EXID: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10: Baris 10:
| genre = [[K-pop]]
| genre = [[K-pop]]
| Years_active = {{Start date|2012}}–sekarang
| Years_active = {{Start date|2012}}–sekarang
| Label = {{Plainlist|
| Label = {{hlist|[[Banana Culture]]|AB|Tokuma Japan}}
* Banana Culture Entertainment<br>(2014–sekarang)
* AB Entertainment<br>(2012–2014)
}}
| associated_acts = {{flatlist|
| associated_acts = {{flatlist|
* C-Clown
* C-Clown

Semakan pada 19:23, 5 November 2021

EXID
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2012 (2012)–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • C-Clown
  • Shinsadong Tiger
  • Bestie
Laman sesawang
bananact.com/main_exid
AhliSolji
LE
Hani
Hyelin
Jeonghwa
Bekas ahliYuji
Dami
Haeryung

EXID (/ ˈɛks ˈd/; Hangul이엑스아이디; singkatan untuk "Exceed in Dreaming") ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan dibentuk pada tahun 2012. Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli: Solji, LE, Hani, Hyerin dan Jeonghwa. EXID membuat kemunculan pertama pada bulan Februari 2012 menerusi lagu "Holla". Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka, Hippity Hop pada bulan Ogos 2012. Kumpulan ini mula mencapai populariti pada tahun 2014 menerusi lagu "Up & Down" yang berjaya menduduki tempat pertama dalam Carta Single Gaon.[1]

Sejarah

2011: Pra–kemunculan pertama

Pada bulan Mei 2011, Shinsadong Tiger dan AB Entertainment (sekarang dikenali sebagai Gamgak Entertainment) meninjau beberapa pelatih daripada JYP Entertainment untuk membentuk kumpulan wanita baru. Pelatih Yuji merupakan yang pertama untuk menyertai AB Entertainment apabila kumpulan wanita JYP yang terdiri daripada Yuji, Hani, Song Ji-eun (dari Secret) dan Hyolyn (dari Sistar) gagal untuk membuat kemunculan pertama. Yuji menghubungi pelatih JYP, Hani, Haeryeong dan Junghwa untuk menjalani uji bakat bersama AB dan ketiga-tiga mereka kemudiannya diterima masuk ke dalam agensi itu. Kumpulan ini ditambah dengan ahli kelima selepas Shinsadong menjumpai LE, seorang penyanyi rap dan penulis lagu yang menyanyi di bawah nama "Elly." Dami yang merupakan seorang pelatih AB, menjadi ahli keenam dan terakhir untuk ditambah dalam kumpulan ini.[2] Pada asalnya bernama "WT", sebuah akronim untuk "Who's That", kumpulan ini kemudian bertukar nama kepada EXID beberapa bulan sebelum kemunculan pertama mereka.[3] Pada bulan Disember 2011, LE ditampilkan dalam lagu single Huh Gak, "Whenever You Play That Song" yang mencapai kejayaan dalam carta muzik utama Korea.[4] EXID dijadual untuk membuat kemunculan pertama pada bulan Januari 2012 tetapi ia ditangguhkan sehingga bulan Februari selepas LE mengalami kecederaan kaki ketika latihan.[5] Pada 3 Februari 2012, AB mengumumkan bahawa EXID akan membuat kemunculan pertama menerusi lagu "Whoz That Girl".[6]

2012:Kemunculan pertama dan pertukaran ahli

EXID mengeluarkan lagu single pertama mereka, "Holla" pada 16 Februari 2012.[7] Mereka membuat persembahan pertama mereka dalam M! Countdown disusuli dengan Music Core dan Inkigayo.[7][8] Lagu pertama mereka, "Whoz That Girl" menduduki tempat ke–36 dalam Carta Gaon dan terjual sebanyak 840,000 salinan digital.

