Sepi Tanpa Cinta: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{tiada rujukan}}

'''''Sepi Tanpa Cinta''''' merupakan drama terbitan Opera Klasik Sdn Bhd 2022 yang disiarkan menerusi platform penstriman [[Sooka]] pada setiap Jumaat bermula 8 April 2022 yang diarahkan oleh [[Rashid Sibir]], dibintangi oleh [[Nazim Othman]] dan [[Yuna Rahim]].
'''''Sepi Tanpa Cinta''''' merupakan drama terbitan Opera Klasik Sdn Bhd 2022 yang disiarkan menerusi platform penstriman [[Sooka]] pada setiap Jumaat bermula 8 April 2022 yang diarahkan oleh [[Rashid Sibir]], dibintangi oleh [[Nazim Othman]] dan [[Yuna Rahim]].



Semakan pada 08:55, 10 April 2022

Sepi Tanpa Cinta merupakan drama terbitan Opera Klasik Sdn Bhd 2022 yang disiarkan menerusi platform penstriman Sooka pada setiap Jumaat bermula 8 April 2022 yang diarahkan oleh Rashid Sibir, dibintangi oleh Nazim Othman dan Yuna Rahim.

Sepi Tanpa Cinta
Fail:Sepi Tanpa Cinta.jpg
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Biarkan Sepi Berlalu karya Damya Hanna
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSepi - Aina Abdul
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Opera Klasik Sdn Bhd
Penyiaran
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal8 April 2022

Sinopsis

Haziqah memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!

Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

Pelakon

Nazim Othman sebagai Fakrul

Yuna Rahim sebagai Haziqah

• Jihaa Sham sebagai Sue

• Zulhelmy sebagai Yusri

• Asyiqin Zaed sebagai Radiah

Sheila Mambo sebagai Haryati

Fauziah Nawi sebagai Aminah

• Fikri Bazli sebagai Amirul

• Rosnah Mat Aris sebagai Senah

• Maisarah Sufia sebagai Zura

Adam Shadan sebagai Idzham

• Heryanto Hassan sebagai Leman

• Amy sebagai Faremy

Maria Farida sebagai Sakinah

• Fateh sebagai Hafiz

Kismah Johar sebagai Mak Doha

Zaidi Omara sebagai Fuad

Norlia Ghani sebagai Mak Bedah