Cik Manggis: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 140: Baris 140:
|-
|-
| 2015
| 2015
| ''Dalam Perlukan ''Jeriji
| ''Dalam Perlukan Ramadan''
| Saliza
| Saliza
| [[Astro Ria]]
| [[Astro Ria]]

Semakan pada 22:27, 3 April 2022

Cik Manggis
Kelahiran
Nurshazwani binti Shamsuddin

(1989-09-02) 2 September 1989 (umur 34)
Nama lainManggis "De Fam"
PendidikanTeknologi Kreatif dan Artistik, Seni Layar
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Perdana
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2015-kini
Kampung asalSitiawan, Perak
PasanganSyazmin Firdaus Aminuddin

Nurshazwani Shamsuddin (lahir 2 September 1989) atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis atau Manggis "De Fam" merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan De Fam di mana beliau ialah ahli yang paling tertua dalam kumpulan itu, yang turut dianggotai oleh Sophia Liana dan Azira Shafinaz. Selain menyanyi, Cik Manggis juga merupakan seorang pelakon dan pernah mengacarakan sebuah program Astro bersama kumpulannya.

Kehidupan awal

Nurshazwani Shamsuddin yang dilahirkan pada 2 September 1989 di Kuala Lumpur merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

Cik Manggis merupakan anak kepada pemain dram kumpulan The Zurah II, Shamsuddin Idris (Sam)[2] dan telah mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain bola sepak pasukan Kuala Lumpur FA, Syazmin Firdaus Aminuddin pada 18 Oktober 2014.[1]

Kerjaya

Cik Manggis melalui kumpulan De Fam telah tercalon dalam dua kategori Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) menerusi Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.[3]

De Fam (2015–kini)

Bidang lakonan

Sebelum memulakan kerjaya bersama De Fam, Cik Manggis terlebih dahulu melakar nama sebagai seorang pelakon.[4]

Drama pertama lakonan Cik Manggis ialah drama terbitan Zeel Production bergandingan dengan Ika Nabella. Rata-rata drama yang dilakonkan oleh Cik Manggis merupakan terbitan Zeel Production sehinggakan ada peminat yang menganggap dia merupakan “anak emas” produksi berkenaan.[5]

Setelah beberapa kali melakonkan watak sampingan, Cik Manggis diberi kepercayaan oleh Yusry Abdul Halim untuk memegang watak utama dalam drama bersiri yang disiarkan di Astro Warna bertajuk Saka Sisters bergandingan dengan Sara Ali.

Tarian

Impian Cik Manggis untuk mempunyai kelas tarian sendiri tercapai apabila dia diberi kepercayaan oleh studio tarian 2Twenty2 untuk mengelola kelas koreografi yang dikhususkan untuk wanita pada setiap hari Sabtu.[6]

Diskografi

Berikut ialah single bersama De Fam.

  • #Supergirls (2015)
  • With You (2016)
  • Bila Ada Kamu (2017)
  • Panas (2019)

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 B.I.B Ezzaura HyppTV
Eksperimen Cinta[7] Tengku Amelisha TV3
2017 Jejak Karmila Aniza TV3
Kisah Dari Mekah Wani Astro Oasis Episod: "Pintu No.9
Kisah Dari Mekah Sara Episod: "Kotorkah Taubatku"
Kisah Dari Mekah (Jemputan Umrah oleh Izrail) Mila
Saka Sisters Suri Astro Warna
2018 Papa Nak Menantu Fatimah/Tim TV3
Vila Ghazara Mastura
Klik! Pengantin Musim Salju Nana Astro Ria
Alamatnya Cinta Emma
2022 Beriani Gam Kak Asparela Ukisya

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Dalam Perlukan Ramadan Saliza Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 Kelab Komedi Artis Jemputan TV9
Bonda Bonding Astro Prima bersama Azira Shafinaz
2017 Temasya Sukan Kelaut Astro Warna
Perang Jantina Astro Ria
Jalan Makan Tido
CCTV Untuk mempromosikan drama Saka Sisters
2018 Wanita Hari Ini TV3 Topik: Perlukah Untuk Tahu Tentang Kisah Silam Pasangan?
Resepi Memikat Isteri Astro Ria bersama pasangannya, Syazmin Firdaus
Pop Rumble Peserta ntv7
CCTV Astro Ria Dijemput sebanyak 2 kali pada tahun 2018

Kali pertama untuk mempromosikan drama Klik! Pengantin Musim Salju

kali kedua untuk mempromosikan drama Alamatnya Cinta

MeleTOP Promosi drama Alamatnya Cinta bersama Hisyam Hamid dan Alicia Amin
Bawang Live Bersama pelakon Alamatnya Cinta

Rujukan

  1. ^ a b Amirah Amaly Syafaat (20 September 2015). "De Fam impi Spice Girl Asia". Utusan Online. Foto oleh Syefry Moniz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-04. Dicapai pada 13 Januari 2018.
  2. ^ Dahulu Jalak, Kini Cik Manggis
  3. ^ De Fam bukti kemampuan
  4. ^ De Fam sibuk berlakon
  5. ^ Tuah Nama Manggis
  6. ^ De Fam Tiada Rasa Cemburu
  7. ^ De Fam kembang bakat lakon

Pautan luar