Pada bulan April 2012, AB Entertainment mengumumkan pengeluaran Yuji, Dami dan Haeryeong dari kumpulan. AB berkata dalam satu kenyataan bahawa Yuji dan Dami meninggalkan kumpulan ini untuk menumpukan pembelajaran mereka manakala Haeryeong meninggalkan kumpulan ini untuk mengejar kerjaya lakonan.[9][10] Mereka digantikan oleh bekas ahli duo vokal 2NB, Solji dan Hyerin yang pada asalnya dicadangkan untuk ahli asal EXID sebelum digugurkan.[11][12]

Bersama ahli baru, EXID kembali pada bulan Ogos 2012 menerusi lagu "I Feel Good" dan album mini pertama mereka, Hippity Hop.[13] Hippity Hop menduduki tempat ke–13 dalam Carta Gaon. Pada 2 Oktober, EXID kembali dengan lagu baru, "Every Night".[14] "Every Night" menduduki tempat ke–43 dalam Carta Gaon.

Pada 11 Oktober, EXID mengeluarkan lagu "Hey Boy" sebagai sebahagian daripada runut bunyi sitkom MBC, The Thousandth Man.[15] Lagu ini merupakan versi wanita untuk lagu B1A4, "Hey Girl". Ianya telah didedahkan pada 30 November 2012 bahawa EXID bersama-sama Big Star dan D-Unit akan bekerja bersama-sama untuk album kolaborasi istimewa sebagai tambahan kepada sebuah konsert akhir tahun.[16] Konsert ini, "The Bugs Show Vol. 1" diadakan pada 22 Disember Hongdae, Seoul.[17] Pada 6 Disember, EXID memenangi anugerah rookie di “Anugerah Hiburan dan Kebudayaan Korea ke–20”.[18][19]

2013–14: Peningkatan populariti dan Unit Dasoni

Pada 8 Februari 2013, EXID mengeluarkan lagu "Up & Down" dari runut bunyi Incarnation of Money dan kemudiannya ia telah diumumkan bahawa Hani dan Solji akan mengambil bahagian dalam sebuah sub-unit iaitu "Dasoni".[20] Sub-unit ini mengeluarkan lagu pertama mereka, "Goodbye" pada 15 Februari 2013 yang juga mengandungi lagu "Said So Often".[21]

EXID pada bulan September 2014.

Ia telah diumumkan pada bulan Jun 2014 bahawa ahli kumpulan ini telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Yedang Entertainment dan sedang bersedia untuk membuat kemunculan kembali bersama Shinsadong Tiger yang akan berperanan untuk menerbit album mereka.[22]

Pada 24 Ogos 2014, EXID mengadakan persembahan kemunculan kembali mereka di Dewan Seni Ilchi. Mereka mempersembahkan lagu baru mereka, "Up & Down".[23] Lagu ini dikeluarkan pada 27 Ogos dan gagal untuk menembusi 100 teratas dalam Carta Gaon; walau bagaimanapun, ia berjaya menduduki tempat ke–94 dalam carta domestik.[24] Lagu ini kemudiannya mula mencapai populariti pada lewat bulan November selepas video peminat Hani mempersembahkan lagu ini menjadi viral di laman sosial Korea. Video peminat beliau telah ditonton lebih daripada 24 juta kali setakat ini.[25][26] Ini membawa kepada lagu ini menaiki semula carta muzik dan berjaya menembusi tempat 10 teratas.[27][28] Kerana kejayaan ini, EXID kembali ke beberapa program muzik untuk mempromosi "Up and Down".[29] Lagu ini dicalonkan untuk anugerah tempat pertama dalam Show! Music Core, The Music Trend dan M Countdown dimana mereka berjaya memenangi pada 8 Januari 2015.[30][31] Pada 9 Januari, kumpulan ini memenangi anugerah program muzik dalam Music Bank.[32] Ia disusuli dengan kemenangan pada 11 Januari dalam Inkigayo.[33]

2015: Ah Yeah

Pada bulan Februari 2015, Solji mengambil bahagian dalam King of Masked Singer (Mask King) untuk episod pertama mereka dan menjadi pemenang pertama rancangan ini. Ini membawa kepada banyak perhatian kepada EXID dan meningkatkan reputasi Solji sebagai penyanyi vokal yang berbakat.[34]

Pada 6 April, Yedang Entertainment mengeluarkan teaser video muzik untuk lagu "Ah Yeah" dari album mini ke-2 mereka. Video muzik penuh dikeluarkan pada 13 April.[35] "Ah Yeah" dicalonkan untuk anugerah tempat pertama dalam pelbagai rancangan ini dan kumpulan ini berjaya memenangi anugerah program muzik pada 21 April 2015 dalam The Show. Kumpulan ini juga memenangi tempat pertama pada 26 April dan 3 Mei dalam Inkigayo (The Music Trend) dan pada 29 April dan 6 Mei dalam Show Champion. Pada bulan Mei, kumpulan ini membuat penampilan Amerika pertama mereka dalam Festival Muzik Korea di Los Angeles, California. Mereka mempersembahkan lagu "Every Night," "Ah Yeah" dan "Up & Down".

