Parti Maju Sabah: Perbezaan antara semakan
Bot: Menggantikan Sabah_Progressive_Party_Logo1.svg.png dengan Sabah_Progressive_Party_Logo1.png. |
kemasan Teg: Suntingan sumber 2017 |

Baris 2: | Baris 2: | ||
{{Infobox political party |
{{Infobox political party |

| country = Malaysia |
| country = Malaysia |

| name = |
| name = Parti Maju Sabah |

| native_name = |
| native_name = |

| lang1 = Chinese |
| lang1 = Chinese |

| name_lang1 =沙巴进步党 ''Shābā jìnbù dǎng'' |
| name_lang1 =沙巴进步党 ''Shābā jìnbù dǎng'' |

| lang2 = Malay |

| name_lang2 =Parti Progresif Sabah |

| logo = Sabah Progressive Party Logo1.png |
| logo = Sabah Progressive Party Logo1.png |

| abbreviation = SAPP |
| abbreviation = SAPP |

Baris 37: | Baris 35: | ||
| national = [[Barisan Nasional]] (1994–2008)
[[Gabungan Sabah]] (2016–2018)
[[Gabungan Bersatu Sabah]] (2018-)
[[Perikatan Nasional]] (2020-)
[[Gabungan Rakyat Sabah | Gabungan Rakyat Sabah (GRS)]] (12 September 2020-) {{small|kini (masih aktif)}} |
| national = [[Barisan Nasional]] (1994–2008)
[[Gabungan Sabah]] (2016–2018)
[[Gabungan Bersatu Sabah]] (2018-)
[[Perikatan Nasional]] (2020-)
[[Gabungan Rakyat Sabah | Gabungan Rakyat Sabah (GRS)]] (12 September 2020-) {{small|kini (masih aktif)}} |

| international = |
| international = |

| colours = {{Color box|{{ |
| colours = {{Color box|{{Parti Maju Sabah/meta/color}}|border=darkgray}} Yellow, green and blue |

| colorcode = |
| colorcode = {{Parti Maju Sabah/meta/color}} |

| seats1_title = [[Dewan Negara]]: |
| seats1_title = [[Dewan Negara]]: |

| seats1 = {{Composition bar|0|70|hex={{ |
| seats1 = {{Composition bar|0|70|hex={{Parti Maju Sabah/meta/color}}}} |

| seats2_title = [[Dewan Rakyat]]: |
| seats2_title = [[Dewan Rakyat]]: |

| seats2 = {{Composition bar|0|222|hex={{ |
| seats2 = {{Composition bar|0|222|hex={{Parti Maju Sabah/meta/color}}}} |

| seats3_title = [[Dewan Undangan Negeri Sabah]]: |
| seats3_title = [[Dewan Undangan Negeri Sabah]]: |

| seats3 = {{Composition bar|0|65|hex={{ |
| seats3 = {{Composition bar|0|65|hex={{Parti Maju Sabah/meta/color}}}} |

|symbol=[[File:Logo Perikatan Nasional.svg|border|130px]] |
|symbol=[[File:Logo Perikatan Nasional.svg|border|130px]] |

| flag = |
| flag = |

Baris 51: | Baris 49: | ||
{{Politik Malaysia}} |
{{Politik Malaysia}} |

'''Parti |
'''Parti Maju Sabah''' ({{lang-en|Sabah Progressive Party}}, SAPP) ialah sebuah [[parti politik]] berbilang kaum yang bertapak di negeri [[Sabah]], [[Malaysia]]. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 oleh pemisah dari [[Parti Bersatu Sabah]] pimpinan bekas [[Ketua Menteri Sabah]], Datuk [[Yong Teck Lee]]. SAPP asalnya pernah merupakan salah sebuah parti komponen [[Barisan Nasional]] yang memerintah Malaysia, sehingga 17 September 2008, apabila SAPP secara rasminya meninggalkan Barisan Nasional untuk menjadi parti bebas.<ref>http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/17/nation/20080917164455&sec=nation</ref> Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk [[Perikatan Nasional]].<ref>[https://www.sinarharian.com.my/article/98768/BERITA/Politik/SAPP-diterima-menjadi-ahli-PN?utm_source=taboola&utm_medium=referral&dc_data=1623405_vivo-browser-malaysia-malay&tblci=GiCId8nM3pu2zLxnTjfXb64FqzxmAImWuO0FqtB1WtSDDCC9k0c#tblciGiCId8nM3pu2zLxnTjfXb64FqzxmAImWuO0FqtB1WtSDDCC9k0c [[Sinar Harian]], (28 Ogos 2020) SAPP diterima menjadi ahli PN]</ref> Pada 12 September 2020, SAPP telah bersetuju dan secara sah menyertai gabungan baru di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS ialah hasil persetujuan Parti-Parti yang ada di Sabah. ini termasuklah SAPP, STAR, PBS, PBRS, dan lain-lain. |

