date=4 April 2003|accessdate=12 Julai 2020}}</ref>


== Plot ==
== Plot ==

Semakan pada 06:26, 16 Oktober 2021

Laila Isabella
Poster keluaran tayangan
PengarahRashid Sibir
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehKamaruddin Abu
Muzik olehZulfekar
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGolden Screen Cinemas
Tarikh tayangan
27 Mac 2003
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.11 juta

Laila Isabella ialah sebuah filem romantik komedi Malaysia 2003 arahan Rashid Sibir, dibintangi barisan pelakon yang berkaliber seperti Rosyam Nor, Nasha Aziz, Hans Isaac dan Saiful Apek.[1] Ia menceritakan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboy dan majikanya serta kehendak kakaknya untuk berubah menjadi wanita yang lemah lembut. Filem ini ditayangkan pada 27 Mac 2003.[2]

Plot

Mengisahkan tentang seorang gadis biasa, lasak dan kasar ala tomboy bernama Laila yang gemar bermain pool dan menaiki skuter. Laila berkawan rapat dengan Azam dan Azam menaruh hati kepada Laila tanpa pengetahuannya. Laila bertugas sebagai pembantu Azam di kedai menjual VCD. Laila jugalah yang menghantar VCD yang dipesan oleh pelanggan. Kedai itu dimiliki oleh Azam, seorang graduan universiti yang tidak bergantung kepada kemewahan keluarganya. Mereka rapat tetapi kerapkali bergaduh.

Pelakon

Penerbitan

Menurut Rashid Sibir selaku pengarah filem ini, draf awal skrip Laila Isabella bukan sebuah kisah komedi. Menyedari filem-filem komedi mampu menarik perhatian penonton, skrip filem ini telah diolah semula dan dijadikan sebagai sebuah filem komedi.[4]

Laila Isabella ialah filem ketiga arahan Rashid, dan filem cereka pertamanya dalam tempoh enam tahun sejak filem 1996, Sutera Putih.[4] Rosyam Nor melakonkan watak utama sebagai Azam, pemilik kedai VCD; Rosyam meluahkan hasratnya untuk 'bercinta' dengan Nasha Aziz dalam Laila Isabella menerusi temubual bersama Utusan Malaysia: "Saya telah lama mengimpikan berlakon sebagai pasangan kekasih Nasha".[5]

Nasha pula mengakui menerima tawaran berlakon dalam filem Laila Isabella tanpa membaca skrip terlebih dahulu. Beliau hanya diberi penerangan oleh Rashid mengenai watak dalam filem ini. Ia menjadi percubaan sulung beliau melakonkan dua watak dalam kerjayanya sebagai pelakon.[6] Barisan pelakon lain termasuk Erma Fatima, Hans Isaac, Saiful Apek, Syanie dan Liza Hanim. Penyanyi veteran S.M. Salim membuat penampilan khas.

Keluaran dan sambutan

Laila Isabella ditayangkan perdana di Brunei pada 30 Disember 2002 dan dihadiri oleh ahli kerabat diraja Brunei termasuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.[7][8]

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 Mac 2003 hingga kejayaan komersial dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.11 juta.[2] Nahar ARS dalam ulasannya mengenai Laila Isabella berkata: "Persembahan Laila Isabella cukup bagus tetapi perlukan jalan cerita yang lebih baik. Sesuai sebagai filem ringan".[9] Portal web Filem & Wayang pula berpendapat bahawa jalan cerita filem ini mempunyai "plot lancar" dan berkata: "Ini antara filem komedi romantik Melayu moden yang memang betul-betul mengadunkan komedi dan romantik".[10] Dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini, Farhana Jafri menulis bahawa moto filem ini kelihatan "tak ada kena mengena dengan cerita" dan berpendapat bahawa ia merupakan sebuah filem "santai".[11]

Runut bunyi

Rujukan

  1. ^ Hanisah Selamat (21 Mei 2002). "Rosyam, Nasha pilihan tepat". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  2. ^ a b Izza (4 April 2003). "Perang lonjak Laila Isabella ke puncak". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l "Catatan penerbitan Laila Isabella". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2016. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  4. ^ a b Khadijah Ibrahim (20 Mei 2002). "Laila Isabella - Ikut selera penonton". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Julai 2009.
  5. ^ Norzaila Rosli (26 Mei 2002). "Kisah cinta Nasha dan Rosyam dalam Laila Isabella". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Julai 2009.
  6. ^ Khadijah Ibrahim (22 Mei 2002). "Nasha - Yakin kewibawaan pengarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Julai 2009.
  7. ^ "Laila Isabella adakan tayangan perdana di Brunei". Media Permata. 27 Disember 2002. Dicapai pada 14 Julai 2009.
  8. ^ "Kerabat Diraja berkenan saksikan tayangan Laila Isabella". Media Permata. 30 Disember 2002. Dicapai pada 14 Julai 2009.
  9. ^ "Ulasan filem: Laila Isabella". Nahar ARS. 12 Jun 2003. Dicapai pada 14 Julai 2009.
  10. ^ "Ulasan filem: Laila Isabella (2003)". Filem & Wayang. 29 April 2008. Dicapai pada 14 Julai 2009.
  11. ^ "Movie Review: Laila Isabella (2003)". Farhana Jafri. 1 Januari 2021. Dicapai pada 14 Julai 2021.

Pautan luar