Nikki Palikat: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 227: | Baris 227: | ||
|} |
|} |
||
==Anugerah== |
==Anugerah & pencapaian== |
||
# Anugerah Era; Vokal Dua Berkumpulan (Caramu) |
# Anugerah Era; Vokal Dua Berkumpulan (Caramu) |
||
# Anugerah Planet Muzik; Artis Baru Terbaik |
# Anugerah Planet Muzik; Artis Baru Terbaik |
Semakan pada 15:07, 7 April 2022
Nikki Palikat | |
---|---|
Nama lahir | Nicolette Louisa Palikat |
Kelahiran | Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat | 1 November 1985
Berasal dari | Tambunan, Sabah, Malaysia |
Genre | Pop, R&B, soul |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | Artistes United Records |
Laman sesawang | www.nikkimusic.com.my |
Nicolette Louisa "Nikki" Palikat (lahir 1 November 1985) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.[1]
Kehidupan peribadi
Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.
Beliau ialah anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan lagu ' Anak Kampung. Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki.[2]
Kerjaya
Malaysian Idol
- Lihat juga: Malaysian Idol (musim 1)
Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysian Idol Musim 1 dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.
Lagu-lagu yang disampaikan oleh Nikki ketika berada di dalam Malaysian Idol Musim 1:
- Audition - Emotions - (Mariah Carey)
- Workshop - One Moment in Time -(Whitney Houston)
- Wildcard - The Voice Within - (Christina Aguilera)
- Top 12 - Crazy in Love - (Beyoncé)
- Top 10 - I Want You Back - (The Jackson 5)
- Top 8 - Against All Odds - (Phil Collins)
- Top 7 - I'm with You - (Avril Lavigne)
- Top 6 - Emotion - (Destiny's Child)
Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau iaitu Maharani. Album tersebut menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.[3]
Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[4][5]
Gegar Vaganza 2021
- Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 8)
Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Laguku Sendiri | Caramu | Dirinya sendiri (Duet dengan Zahid Baharuddin) | Ke-4 |
Minggu 2 | Masih Aku Terasa | Drama | Nikki Palikat, Ning Baizura dan Yanie | Ke-3 |
Minggu 3 | Segalanya Ku Terima | Semalam | Aina Abdul | Tempat Pertama |
Minggu 4 | Berdiri Bulu Romaku | Zombie | The Cranberries | Ke-2 |
Minggu 5 | Dulu Lain Sekarang Lain | Gelombang | Salamiah Hassan | Tempat Pertama |
Minggu 6 | Langkah Seiringan | Gurindam Jiwa (Duet Bersama Syamel) | Rafeah Buang dan R. Ismail | Ke-6 |
Minggu 7 | Kelentang Kelentong | Rindu | Hetty Koes Endang | Tempat Pertama |
Minggu 8 (Suku Akhir) | Kupetik Bintang-Bintang | Zheng Fu | Nai Ying | Ke-4 |
Minggu 9 (Separuh Akhir) | Lagu Untukmu | Puncak Kasih | Ziana Zain | Ke-2 |
Ikut Rentakku | Jaclyn Victor | |||
Minggu 10 (Akhir) | Akhirnya Kini Pasti | Terasing | Dato' Sudirman | NAIB JUARA |
Mengapa (Duet Bersama Idayu) | Nicky Astria | |||
Gangnam Style (battle Suki Low) | PSY |
Diskografi
Album studio
Tahun | Judul | Butiran album |
---|---|---|
2005 | Maharani |
|
2008 | Hawa |
|
Single
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2005 | "Pinta" | Maharani |
"Imaginasi" | ||
"Hey! Hey!" | ||
2006 | "Caramu" (feat Zahid) | |
"Drama" (featuring Ning Baizura & Yanie) | Single | |
2008 | "Relakan" | Hawa |
"Selamat Tinggal" | ||
"Cantik" | ||
2009 | "Belasmu" | |
"Hawa" | ||
2010 | "Biar Waktu" | OST Drama Apa Dosaku |
2013 | "Kata Mama" | Single |
2022 | "Sudah" | Single |
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Dendam Aurora | Laura | Astro Prima | Pelakon pembantu |
Selamat Malam Tan Sri | Puspa | TV2 | ||
2019 | Seputih Cinta Rangbulan | Cindy |
Anugerah & pencapaian
- Anugerah Era; Vokal Dua Berkumpulan (Caramu)
- Anugerah Planet Muzik; Artis Baru Terbaik
Rujukan
- ^ https://web.archive.org/web/20090627220134/http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20090111121722/Article/index_html
- ^ Arer Omar (31 Oktober 2017). Nikki Palikat's creative spark still shining New Straits Times. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ http://www.nikkimusic.com.my/press_article4.html Diarkibkan 2007-01-04 di Wayback Machine MAHARANI CUKUP SELESA, retrieved on 2 November 2006
- ^ Melanie Chalil (29 April 2019). Sabahan singer Nikki Palikat on her love for musicals and playing a nun in her latest role The Malay Mail. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
- ^ Tan Gim Ean (26 April 2019). Nikki Palikat on her most demanding role to date in 'Euphrasia — The Musical' Options The Edge. Dicapai pada 26 April 2019.