EXID mengacara program realiti mereka sendiri yang disiarkan menerusi saluran MBC every1 iaitu Showtime! Mereka ditampilkan dalam Showtime Musim 5 selepas EXO, BEAST, Apink dan SISTAR dalam empat musim sebelumnya.[36] Jeonghwa telah dipilih untuk membintangi drama, Webtoon Hero Toondra Show sebagai watak wanita utama. Drama ini disiarkan menerusi saluran MBC every1 bermula akhir bulan Julai.[37] Pada 7 November, EXID memenangi Anugerah Bintang Muzik MBC di Anugerah Muzik MelOn 2015.

Pada 8 November, sebuah teaser dikeluarkan untuk lagu "Hot Pink". Lagu ini kemudiannya dikeluarkan pada 14 November 2015. Video muzik untuk "Hot Pink" dikeluarkan pada 17 November 2015. Video muzik ini mencapai 11 juta tontonan sehingga 25 Disember 2015.[38] "Hot Pink" dicalonkan untuk anugerah tempat pertama dalam pelbagai program muzik dan kumpulan ini meraih kemenangan pertama mereka menerusi lagu "Hot Pink" pada 25 November 2015 dalam Show Champion dan kemenangan kedua mereka pada 6 Disember 2015 dalam Inkigayo.

2016: Street

EXID pada bulan Julai 2016

Pada 1 Jun, kumpulan ini mengeluarkan album studio pertama mereka bertajuk Street bersama lagu utama, "L.I.E".[39] Street mengandungi tiga belas lagu, kebanyakan daripadanya ditulis atau digubah oleh LE. Album ini juga mengandungi "Hello", sebuah lagu solo yang dinyanyikan oleh Hani dan "3%", sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Solji. Album ini menduduki tempat ke–2 di Korea dalam Carta Album Gaon manakala lagu "L.I.E" menduduki tempat ke–5.[40] Pada 8 Jun, EXID memenangi tempat pertama menerusi lagu "L.I.E" dalam Show Champion.[41] Mereka juga berjaya memenangi program muzik Inkigayo dan The Show.

Pada 20 Disember, EXID mengeluarkan lagu Bahasa Cina pertama mereka, "Cream" dalam QQ Music dan YinYueTai. Lagu ini menduduki tempat ke–6 dalam Carta V Billboard China.[42] Walau bagaimanapun, sehari kemudian, Banana Culture mengumumkan bahawa Solji telah mengalami hipertiroidisme dan beliau akan menghentikan segala aktivitinya untuk musim anugerah 2016-17 manakala empat ahli lain meneruskan aktiviti mereka.

2017: Eclipse dan Full Moon

Pada 10 Januari, kumpulan ini mengeluarkan lagu Bahasa Cina kedua mereka, "Up & Down" (Bahasa Cina: 上下pinyin: Shàngxià).[43] Pada hari yang sama ia dikeluarkan, video muzik untuk lagu "Up & Down" yang telah disunting semula telah dimuat naik ke laman Youtube selepas versi asal telah dipadam. Pada 17 Mac, EXID membuat persembahan di Mexico sebagai sebahagian daripada festival muzik KCON. Hani juga menyanyikan lagu oleh duo Mexico, "Ecos De Amor".

Oleh kerana masalah kesihatan Solji, kemunculan kembali kumpulan ini telah ditunda kepada bulan April. Agensi kumpulan ini mengumumkan pada bulan Mac bahawa akan kembali bersama empat ahli manakala Solji berada dalam proses pemulihan. Pada 10 April, EXID mengeluarkan album mini ketiga mereka, Eclipse bersama lagu, "Night Rather Than Day."[44] Eclipse menduduki tempat keempat dalam Carta Album Dunia Billboard.[45]

Pada 25 April, EXID memenangi tempat pertama dalam The Show menerusi lagu "Night Rather Than Day". Ia disusuli dengan kemenangan dalam Show Champion pada hari berikutnya dan kemenangan ketiga mereka dalam "The Show" pada 2 Mei 2017.[46] Pada 12 Mei, Banana Culture Entertainment mengumumkan bahawa EXID akan memulakan jelajah promosi Asia semasa musim panas. Kumpulan ini melawat beberapa negara untuk jelajah ini bermula di Hong Kong dan Singapura. Mereka juga melawat Taiwan pada 30 Julai sebelum membuat persembahan konsert di Seoul pada 12 Ogos.