==Sejarah== |
==Sejarah== |
Semakan pada 23:05, 21 Mac 2022
Parti Maju Sabah | |

Fail:Sabah Progressive Party Logo1.png | |
Nama Chinese | 沙巴进步党 Shābā jìnbù dǎng |
Singkatan | SAPP |
Presiden | Yong Teck Lee |
Setiausaha agung | Richard Yong We Kong |
Jurucakap | Chong Pit Fah |
Timbalan Presiden | Liew Teck Chan Amde Sidik Eric Majimbun Melanie Chia Chui Ket Edward Dagul |
Ketua Pemuda | Jamain Sarudin |
Ketua Wanita | Chia Miu Lee |
Bendahari Agung | Japiril Suhaimin Bandaran |
Naib Presiden | Datu Shuaib Datu Mutalib Aloysius Danim Siap Carrie Fong Tet Meng |
Pengasas | Yong Teck Lee |
Ditubuhkan | 21 Januari 1994 |
Ibu pejabat | H 1115, Lorong Kelengkeng 1, Taman Antarabangsa, Likas Park, Jalan Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah |
Sayap belia | Gerakan Belia SAPP |
Sayap Wanita SAPP | Gerakan Wanita SAPP |
Ideologi | Kemajuan/ Ekonomi/ Progressive/ Pembangunan |
Penggabungan kebangsaan | Barisan Nasional (1994–2008) Gabungan Sabah (2016–2018) Gabungan Bersatu Sabah (2018-) Perikatan Nasional (2020-) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (12 September 2020-) kini (masih aktif) |
Warna | Yellow, green and blue |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sabah: | 0 / 65 |
Simbol pilihan raya | |
Laman sesawang | |
www | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Parti Maju Sabah (bahasa Inggeris: Sabah Progressive Party , SAPP) ialah sebuah parti politik berbilang kaum yang bertapak di negeri Sabah, Malaysia. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 oleh pemisah dari Parti Bersatu Sabah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee. SAPP asalnya pernah merupakan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, sehingga 17 September 2008, apabila SAPP secara rasminya meninggalkan Barisan Nasional untuk menjadi parti bebas.[1] Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional.[2] Pada 12 September 2020, SAPP telah bersetuju dan secara sah menyertai gabungan baru di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS ialah hasil persetujuan Parti-Parti yang ada di Sabah. ini termasuklah SAPP, STAR, PBS, PBRS, dan lain-lain.
Sejarah
Keluar dari Barisan Nasional
Presiden SAPP, Yong Teck Lee mengumumkan pada 18 Jun 2008 bahawa partinya akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 23 Jun agar menggesa beliau meletak jawatan. Parti ini mendakwa kerajaan tidak peka terhadap isu-isu di Sabah ini berkata parti sedang mengambil kesempatan terhadap "peluang keemasan" demi kepentingan Sabah, termasuk autonomi, penyerahan semula Labuan dan royalti minyak kepada Sabah. [3]
Pada 20 Jun 2008, SAPP berjaya meraih sokongan kebanyakan daripada ahli-ahlinya untuk meneruskan usul tidak percaya itu. Dua ahli Parlimen SAPP akan menyokong mana-mana usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dicadangkan atau salah satu dari mereka akan mengemukakan usul tersebut.[4]
Sebagai tindak balas kerana menggesa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Majlis Tertinggi Barisan Nasional mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap SAPP dan memberi tempoh 30 hari untuk SAPP menjelaskan sebab tindakannya sebelum Barisan Nasional mengambil tindakan terhadapnya.[5]
Pada 11 Julai 2008, kedua-dua ahli Parlimen SAPP ini meluahkan sokongan mereka terhadap usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan Abdullah. Sebelum itu, Datuk Yong Teck Lee berkata partinya sedang menangguhkan hasratnya untuk mengemukakan usul tidak percaya atas sebab diancam dan dihasut oleh sesetengah pemimpin kerajaan. [6]
Pada 17 September 2008, SAPP mengumumkan penarikan dirinya dari Barisan Nasional, menjadikannya pengunduran pertama yang terjadi dalam parti campuran itu semenjak pilihan raya Mac lalu. SAPP yang hanya terdiri dari dua ahli Parlimen tidak banyak memberi kesan tetapi ramai yang percaya bahawa peristiwa ini akan mencetuskan pemergian ahli-ahli lain secara beramai-ramai ke pihak pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.[7]
SAPP mempunyai 2 ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri. Dua ahli parlimen SAPP ialah Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dr Chua Soon Bui (Tawau), manakala Adun pula terdiri daripada Datuk Raymond Tan (Tanjong Papat, Timbalan Ketua Menteri Sabah), Melanie Chia (Luyang, Pembantu Menteri Kewangan negeri), Au Kam Wah (Elopura, Ketua Pemuda SAPP), dan Liew Teck Chan (Likas). Majlis Tertinggi SAPP telah bermesyuarat pada 17 September 2008. Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan kecewa dengan keputusan parti itu[8] dan mengumumkan peninggalannya daripada parti. Ketua Pemuda SAPP, Au Kam Wah, turut bertindak demikian. ADUN yang kekal dalam parti diarahkan supaya meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Sabah.
Parti berhaluan bebas
Pada 13 Julai 2009, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah mendesak agar Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) lebih teliti memproses pendaftaran kelahiran yang lewat bagi mencegah pendatang tanpa izin mendapat kerakyatan mudah. Ini kerana ramai pendatang tanpa izin yang memperoleh sijil kelahiran melalui pengakuan bersumpah atau lebih dikenali sebagai Surat Akuan palsu. Pada 11 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri, mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan kelulusan permohonan kerakyataan, termasuk pendaftaran kelahiran yang lewat terutama di Sabah dan Sarawak. Kebimbangan timbul kerana Populasi di Sabah mencatat peningkatan 328 % (daripada serendah 700,000 pada 1970 kepada hampir tiga juta pada 2005) berbanding Sarawak yang menunjukkan peningkatan sebanyak 130 %.[9]
SAPP meraih dua kerusi parlimen (Sepanggar dan Tawau) dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008. Semenjak itu, banyak parti politik dari Sabah yang menggesa kerajaan persekutuan memberi lebih autonomi kepada negeri berkenaan.
Menyertai Gabungan Sabah Bersatu (USA)
Pada tahun 2016, SAPP sah menyertai Gabungan Sabah Bersatu (USA).
Menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS)
Pada tahun 2018, SAPP sah menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS).
Menyertai Perikatan Nasional (PN)
Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional.
Kepimpinan
Majlis Tertinggi 2018-2020
Jawatan | Nama |

