Philip Pullman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ultratomio (bincang | sumb.)
k + Kategori: Kelahiran 1946
Baris 140: Baris 140:
[[Kategori: Ateis Inggeris|Pullman, Philip]]
[[Kategori: Ateis Inggeris|Pullman, Philip]]
[[Kategori: Novel-novel oleh Philip Pullman|*Pullman, Philip]]
[[Kategori: Novel-novel oleh Philip Pullman|*Pullman, Philip]]
[[Kategori: Kelahiran 1946]]


[[bg:Филип Пулман]]
[[bg:Филип Пулман]]

Semakan pada 05:38, 24 April 2008

Philip Pullman
Philip Pullman menandatangani senaskhah Oxford Lyra
Philip Pullman menandatangani
senaskhah Oxford Lyra
Lahir (1946-10-19) 19 Oktober 1946 (umur 77)
Norwich, England
PekerjaanPenulis novel
GenreKhayalan
Laman web
Philip-Pullman.com

Philip Pullman, CBE (lahir 19 Oktober 1946) ialah seorang penulis novel berkebangsaan Inggeris. Beliau ialah penulis laris untuk Bahan-Bahan Tersembunyinya (His Dark Materials), sebuah trilogi novel khayalan, serta sebilangan buku yang lain.


Biografi ringkas

Pullman dilahirkan di Norwich kepada Alfred Outram, juruterbang RAF, dan Audrey Evelyn Merrified. Keluarganya pindah-randah mengikut kerja ayahnya, termasuk ke Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe), di mana beliau menghabiskan masanya di sekolah. Ayahnya terkorban dalam sebuah nahas kapal terbang pada tahun 1953 ketika Pullman berumur tujuh tahun. Ibunya berkahwin semula dan melalui perpindahan ke Australia datangnya penemuan Pullman terhadap buku-buku komik (termasuk Superman dan Batman), perantara yang didukungnya secara berterusan. Pada tahun 1957, beliau menyertai Sekolah Ysgol Ardudwy yang terletak di bandar Harlech, Gwynedd dan menghabiskan masanya di Norfolk bersama-sama datuknya, seorang paderi. Pada sekitar masa ini, Pullman menemukan Paradise Lost, sebuah novel oleh John Milton, yang kemudian menjadi pengaruh utama untuk triloginya, Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials).

Pada tahun 1963, Pullman menyertai Kolej Exeter, Oxford dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) Kelas Ketiga pada tahun 1968. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Pelajar Oxford, beliau mengatakan bahawa beliau "tidak gemar akan kursus bahasa Inggeris" dan menambah: "Saya berpendapat bahawa saya mencapai keputusan yang baik sehingga saya mendapat ijazah kelas ketiga dan kemudian menyedari bahawa prestasi saya tidak baik — tahun itu merupakan tahun yang kolej menghentikan pemberian ijazah kelas keempat, kalau tidak saya akan mendapatkannya juga". [1] Beliau menemukan ilustrasi-ilustrasi William Blake pada sekitar tahun 1970 yang kemudian juga amat mempengaruhinya.

Pullman berkahwin dengan Judith Speller pada tahun 1970 dan mula mengajar kanak-kanak dan menulis drama sekolah. Karya pertama yang diterbitkannya ialah Ribut Berhantu (The Haunted Storm) yang menjadi pemenang bersama "Anugerah Penulis Muda Perpustakaan Inggeris Baru" pada tahun 1972. Bagaimanapun, beliau enggan membincangkannya. Galatea, fiksyen khayalan dewasa, diterbitkan pada tahun 1978 tetapi drama-drama sekolah adalah yang mengilhami novel Count Karlstein, buku kanak-kanaknya yang pertama, yang diterbitkan pada tahun 1978. Pullman menghentikan kerja pengajarannya pada sekitar masa penerbitan Batu Delima di dalam Asap (The Ruby in the Smoke), buku kanak-kanaknya yang kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Latar buku ini yang berdasarkan Zaman Victoria membayangkan minat Pullman terhadap zaman itu.

Pullman menjadi pensyarah sambilan di Kolej Westminster, Oxford antara tahun-tahun 1988-1996, serta meneruskan penulisan cerita kanak-kanaknya. Beliau memulakan penulisan Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials) pada sekitar tahun 1993. "Cahaya-cahaya Utara (diterbitkan sebagai Kompas Keemasan (The Golden Compass) di Amerika Syarikat) diterbitkan pada tahun 1996 dan memenanginya Pingat Carnegie, salah satu anugerah fiksyen kanak-kanak British yang paling berprestij, serta juga Anugerah Fiksyen Kanak-kanak Guardian.

Pullman menulis sepenuh masa sejak dari tahun 1996, tetapi masih meneruskan penyampaian syarahannya dan kekadang juga menulis untuk akhbar The Guardian. Beliau dianugerahkan Golongan Empayar British (CBE) dalam senarai Penerima Anugerah Tahun Baru pada tahun 2004. Pullman juga mula memberikan syarahan tentang bahasa Inggeris dalam sebuah seminar di alma maternya, Kolej Exeter, Oxford, pada tahun 2004. [2][3] Beliau kini mengerjakan Buku tentang Habuk (The Book of Dust), susulan kepada trilogi Bahan-bahan Tersembunyinya.

Bahan-bahan Tersembunyinya

Bahan-bahan Tersembunyinya terdiri daripada:

Cahaya Utara, jilid pertama trilogi, memenangi Pingat Carnegie untuk fiksyen kanak-kanak di United Kingdom pada tahun 1995. Teropong Kecil Ambar (The Amber Spyglass), jilid terakhir, dianugerahkan dengan dua anugerah, iaitu:

Trilogi ini mendapat sanjungan yang popular pada akhir tahun 2003 dan mendapat tempat ketiga dalam tinjauan pendapat Big Read yang dikendalikan oleh BBC. Pada tahun 2005, Pullman diisytiharkan sebagai pemenang bersama Anugerah Peringatan Astrid Lindgren untuk kesusasteraan kanak-kanak.

