In Time: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
 
Baris 115: Baris 115:
[[Category:Filem distopia]]
[[Category:Filem distopia]]
[[Category:Filem arahan Andrew Niccol]]
[[Category:Filem arahan Andrew Niccol]]
[[Category:Filem Regency Enterprises]]
[[Kategori:Filem terbitan Regency Enterprises]]
[[Category:Filem 20th Century Fox]]
[[Category:Filem 20th Century Fox]]

Semakan semasa pada 01:42, 29 November 2021

In Time
PengarahAndrew Niccol
PenulisAndrew Niccol
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRoger Deakins
Disunting olehZach Staenberg
Muzik olehCraig Armstrong
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehTwentieth Century Fox
Tarikh tayangan
  • 28 Oktober 2011 (2011-10-28)
Masa tayangan
109 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$40 juta[2]
Pecah panggung$173,930,596[3]

In Time ialah filem sains fiksyen dystopia Amerika Syarikat 2011 ditulis, diarah dan dihasilkan oleh Andrew Niccol, dibintangi Justin Timberlake, Amanda Seyfried dan Cillian Murphy Filem ini ditayangkan pada pada 28 Oktober 2011.

Plot[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Pada tahun 2169, manusia dilahirkan genetik direka dengan jam digital di lengan mereka. Apabila mereka berumur 25 tahun, mereka berhenti menjadi tua dan jam reka mula membilang turun satu tahun. Apabila jam itu sampai ke kosong, orang tersebut akan mati. Masa telah menjadi mata wang universal, ia digunakan untuk membayar perbelanjaan setiap hari dan boleh dipindahkan diantara manusia atau kapsul. Negara ini telah dibahagikan kepada "zon masa" berdasarkan kekayaan penduduk. Filem ini memberi tumpuan kepada dua zon tertentu: Dayton - kawasan industri pembuatan yang miskin dimana orang secara amnya mempunyai 24 jam atau kurang pada jam mereka bila-bila masa - dan New Greenwich - zon masa yang paling kaya, di mana orang ramai mempunyai masa yang cukup pada jam mereka untuk hidup selama berabad-abad.

Will Salas (Justin Timberlake) ialah seorang pekerja kilang Dayton dan tinggal bersama ibunya, Rachel (Olivia Wilde). Satu malam di sebuah bar, dia menyelamatkan seorang pemabuk, Henry Hamilton (Matt Bomer) daripada cubaan dirompak oleh pencuri Fortis dan gengnya. Hamilton, yang berumur 105 tahun, mendedahkan kepada Will bahawa kebenaran tentang kekayaan masa bahawa terdapat banyak masa untuk semua orang untuk menjalani kehidupan yang panjang. Orang New Greenwich menyimpan sebahagian besar masa untuk diri mereka sendiri untuk hidup selama-lamanya dan sentiasa meningkatkan kos hidup di daerah miskin untuk membiarkan orang mati. Hamilton memberi Will yang sedang tidur 116 tahun masanya, hanya meninggalkan dirinya 5 minit. Selepas tersedar daripada mesej dari Hamilton untuk tidak membuang masa yang diberi kepadanya, Will bergegas ke jambatan yang Hamilton sedang duduk tetapi dia tiba terlalu lewat untuk menghentikan Hamilton daripada masanya habis da dia terjatuh mati ke dalam air. Raymond Leon (Cillian Murphy), ketua penjaga masa seperti polis, mengadakan siasatan kematian Hamilton dan dengan tidak tepatnya mengandaikan bahawa Will telah merompak dan membunuh Hamilton.

Will melawat kawan baiknya, Borel (Johnny Galecki) dan berkongsi sepuluh tahun dengannya, setiap satu untuk setiap tahun persahabatan mereka. Will memberitahu Borel bahawa dia akan menggunakan masa itu untuk berpindah bersama ibunya ke New Greenwich. Sementara itu, Rachel menggunakan kesemua masanya kecuali 90 minit untuk membuat bayaran pinjaman dan mendapati dirinya tidak cukup untuk tambang bas untuk pulang ke rumah. Pemandu yang tidak peduli memaksanya berlai kembali ke Dayton, tetapi dia tiba beberapa saat lewat untuk Will menyelamatkanya. Will memutuskan untuk memanggil perkhidmatan kereta dan menuju ke New Greenwich dimana dia tinggal malam pertamanya di sebuah hotel. Pada hari berikutnya, dia berjumpa dengan ahli perniagaan pinjaman-masa, Philippe Weis (Vincent Kartheiser) dan anak perempuannya, Sylvia (Amanda Seyfried) di sebuah kasino. Semasa bermain poker bersama Weis, Will bertaruh semua masanya dan memenangi 1,100 tahun. Selepas itu, Sylvia menjemputnya ke sebuah parti di rumah Weis. Will membeli Jaguar XK-E pertengahan-1960 dan memnadu ke parti itu, dimana penjaga masa dengan cepat menangkap dia. Raymond merampas kesemua kecuali dua jam masa Will tetapi Will berjaya melepaskan diri bersama Sylvia sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Dayton, mereka diserang hendap oleh Fortis dan gengnya, yang mengambil kesemua kecuali 30 minit masa mereka. Will cuba untuk mengambil beberapa masanya kembali daripada Borel, tetapi mempelajari daripada isteri Borel, Greta (Yaya DaCosta) bahawa dia menggunakan masanya untuk minum sampai mati dengan berbaki sembilan tahun dalam jamnya. Sylvia dipaksa menggandaikan beberapa barang kemasnya untuk mendapatkan masa Will menelefon bapanya dan menuntut masa tebusan 1000 tahun untuk anaknya. Weis enggan membayar, dan Will memutuskan untuk melepaskan Sylvia. Dia menelefon bapanya dari sebuah telefon berbayar, tetapi mereka diserang hendap oleh Raymond, yang ditembak oleh Sylvia secara tidak sengaja.

