Nikki Palikat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 215: Baris 215:
| Laura
| Laura
| [[Astro Prima]]
| [[Astro Prima]]
| rowspan="2" | Pelakon pembantu
| rowspan="3" | Pelakon pembantu
|-
|-
| ''[[Selamat Malam Tan Sri]]''
| ''[[Selamat Malam Tan Sri]]''
| Puspa
| Puspa
| [[TV2]]
| rowspan="2" | [[TV2]]
|-
|2019
|''Seputih Cinta Rangbulan''
|Cindy
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 15:08, 6 April 2022

Nikki Palikat
Nama lahirNicolette Louisa Palikat
Kelahiran (1985-11-01) 1 November 1985 (umur 38)
Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat
Berasal dariTambunan, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, soul
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Artistes United Records
Laman sesawang
www.nikkimusic.com.my

Nicolette Louisa "Nikki" Palikat (lahir 1 November 1985) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.[1]

Kehidupan peribadi

Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.

Beliau ialah anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan lagu ' Anak Kampung. Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki.[2]

Kerjaya

Malaysian Idol

Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysian Idol Musim 1 dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Lagu-lagu yang disampaikan oleh Nikki ketika berada di dalam Malaysian Idol Musim 1:

  1. Audition - Emotions - (Mariah Carey)
  2. Workshop - One Moment in Time -(Whitney Houston)
  3. Wildcard - The Voice Within - (Christina Aguilera)
  4. Top 12 - Crazy in Love - (Beyoncé)
  5. Top 10 - I Want You Back - (The Jackson 5)
  6. Top 8 - Against All Odds - (Phil Collins)
  7. Top 7 - I'm with You - (Avril Lavigne)
  8. Top 6 - Emotion - (Destiny's Child)

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau iaitu Maharani. Album tersebut menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.[3]

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[4][5]

Gegar Vaganza 2021

Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Caramu Dirinya sendiri (Duet dengan Zahid Baharuddin) Ke-4
Minggu 2 Masih Aku Terasa Drama Nikki Palikat, Ning Baizura dan Yanie Ke-3
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Semalam Aina Abdul Tempat Pertama
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Zombie The Cranberries Ke-2
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Gelombang Salamiah Hassan Tempat Pertama
Minggu 6 Langkah Seiringan Gurindam Jiwa (Duet Bersama Syamel) Rafeah Buang dan R. Ismail Ke-6
Minggu 7 Kelentang Kelentong Rindu Hetty Koes Endang Tempat Pertama
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang Zheng Fu Nai Ying Ke-4
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Puncak Kasih Ziana Zain Ke-2
Ikut Rentakku Jaclyn Victor
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Terasing Dato' Sudirman NAIB JUARA
Mengapa (Duet Bersama Idayu) Nicky Astria
Gangnam Style (battle Suki Low) PSY

Diskografi

Album studio

Tahun Judul Butiran album
2005 Maharani
2008 Hawa

Single

Tahun Judul Album
2005 "Pinta" Maharani
"Imaginasi"
"Hey! Hey!"
2006 "Caramu" (feat Zahid)
"Drama" (featuring Ning Baizura & Yanie) Single
2008 "Relakan" Hawa
"Selamat Tinggal"
"Cantik"
2009 "Belasmu"
"Hawa"
2010 "Biar Waktu" OST Drama Apa Dosaku
2013 "Kata Mama" Single
2022 "Sudah" Single

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Dendam Aurora Laura Astro Prima Pelakon pembantu
Selamat Malam Tan Sri Puspa TV2
2019 Seputih Cinta Rangbulan Cindy

Anugerah

  1. Anugerah Era; Vokal Dua Berkumpulan (Caramu)
  2. Anugerah Planet Muzik; Artis Baru Terbaik

Rujukan

Pautan luar