Oxford Lyra, gu karya ringkas yang mengandungi perkara-perkara menarik, serta sebuah cerpen kini juga diterbitkan, dengan Buku tentang Habuk (The Book of Dust), sebuah gu novel yang lebih besar, kini ditulis.

Sudut pandangan falsafah dan keagamaan

Pullman ialah Penyokong Unggul Persatuan Penyokong Humanisme British dan Ahli Bersekutu Kehormat Persatuan Sekular Nasional.

Buku-buku "Bahan-bahan Tersembunyinya" (His Dark Materials) telah menjadi inti perbalahan, khususnya di kalangan sesetengah kumpulan Kristian, termasuk juga Peter Hitchens, yang mendakwa bahawa beliau sedang mengejar agenda anti-Kristian secara aktif. [4] Para penyokong pandangan ini memetik rencana-rencana kritisnya terhadap siri Babad Narnia yang ditulis oleh C. S. Lewis (yang Pullman mengutuk sebagai propaganda keagamaan), serta penggambarannya terhadap "Gereja" dalam Bahan-bahan Tersembunyinya yang biasanya bersifat negatif .

Kedua-dua siri itu mempunyai setakat persamaan, iaitu kedua-duanya menonjolkan kanak-kanak menghadapi pilihan moral dewasa, dan terdiri daripada dongeng teladan, alegori keagamaan, dunia-dunia selari, dan kebimbangan terhadap nasib muktamad kedua-dua dunia tersebut. Singa, Perempuan Sihir, dan Almari Pakaian (The Lion, the Witch and the Wardrobe), buku Narnia pertama yang diterbitkan, bermula dengan seorang budak perempuan menyembunyikan diri di dalam almari pakaian. Permulaan ini adalah serupa dengan buku Cahaya-cahaya Utara (Northern Lights yang diterbitkan sebagai Kompas Keemasan di Amerika Syarikat), buku pertama dalam siri Bahan-bahan Tersembunyinya. Kritikan Pullman terhadap buku-buku Narnia dikongsi oleh sesetengah pengulas liberal seperti Polly Toynbee. [5]

Sesetengah orang termasuk Hitchens sekali lagi, memperlihatkan Bahan-bahan Tersembunyinya sebagai suatu pematahan terhadap siri C. S. Lewis. [6] Pullman juga mengkritik cara Lewis tidak merangkumi watak Susan dalam adegan-adegan 'syurga' yang akhir dalam novel Pertempuran Terakhir (The Last Battle), dan mengatakan bahawa Susan telah ditolak kerana sifat keduniaannya yang semakin berkembang. [7] Peminat-peminat Lewis mendebatkan bahawa Pullman telah menganalisis secara terlalu mendalam tentang perkara ini; Lewis tidak membuat sebarang pernyataan tentang takdir Susan, dan tidak menghapuskan sebarang kemungkinan tentangnya kemudian menyertai semula kawan-kawannya di syurga, apa lagi mereka telah mati tetapi Susan masih hidup.

Bagaimanapun, Pullman telah mendapat sokongan daripada sesetengah orang Kristian yang lain, terutamanya Rowan Williams, Ketua Biskop Canterbury. Kumpulan-kumpulan dan individu-individu menunjukkan bahawa bidasan Pullman menumpukan perhatian pada kekangan dogmatisme serta penggunaan agama untuk menindas, bukan tentang agama Kristian pada dirinya. Dr. Williams juga berani mencadangkan bahawa novel Bahan-bahan Tersembunyinya diajar sebagai sebahagian pendidikan agama di sekolah. Tambahan pula, para penulis karya yang mengkhususkan dalam penilaian kritis tema-tema keagamaan karya Pullman telah memerihalkan Pullman sebagai pasangan perdebatan yang ramah. [8].

Bibliografi

Buku-buku tidak bersiri

Geng New-Cut

Sally Lockhart

Bahan-bahan Tersembunyinya

Buku Panduan

Drama

Buku Bukan Fiksyen

Sumber: Laman web FantasticFiction

Rujukan

  1. ^ http://www.oxfordstudent.com/tt2006wk7/Features/growing_pains
  2. ^ Laman web UCE
  3. ^ Lama web Exeter
  4. ^ Hitchens, Peter. "'Inilah penulis yang paling berbahaya di Britain'" (Mel rencana Ahadpublisher=The Mail on Sunday). Dicapai pada 2006-09-21.
  5. ^ Toynbee, Polly. "'Narnia mewakili setiap perkara yang paling dibenci tentang agama'" (Guardian article). The Guardian. Dicapai pada 2006-09-21. External link in |publisher= (bantuan)
  6. ^ Hitchens, Peter. "Dibuat kerana benci" (Rencana Spectator). Laman web Spectator. Dicapai pada 2006-09-21. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  7. ^ Pullman, Phillip (1 Oktober 1998). "Sebelah Narnia Tersembunyi". The Guardian, diarkibkan dalam Laman web Cumberland River Lamp Post. Dicapai pada 2007-01-30. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  8. ^ Robert Butler (17 Mac 2004). "The Perdebatan Bahan-bahan Tersembunyi: Kehidupan, Tuhan, dan Alam Semesta..." The Telegraph. Dicapai pada 2007-04-28. Check date values in: |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)

Bacaan tambahan

  • Lenz, Millicent (2005). His Dark Materials Illuminated: Critical Essays on Phillip Pullman's Trilogy. Percetakan Universiti Negeri Wayne. ISBN 0-8143-3207-2.

Pautan luar