Pada 16 Oktober, EXID mengumumkan kemunculan kembali menerusi album mini keempat mereka, Full Moon. Album mini ini dikeluarkan pada 7 November.[47]

Ahli

Ahli semasa

  • Solji (Hangul솔지) lahir sebagai Heo Sol-ji (Hangul허솔지) pada (1989-01-10) 10 Januari 1989 (umur 35) di Daerah Gwanak, Seoul, Korea Selatan.[48] Beliau merupakan bekas ahli kumpulan duo, 2NB bersama Gabin dari Blady dan mengeluarkan lagu single pada tahun 2008.[48][49] Beliau merupakan pelatih vokal EXID sebelum menjadi ahli.[50]
  • LE (Hangul엘리) lahir sebagai Ahn Hyo-jin (Hangul안효진) pada (1991-12-10) 10 Disember 1991 (umur 32) di Cheonan, Chungcheong Selatan, Korea Selatan.[51] Beliau merupakan bekas ahli pasukan rap underground, Jiggy Fellaz dibawah nama Elly.[52] Beliau ditampilkan dalam lagu "Whenever You Play That Song", sebuah lagu duet bersama Huh Gak sebelum kemunculan pertama EXID.[53] Beliau telah berkolaborasi bersama ramai artis termasuk Hyuna dan Im Chang-jung.[54][55] Pada tahun 2013, beliau mengambil bahagian dalam pertandingan rap, Show Me the Money 2.[56]
  • Hani (Hangul하니) lahir sebagai Ahn Hee-yeon (Hangul안희연) pada (1992-05-01) 1 Mei 1992 (umur 31) di Seoul, Korea Selatan.[57] Beliau merupakan pelatih JYP Entertainment tetapi dikeluarkan selepas setahun.[58] Pada tahun 2015, Hani muncul dalam beberapa episod Off to School dan Match Made in Heaven Returns. Beliau merupakan ahli Crime Scene 2.[59] Beliau juga merupakan pengacara rancangan KBS2, A Style for You[60] dan ditampilkan dalam video muzik Mad Clown, "Fire".[61]
  • Hyelin (Hangul혜린) lahir sebagai Seo Hye-lin (Hangul서혜린) pada (1993-08-23) 23 Ogos 1993 (umur 30) di Gwangju, Korea Selatan.[62] Pada tahun 2011, beliau mengambil bahagian dalam Superstar K3 dan berjaya melayakkan diri sehingga peringkat "SuperWeek".[63]
  • Jeonghwa (Hangul정화) lahir sebagai Park Jeong-hwa (Hangul박정화) pada (1995-05-08) 8 Mei 1995 (umur 28) di Anyang, Gyeonggi, Korea Selatan.[64] Beliau merupakan bekas pelatih JYP Entertainment. Sebelum menjadi ahli EXID, beliau muncul dalam video muzik "Tell Me" oleh Wonder Girls[52] dan "Whenever You Play That Song" oleh Huh Gak dan LE.[65] Pada tahun 2015, beliau muncul dalam beberapa episod Match Made in Heaven Returns.[66]