Presiden | Yong Teck Lee |
Timbalan Presiden | Edward Dagul |
Datuk Richard Yong We Kong | |
Japiril Suhaimin | |
Setiausaha Agung | Datuk Richard Yong We Kong |
Bendahari Agung | Japiril Suhaimin |
Naib Presiden | Chong Pit Fah |
Datu Shuaib Datu Mutalib | |
Danim @ Aloysius Siap | |
Mitah Mikat @ John Charles | |
Gee Tien Siong | |
Ketua Wanita/Naib Presiden | Chan Kam Ndin @ Irene Chan Kam Lan |
Ketua Pemuda/Naib Presiden | Jamain Sarudin |
Ketua Penerangan | Chin Vui Kai |
Setiausaha Organisasi | Noraizal Mohd Noor |
Penolong Setiausaha Organisasi | Joe Yong @ Johari Mohd Ali |
Ahli Majlis Tertinggi | Lim Kat Chung |
Alex Soon Kak Foh | |
Charles Yong Chin Yung | |
Wong Yu Chin | |
John Stephen Dionysius | |
Tahir Dahu | |
Tai Seng Nam @ Gimmy | |
Abdul Hamid Mohd Noor | |
Dr. Brister Mokujal | |
Dexter Chin Chen Sang | |
Nelson Marcellus | |
Yong Yit Jee | |
Matchin Abdul Salam | |
Elizabeth Chin Mui Yun | |
Noraiza Mohammad Noor |
Rujukan
- ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/17/nation/20080917164455&sec=nation
- ^ Sinar Harian, (28 Ogos 2020) SAPP diterima menjadi ahli PN
- ^ "SAPP to file no-confidence motion against PM, urges him to step down". New Straits Times. New Straits Times. 2008-06-18. Dicapai pada 2008-06-18.
- ^ "Rebel party wins support in no-confidence against Malaysian PM". AFP. AFP. 2008-06-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-01. Dicapai pada 2008-06-20.
- ^ "SAPP gets show-cause letter". TheStar. TheStar. 2008-06-26. Dicapai pada 2008-06-26.
- ^ "SAPP to support no-confidence motion". TheStar. TheStar. 2008-07-11. Dicapai pada 2008-07-11.
- ^ "Malaysia party quits coalition; PM cedes key post". Reuters. Yahoo! News. 2008-09-17. Dicapai pada 2008-09-17.
- ^ SAPP keluar BN
- ^ JPN Perlu Lebih Teliti Proses Pendaftaran Kelahiran Lewat - SAPP