Will dan Sylvia memutuskan untuk bekerjasama dan mula merompak bank masa bapanya. Ganjaran sepuluh tahun masa ditawarkan untuk penangkapan mereka membawa kepada Fortis dan gengnya memburu mereka di sebuah bilik hotel. Will menembak geng tersebut dan melarikan diri bersama Sylvia selepas membunuh Fortis dengan memenangi pertarungan sehingga mati. Mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mencuri masa yang cukup untuk mengubah keadaan dengan berkesan serta New Greenwich menaikkan wang ganjaran. Mereka memutuskan untuk merompak peti besi peribadi bapanya satu juta tahun. Raymond mengejar mereka kembali ke Dayton tetapi terlalu lewat untuk menghentikan mereka daripada mengedar masa yang dicuri untuk orang miskin. Raymond mengejar mereka ke pinggir bandar di mana, selepas mendedahkan bahawa dia juga lahir di Dayton, masa dia tamat, setelah mengabaikan untuk mengutip perentukan masa hariannya. Will dan Sylvia dengan setiap seorang hanya mempunyai satu minit untuk hidup, berlari ke kereta peronda Raymond dan Will mengutip bayaran harian Raymond. Dalam kejadian yang mengingatkan kematian ibunya, Will dan Sylvia berlari ke arah satu sama lain dengan beberapa saat tinggat; kali ini dia berjaya untuk menyelamatkannya.

Laporan TV menunjukkan kilang-kilang di Dayton ditutup kerana setiap orang mempunyai masa yang cukup dan meninggalkan pekerjaan mereka untuk pergi ke New Greenwich. Will dan Sylvia terus merompak bank sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk merosakkan sistem tersebut manakala orang kaya cuba untuk menampung lonjakan orang ramai tiba-tiba menyusup ke zon mereka. Templat:Endspoiler

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Sebelum filem ini diberi tajuk In Time, nama Now dan I'm.mortal digunakan.[4] Pada Julai 12, 2010, ia telah dilaporkan bahawa Amanda Seyfried telah ditawarkan watak utama.[5] Pada Julai 27, 2010, ia telah disahkan bahawa Justin Timberlake telah ditawarkan watak utama.[6] Pada Ogos 9, 2010, Cillian Murphy telah disahkan menyertai barisan pelakon.[7]

Gamba pertama daripada set telah didedahkan pada Oktober 28, 2010.[8] 20th Century Fox dan New Regency mengedarkan filem ini manakala Marc Abraham dan Strike Entertainment menghasilkannya.[9]

Babak di Dayton difilemkan terutamanya di kawasan-kawasan perumahan Skid Row dan Boyle Heights, Los Angeles manakala babak di New Greenwich difilemkan terutamanya di Century City, Bel Air dab Malibu. Walaupun nama-nama zon perumahan sesak dan wilayah kaya mencerminkan Dayton dan Greenwich masing masing, peta yang digunakan oleh Penjaga Masa adalah peta Los Angeles.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik, dengan pujian untuk keaslian dan lakonan, tetapi mendapat kritikan kerana kekurangan pembangunan watak; Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 36% daripada 152 pengkritik memberi filem ini ulasan positif dengan purata rating 5.2 daripada 10. Metacritic memberi filem ini skor 53 berdasarkan 36 ulasan.[10] Undian CinemaScore melaporkan bahawa purata gred yang diberi oleh para peminat filem kepada filem ini adalah "B-tolak" daripada skala A+ ke F.[11] Roger Ebert memberi filem ini ulasan positif dengan 3 daripada 4 bintang.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "IN TIME (12A)". British Board of Film Classification. 2011-10-11. Dicapai pada 2012-09-04.
  2. ^ Kaufman, Amy (October 27, 2011). "Movie Projector: 'Puss in Boots' to stomp on competition". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada October 27, 2011.
  3. ^ "In Time (2011)". Box Office Mojo. 2011-12-22. Dicapai pada 2011-12-27.
  4. ^ Rich, Katey (2010-11-01). "I'm. mortal Retitled Now, Adds Alex Pettyfer And Matt Bomer To Cast". Cinema Blend. Dicapai pada 2010-12-10.
  5. ^ Gallagher, Brian (2010-07-12). "Amanda Seyfried Signs on to I'm.mortal". MovieWeb.com. Dicapai pada 2010-12-10.
  6. ^ Douglas, Edward (2010-07-27). "Justin Timberlake Leading I'm.mortal?". ComingSoon.net. Dicapai pada 2010-12-10.
  7. ^ Gallagher, Brian (2010-08-09). "Cillian Murphy to Star in I'm.mortal". MovieWeb.com. Dicapai pada 2010-12-10.
  8. ^ "Timberlake and Seyfried Spotted Filming Their New Thriller". ComingSoon.net. 2010-10-28. Dicapai pada 2010-12-10.
  9. ^ Sneider, Jeff (2010-08-09). "Justin Timberlake, Cillian Murphy in Talks to Join 'I'm.mortal". TheWrap.com. Dicapai pada 2010-12-10.
  10. ^ "In Time Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada October 28, 2011.
  11. ^ Finke, Nikki (October 30, 2011). "Snow Ices Box Office: 'Puss In Boots' #1, 'Paranormal' #2, 'In Time' #3, 'Rum Diary' #4". Deadline.com. PMC. Dicapai pada October 30, 2011.
  12. ^ "In Time". Chicago Sun-Times.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]