Farid Amirul: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 131: Baris 131:
| 2012–2013
| 2012–2013
| ''[[Roda-Roda Kuala Lumpur]]''
| ''[[Roda-Roda Kuala Lumpur]]''
| Sarjan Mejar (S.M) Lim
| Sarjan Mejar Lim
| rowspan="2"|[[TV2]]
| rowspan="2"|[[TV2]]
|
|

Semakan pada 01:20, 7 Disember 2021

Farid Amirul
Kelahiran
Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah

1965 (umur 58–59)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1986–kini
Terkenal keranaSarjan Lim dalam Gerak Khas
PasanganNorhayati Abdullah (k. 2021)

Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Detektif Lim dalam drama kepolisan Gerak Khas yang disiarkan di TV2 dan TV3 (Gerak Khas The Finale) Drama bercorak kepolisan popular Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini diterbitkan oleh Skop Productions milik pengarah dan penerbit Dato’ Yusof Haslam.

Kehidupan peribadi

Farid Amirul mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Abdullah pada 17 Februari 2021.[1][2]

Kontroversi

Pada 17 Disember 2009, Mohd Farid telah dituduh mencuri dua buah buku di MPH Bookstores, Mid Valley Megamall dan dihukum penjara dua bulan dan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.[3] Majistret Mohd. Faizi Che Abu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Farid. Saksi kes pencurian ini ialah penyiasat dalam MPH, Mohd Aqib Mohd Yusof serta penyelianya, Fadhilah Mohd Yusuf. Buku itu bernilai RM198.90 pada jam 7.15 malam, 27 Mac 2009. Buku yang dicurinya bertajuk The Sistine Secrets dan Decoding The Heaven.[4]

Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.[5] Bagaimanapun Farid telah menarik balik pengakuan awal sebagai bersalah setelah melantik Peguam bela Nor Azri Mohd. Arif. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli. Farid dibebaskan pada Mac 2012. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir pendakwa raya. Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September 2010 yang membebaskan beliau selepas membenarkan rayuannya. Hakim Abdul Malik ketika membacakan alasan penghakimannya menyatakan, panel itu menerima fakta keterangan kes bahawa tiada saksi yang melihat Farid mengambil dua buah buku itu dari rak di gedung buku MPH pada hari kejadian.

Beliau menyatakan, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH, manakala beg sandang milik pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan. Ujarnya, pegawai penyiasat sepatutnya menanda buku itu dan mengemukakan borang serahan kepada pengawal keselamatan sebagai bukti penyerahan sebelum meletak buku-buku itu dalam sampul surat yang dimeterai dan disimpan dalam setor polis.Hakim Abdul Malik turut menyatakan, wujud kepincangan pada kes pendakwaan kerana cip pengimbas keselamatan yang didakwa dikoyak dan dikeluarkan dari buku oleh Farid Amirul, tidak diambil dan ditanda oleh pegawai penyiasat sebagai barang bukti kes.

Selain itu, mahkamah turut berpuas hati bahawa kegagalan pihak polis merampas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sebahagiannya berfungsi, turut mencacatkan kes pendakwaan. Farid Amirul tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan.[6][7]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Panggilan Pulau Musa Filem pertama
1998 Jibon Mr. Lee
1999 Bara Ah Bon
2000 Leftenan Adnan Mejar Fujiwara
Pasrah Pengawal Keselamatan
2001 Gerak Khas The Movie Detektif Lim
2002 Gerak Khas The Movie II
2003 MX3 Banduan
2005 GK3 The Movie Detektif Lim
2007 Kayangan Robert
2008 Evolusi KL Drift Penolong pengarah
2021 J2: J Retribusi Boon
Mat Kilau

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Harimau Rimba TV1
1999–2011, 2019–2021 Gerak Khas Sub Inspektor (S.I) Detektif Lim TV1, TV2, TV3
2007 Airmata Maria Jimmy TV3
2012–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Sarjan Mejar Lim TV2
2012 Metro Skuad (Musim 1) Pelbagai 2 episod: "Dendam" dan "Khianat"
2021 Single Terlalu Lama TV3 Penampilan khas
Gerak Khas Undercover Lim

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Diari Hati Julia TV3
2011 Bara Cinta Ramadan Tauke Lim
2013 Kalam Cinta Tuan Abdullah TV AlHijrah
2015 Jalan Pintas TV2
2018 Purnama TV3
2020 Gaun Pengantin Ivovy Unifi TV

Rujukan

  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (17 Februari 2021). 'Detektif Lim' nikah pada usia 55 tahun Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  2. ^ Mohamad Shahemy Azmi (17 Februari 2021). 'Detektif Lim' selamat bergelar suami Kosmo!. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  3. ^ Pelakon Gerak Khas dipenjara 2 bulan Utusan Malaysia (17 Disember 2009). Dicapai pada 18 Januari 2010.
  4. ^ Norliza Mohd Zakaria (19 Mei 2009). "Saya tak hukum Farid - Yusof Haslam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-26. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  5. ^ Sarjan Lim bela diri 1 Oktober Utusan Malaysia (25 Ogos 2009). Dicapai pada 18 Oktober 2009.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (5 Oktober 2010). "Dituduh Mencuri Buku, "Detektif Lim" Dibuang Keluarga". mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  7. ^ "Pelakon Gerak Khas dihukum penjara, denda". Malaysiakini. 17 Disember 2009. Dicapai pada 22 Disember 2011.

Pautan luar