Bekas ahli

  • Yuji (Hangul유지) lahir sebagai Jung Yu-ji (Hangul정유지) pada (1991-01-02) 2 Januari 1991 (umur 33).[67] Beliau merupakan bekas pelatih JYP Entertainment. Beliau membuat persediaan untuk kemunculan pertama dalam sebuah kumpulan trio bersama Hyorin dari Sistar dan Jieun dari Secret tetapi kumpulan ini tidak pernah membuat kemunculan pertama.[68] Yuji meninggalkan EXID tidak lama selepas kemunculan pertama mereka dan membuat kemunculan pertama bersama Bestie setahun kemudian serta menukar nama pentasnya kepada Uji.
  • Hyeyeon (Hangul혜연) lahir sebagai Kang Hye-yeon (Hangul강혀연) pada (1990-12-08) 8 Disember 1990 (umur 33).[67] Tidak lama selepas kemunculan pertama bersama EXID, beliau meninggalkan kumpulan ini. Beliau kemudiannya membuat kemunculan pertama bersama Bestie dan menukar nama pentas beliau daripada Dami kepada Hyeyeon.
  • Haeryung (Hangul해령) lahir sebagai Na Hae-ryung (Hangul나해령) pada (1994-11-11) 11 November 1994 (umur 29) di Seoul, Korea Selatan.[67] Beliau merupakan bekas pelatih JYP Entertainment. Tidak lama selepas kemunculan pertama, Haeryung meninggalkan kumpulan ini untuk mengejar kerjaya lakonan dan membuat kemunculan pertama bersama Bestie setahun kemudian.

