Patrice Evra: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: sl:Patrice Evra
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot Menambah: mt:Patrice Evra
Baris 88: Baris 88:
[[it:Patrice Evra]]
[[it:Patrice Evra]]
[[he:פטריס אברה]]
[[he:פטריס אברה]]
[[mt:Patrice Evra]]
[[nl:Patrice Evra]]
[[nl:Patrice Evra]]
[[ja:パトリス・エヴラ]]
[[ja:パトリス・エヴラ]]

Semakan pada 20:37, 11 Mei 2008

Patrice Evra
Maklumat peribadi
Nama penuh Patrice Evra
Ketinggian 5'7" / 1.75 m
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester United
Nombor 3
Kerjaya remaja
?-1998 Paris Saint-Germain
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998-1999
1999-2000
2000-2002
2002-2006
2006-
Marsala
Monza
OGC Nice
AS Monaco
Manchester United
24 (3)
3 (0)
40 (1)
120 (1)
23 (1)
Pasukan kebangsaan
2004- Perancis 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Disember, 2006
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 November, 2006

Patrice Evra (lahir 15 Mei, 1981 di Dakar, Senegal) merupakan pemain bola sepak Perancis-Senegal, yang bermain untuk Manchester United di Liga Perdana Inggeris. Beliau bermain di posisi bek kiri walaupun beliau mampu untuk bermain di bahagian sayap kiri.

Anak kepada seorang diplomat, beliau telah tiba di Eropah menerusi Brussels dimana bapa beliau telah ditugaskan semasa beliau kecil. Beliau telah dibesarkan di Les Ulis, Essonne, Perancis dimana beliau tinggal bersama keluarga dari tahun 1984 hingga 1998 sebelum berpeluang ke Marsala, Itali. Disitulah beliau mula bermain pada tahun 1986 dan jatuh cinta dengan permainan ini. Beliau telah berkembang dengan ketara bersama Thierry Henry pada tahun-tahun awalan mereka. Mereka menganggap diri mereka sebagai rakan karib pada masa kecil. Patrice mempunyai sejumlah 23 adik-beradik [1].

Kerjaya

Seperti kebiasaan remaja-remaja lain di Les Ulis, beliau memulakan karier dengan pasukan belia Paris St-Germain, sebelum pergi pada tahun 1998 ke pasukan Serie C1 Itali, Marsala Calcio, dan selepas itu ke Serie B A.C. Monza Brianza 1912 untuk musim berikutnya. Beliau telah dipindahkan ke OGC Nice pada tahun 2000, dan selepas itu ke AS Monaco pada tahun 2002. Evra telah mewakili Perancis untuk peringkat antarabangsa untuk lima kali.

Di AS Monaco, Evra juga merupakan sebahagian dari pasukan yang telah memenangi Piala Liga Perancis dan mencapai perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2004.

Evra telah mengikat kontrak selama 3.5 tahun di United pada 10 Januari 2006, dengan yuran perpindahan sebanyak £5.5 juta, dari AS Monaco. Mengikat kontrak di Manchester hanya sehari selepas kejayaan mendapat Nemanja Vidić, ketibaan Evra memberi petunjuk bahawa niat Sir Alex Ferguson untuk membina pertahanan United yang telah terjejas semenjak since the kehilangan Gabriel Heinze. Semasa mengikat kontrak dengan United, Evra telah mendedahkan yang beliau telah menolak Arsenal dan Liverpool untuk mendapat peluang beraksi di "Theatre of Dreams".

"Liverpool dan Arsenal merupakan kelab yang hebat tetapi United adalah satu cerita yang berlainan. Inter juga cuba mendapatkan saya di tingkap perpidahan tetapi hanya satu kelab sahaja untuk saya".

Beliau telah beraksi buat pertama kali untuk Manchester United pada 14 Januari dalam kekalahan 3-1 kepada Manchester City di Liga Perdana Inggeris. beliau bermain buat pertama kali di padang sendiri melawan Liverpool pada 22 Januari dengan kemenangan 1-0. Evra pada mulanya mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di dalam perlawanan Inggeris, tetapi pada awal musim 2006/2007, beliau telah berjaya menguasai persembahan yang telah memenangi hati penyokong. Pada 29 November 2006, beliau telah berjaya menjaringkan gol pertama untuk kelab pada perlawanan liga perdana melawan Everton di Old Trafford.

Evra menggunakan nombor tiga yang telah di kosongkan oleh Phil Neville pada musim panas sebelumnya.

Isteri beliau bernama Sandra. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Lenny, lahir pada 7 September, 2005.

Penghargaan

  • 2006 - Piala Carling dengan Manchester United

Pautan luar