Ular (filem): Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 47: | Baris 47: | ||
* [[Shukri Yahaya]] sebagai Boy |
* [[Shukri Yahaya]] sebagai Boy |
||
* [[Zarina Zainuddin]] sebagai Rohani |
* [[Zarina Zainuddin]] sebagai Rohani |
||
* Mamat Sepah |
* Mamat Sepah sebagai Mamat |
||
* [[Zarina Anjoulie]] sebagai Amy |
|||
==Penerbitan== |
==Penerbitan== |
Semakan pada 01:23, 31 Januari 2022
Ular | |
---|---|
Pengarah | Jason Chong |
Penulis | Fairul Nizam Ablah |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Showbiz Productions |
Tarikh tayangan | 5 Disember 2013 |
Masa tayangan | 84 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.1 Juta |
Pecah panggung | RM1.8 Juta |
Ular merupakan sebuah filem thriler misteri Malaysia 2013 arahan Jason Chong terbitan Showbiz Productions. Dibintangi oleh Yusry KRU, Lisa Surihani dan Izzue Islam, filem ini ditayangkan pada 5 Disember 2013 dan menandakan kali pertama Lisa dan Yusry berlakon bersama sejak mereka berkahwin.[1][2]
Plot
Myra ialah seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.
Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panik setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz di sebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.
Pelakon
- Lisa Surihani sebagai Myra
- Yusry Abd Halim sebagai Remy
- Harun Salim Bachik sebagai Pak Mus
- Chew Kin Wah sebagai JC
- Izzue Islam sebagai Saiful
- Namron sebagai Aziz
- Sharifah Sakinah sebagai Lyn
- Tya Adnan sebagai Nana
- Shukri Yahaya sebagai Boy
- Zarina Zainuddin sebagai Rohani
- Mamat Sepah sebagai Mamat
- Zarina Anjoulie sebagai Amy
Penerbitan
Ular diarahkan oleh Jasong Chong dan diterbitkan oleh Showbiz Productions Untuk KRU Studios Ia merupakan filem kedua arahan Jason selepas Belukar (2010), penggambaran dijalankan di Pulau Pangkor, Perak.
Ia juga menyaksikan lakonan sulung Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sebelum mereka berkahwin. Pelakon lain yang terlibat termasuk Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Sharifah Sakinah, Zarina An Joulie, Namron, dan Zarina Zainuddin.
Muzik
Lagu tema filem ini ialah "Ular" hasil nukilan Edry KRU dan dipersembahkan oleh Anita Sarawak.
Rujukan
- ^ Ular... percutian bertukar tragedi Sinar Harian (7 Disember 2013). Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ Kemalia Othman (6 Disember 2013). Teknik CGI daya penarik Ular mStar Online. Diperoleh pada 9 April 2018.