Diskografi

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  1. ^ "EXID Release New Version of Breakout Hit 'Up & Down' After Sexy Viral Video Success". Billboard. Dicapai pada 2016-06-02.
  2. ^ "EXID와 베스티의 분리 과정 정리 The story behind the split between EXID and Bestie". Nate Pann. Dicapai pada 2015-03-21.
  3. ^ "신사동호랭이, 걸그룹 WT 제작자로 변신..내년 초 전격 데뷔". The Korea Herald. 2011-10-21. Dicapai pada 2014-12-10.
  4. ^ Kim, Eun-gu (2011-12-09). "EXID LE, 허각과 함께 한 `그 노래를 틀때마다`로 1위 `감격`". Edaily. Dicapai pada 2014-12-10.
  5. ^ "Shinsadong Horaengi's new girl group EXID postpone their debut to February, Why?". Starnews. Korea.com. 2012-01-23. Dicapai pada 2014-12-10.
  6. ^ Kim, Eun-gu (2012-02-04). "신사동호랭이 표 걸그룹 EXID, 티저포스터 공개". Donga. Dicapai pada 2014-12-10.
  7. ^ a b Ho, Stewart (2012-02-16). "EXID drops MV for Whoz That Girl". CJ E&M enewsWorld. MWave. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-05. Dicapai pada 2014-12-10.
  8. ^ "EXID, 오늘 '엠카운트다운'서 컴백 첫 무대". The Star. 2012-02-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-10. Dicapai pada 2014-12-10.
  9. ^ Gwon, Su-bin (2012-04-30). "EXID 멤버교체 "3명 하차 VS 2명 영입, 5인조 재편해 6월 컴백"". Newsen. Dicapai pada 2014-12-06.
  10. ^ Park, Hyunmin (2012-04-30). "EXID undergoes member changes". CJ E&M enewsWorld. Ho, Stewart. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-08. Dicapai pada 2014-12-06.
  11. ^ Kim, Dong-ju (2012-07-16). "'멤버교체' 5인조 EXID, 8월 중순 전격 컴백". StarN News. Dicapai pada 2014-12-10.
  12. ^ Park, Hyun-min (2012-07-31). "EXID Welcomes New Members Sol Ji and Hye Rin". CJ E&M enewsWorld. Kim, Erika. MWave. Dicapai pada 2014-12-06.
  13. ^ "EXID - HIPPITY HOP ご購入ならミュージックコリア". Musickorea.jp. 2012-10-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-14. Dicapai pada 2012-12-28.
  14. ^ Ho, Stewart (2012-10-02). "EXID releases new digital single 'Every Night'". CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 2014-12-06.
  15. ^ Gwak, Min-gu (2012-10-11). "EXID. '천 번째 남자' OST 합류…B1A4 'Hey Girl' 女 버전 눈길". Hankyung. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-10. Dicapai pada 2014-12-10.
  16. ^ "빅스타-디유닛-EXID, 콜라보 음원 발매...'특별 프로젝트'". Osen. Chosun.com. 2012-11-30. Dicapai pada 2014-12-10.
  17. ^ Ho, Stewart (2012-12-04). "Electroboys, Big Star, EXID, Dok2 and Others Come Together for Christmas Show". CJ E&M enewsWorld. MWave. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-08. Dicapai pada 2014-12-06.
  18. ^ "EXID, 대한민국 문화연예대상 신인상 수상 "더욱 열심히 할게요"". The Korea Herald. 2012-12-07. Dicapai pada 2014-12-10.
  19. ^ "EXID wins Rookie Award at 20th Korean Culture & Entert. Awards". Dicapai pada 2012-12-28.
  20. ^ Mun, Wan-sik (2013-02-11). "EXID 솔지, 무보정 '애플힙' 몸매 공개". Star News. Dicapai pada 2014-12-06.
  21. ^ Park, Hyun-min (2013-02-15). "EXID debuts new unit, Dasoni". CJ E&M enewsWorld. Kim, Erika. Dicapai pada 2014-12-06.
  22. ^ Kim, Dong-Joo (2014-06-28). "EXID sign a new management contract with Yedang Entertainment". Star N News. Yahoo Entertainment Singapore. Dicapai pada 2014-12-06.
  23. ^ Khelil, Nawael. "EXID makes you go Up & Down". BNTNews. Dicapai pada 2014-12-06.
  24. ^ "2014년 36주차 Digital Chart". Gaon Chart. KMCIA. Dicapai pada 2014-12-03.
  25. ^ Kim Hyo-eun; Sung So-young (2014-12-15). "Social media gives failing singers another chance". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-12-18.
  26. ^ Lee, Seung-mi (2014-11-23). "'제2의 빠빠빠'탄생?…EXID '위아래'광속 차트 역주행". Ilgan Sports. Naver. Dicapai pada 2014-12-09.
  27. ^ Ha, Yeong-heon (2014-11-23). "걸그룹 EXID '위아래', 음원차트 역주행 기현상 '벌써 10위권'". Sports Kyunghyang. Naver. Dicapai pada 2014-12-09.
  28. ^ "EXID '위아래'의 놀라운 역주행". Osen. Chosun.com. 2014-12-07. Dicapai pada 2014-12-09.
  29. ^ Park, Gyu-oh (2014-12-03). "EXID buoyed by belated popularity of 'Up & Down'". K-Pop Herald. Dicapai pada 2014-12-09.
  30. ^ "'음악중심' EXID '위아래' 1위 후보 퍼포먼스". YTN. 2015-01-03. Dicapai pada 2014-01-03.
  31. ^ Yoon, So-hee (2014-01-02). "'인기가요' 차트 집계 기준 변경으로 1위 후보 'EXID vs 지디태양 vs 엑소'". Tenasia. Dicapai pada 2014-01-03.
  32. ^ Song, Soo-Bin. "'뮤직뱅크' EXID 지상파 첫 1위, 앵콜무대서 연지곤지 탈춤 공약 이행".
  33. ^ "'인기가요' EXID 음악방송 3사 1위…눈물의 소감 들어보니? '울컥'". news.donga.com. Dicapai pada 2016-05-17.
  34. ^ "EXID's Solji cries emotionally on singing competitive program, 'Mask King' | allkpop.com". www.allkpop.com. Dicapai pada 2015-12-06.
  35. ^ "EXID's say 'Ah-Yeah' for their comeback in MV teaser!". Dicapai pada 2015-04-11.
  36. ^ "EXID is up next for "Showtime" Season 5!". Dicapai pada 2015-06-09.
  37. ^ "EXID's Junghwa confirmed for her first acting role in upcoming webtoon drama". Dicapai pada 2015-06-14.
  38. ^ Kim, Jinsu (2015-11-17). "[AJU TV] EXID, 18일 대망의 싱글 앨범 '핫핑크' 음원/MV 출격!".
  39. ^ crystalcove. "Update: EXID Reveals Teasers For First Studio Album "Street"". Soompi. Dicapai pada 2016-05-25.
  40. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai pada 2017-03-30.
  41. ^ alim17 (2016-06-08). "EXID take first win for their 'L.I.E' on 'Show Champion'!". allkpop.
  42. ^ http://www.billboard.com/charts/china-v-chart
  43. ^ Bilian. "#EXID: Girl Group Drops Chinese Version Of Hit Song "Up & Down"". Hype. Dicapai pada 2017-01-10.
  44. ^ "EXID Debuts New Video for Fans". koogle.tv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-21. Dicapai pada 2017-04-21.
  45. ^ Benjamin, Jeff (2017-04-18). "EXID Score First Top 5 Entry on World Albums With 'Eclipse' EP". Billboard. Dicapai pada 2017-04-21.
  46. ^ "EXID wins first No. 1 for 'Night Rather Than Day' on 'The Show' | allkpop.com". allkpop. Dicapai pada 2017-06-03.
  47. ^ "EXID 4TH MINI ALBUM [Full Moon] CONCEPT TEASER - 걸그룹, 연예인 - 일베저장소". www.ilbe.com. Dicapai pada 2017-10-16.
  48. ^ a b "Solji (EXID) artist profile". Melon. LOEN Entertainment. Dicapai pada 2015-06-01.
  49. ^ Kim Hyeong-u (2015-05-19). "10년무명 EXID 솔지 최근 첫 정산에 부모님 선물, 끝내 눈물 펑펑". Newsen. Dicapai pada 2015-06-01.
  50. ^ "EXID 솔지, 눈물 펑펑 '네 나이면 구하라처럼 생겨야…'". Asia Economy. 2015-05-07. Dicapai pada 2015-06-01.
  51. ^ "LE (EXID) artist profile". Melon. LOEN Entertainment. Dicapai pada 2015-06-01.
  52. ^ a b "신사동 호랭이의 EXID "우리는 주입식 걸그룹 아니다" (인터뷰)". Xports News. 2012-02-28. Dicapai pada 2015-06-01.
  53. ^ Oh MiJung (2012-02-15). "EXID Debuts with the Support of Hyuna and Huh Gak". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-05. Dicapai pada 2015-06-01.
  54. ^ Hong, Grace Danbi (2014-08-13). "[Video] Hyuna Creates a 'Blacklist' in Choreography Practice Video". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-05. Dicapai pada 2015-06-01.
  55. ^ Hong, Grace Danbi (2014-11-24). "[Video] Lim Chang Jung Drops Hilarious ′Shall We Dance with Dr. Lim′ MV Feat. SUJU, U-Kiss, A Pink, Shinhwa, and More". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-05. Dicapai pada 2015-06-01.
  56. ^ "'쇼미더머니2' EXID 안효진 탈락, 아웃사이더 매서운 혹평". TV Daily. 2013-06-14. Dicapai pada 2015-06-01.
  57. ^ "Hani (EXID) artist profile". Melon. LOEN Entertainment. Dicapai pada 2015-06-01.
  58. ^ Jeon Ah Ram (2015-03-17). "EXID's Hani Trained with Sistar's Hyolyn, Secret's Song Jieun and More at JYP". Newsen. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 2015-06-01.
  59. ^ Ahn, Woorim (2015-03-12). "JTBC 'Crime Scene 2' Confirms Its Final Casts". BNT News. Dicapai pada 2015-06-01.
  60. ^ Kim Min Ji (2015-02-11). "SUJU's Heechul, Sistar's Bora, Kara's Goo Hara and EXID's Hani to Host 'A Style for You'". Newsen. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-30. Dicapai pada 2015-06-01.
  61. ^ Lee Yousun (2015-01-06). "Mad Clown releases teaser for "Fire" featuring EXID's Hani". Korean Wave. Dicapai pada 2015-06-01.
  62. ^ "Hyelin (EXID) artist profile". Melon. LOEN Entertainment. Dicapai pada 2015-06-01.
  63. ^ Jeon Ah Ram (2015-02-02). "'Yaman TV' Unveils EXID Hani's JYP Audition Video". Newsen. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-01. Dicapai pada 2015-06-01.
  64. ^ "Junghwa (EXID) artist profile". Melon. LOEN Entertainment. Dicapai pada 2015-06-01.
  65. ^ "유승호 '그 노래를 틀 때마다' 뮤비, 박정화와 연인포스 3단콤보 '누나 질투유발'". TV Daily. 2011-12-08. Dicapai pada 2015-06-01.
  66. ^ Park Ji Ryun (2015-03-04). "EXID's Hani, Nicole, Seo Kang Jun and More Join 'Soulmates Returns'". Newsen. CJ E&M. Dicapai pada 2015-06-01.
  67. ^ a b c "Bestie artist profile". KBS World Radio. Dicapai pada 2015-06-01.
  68. ^ Jackson, Julie (2013-02-20). "SuPearls no more: YG's newest girl group disbands before debut". The Korea Herald. Dicapai pada 2015-06-01.

Pautan luar