Nikki Palikat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 290: Baris 290:
! rowspan="3"|2006
! rowspan="3"|2006
| ''[[Anugerah Planet Muzik 2006]]''
| ''[[Anugerah Planet Muzik 2006]]''
| ''Artis Wanita Baru Terbaik''
| ''Artis Baru Wanita Terbaik''
| Album ''[[Maharani (album Nikki)|Maharani]]''
| Album ''[[Maharani (album Nikki)|Maharani]]''
| {{won}}
| {{won}}

Semakan pada 05:50, 18 April 2022

Nikki Palikat
Nama lahirNicolette Louisa Palikat
Kelahiran (1985-11-01) 1 November 1985 (umur 38)
Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat
Berasal dariTambunan, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, soul
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Artistes United Records
Pengkarya berkait
Zahid, Ning Baizura, Yanie, Audi Mok, Siti Sarah
Laman sesawang
www.nikkimusic.com.my

Nicolette Louisa "Nikki" Palikat (lahir 1 November 1985) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.[1] Beliau juga merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.

Kehidupan peribadi

Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.

Beliau ialah anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan lagu ' Anak Kampung. Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki.[2]

Kerjaya

Malaysian Idol

Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysian Idol Musim 1 dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Lagu-lagu yang disampaikan oleh Nikki ketika berada di dalam Malaysian Idol Musim 1:

Konsert Lagu Penyanyi asal
Audition "Emotions" Mariah Carey
Workshop "One Moment in Time" Whitney Houston
Wildcard "The Voice Within" Christina Aguilera
Top 12 "Crazy in Love" Beyoncé Knowles
Top 10 "I Want You Back" The Jackson 5
Top 8 "Against All Odds" Phil Collins
Top 7 "I'm with You" Avril Lavigne
Top 6 "Emotion" Destiny's Child

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau berjudul Maharani. Album tersebut juga telah menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.[3]

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[4][5]

Gegar Vaganza 2021

Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Caramu Dirinya sendiri (Duet dengan Zahid Baharuddin) Ke-4
Minggu 2 Masih Aku Terasa Drama Nikki Palikat, Ning Baizura dan Yanie Ke-3
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Semalam Aina Abdul Tempat Pertama
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Zombie The Cranberries Ke-2
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Gelombang Salamiah Hassan Tempat Pertama
Minggu 6 Langkah Seiringan Gurindam Jiwa (Duet Bersama Syamel) Rafeah Buang dan R. Ismail Ke-6
Minggu 7 Kelentang Kelentong Rindu Hetty Koes Endang Tempat Pertama
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang Zheng Fu Nai Ying Ke-4
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Puncak Kasih Ziana Zain Ke-2
Ikut Rentakku Jaclyn Victor
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Terasing Dato' Sudirman NAIB JUARA
Mengapa (Duet Bersama Idayu) Nicky Astria
Gangnam Style (battle Suki Low) PSY

Diskografi

Album studio

Judul Butiran album
Maharani
Hawa

Single

Tahun Judul Album
2005 "Pinta" Maharani
"Imaginasi"
"Hey! Hey!"
2006 "Caramu" (feat Zahid)
"Drama" (featuring Ning Baizura & Yanie) Single
2008 "Relakan" Hawa
"Selamat Tinggal"
"Cantik"
2009 "Belasmu"
"Hawa"
2010 "Biar Waktu" OST Drama Apa Dosaku
2013 "Kata Mama" Single
2022 "Sudah" Single

Filemografi

Televisyen

Tahun Acara Peranan Saluran TV Catatan
2004 Malaysian Idol Musim 1 Peserta 8tv Tersingkir konsert Top 6.
2021-2022 Gegar Vaganza Musim 8 Peserta Astro Ria Naib Juara GV8

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Dendam Aurora Laura Astro Prima Pelakon pembantu
Selamat Malam Tan Sri Puspa TV2
2019 Seputih Cinta Rangbulan Cindy

Anugerah & pencapaian

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2006 Anugerah Planet Muzik 2006 Artis Baru Wanita Terbaik Album Maharani Menang
Anugerah Era 2006 Artis Harapan Tercalon
Lagu Pop Terbaik "Caramu" Tercalon
2007 Anugerah Era 2007 Vokal Dua Berkumpulan Menang
Anugerah Industri Muzik ke-14 Video Muzik Terbaik Menang
2009 Anugerah Industri Muzik ke-16 Kulit Album Terbaik Album Hawa Tercalon
Anugerah Planet Muzik 2009 Artis Wanita Terbaik Tercalon
2021-2022 Gegar Vaganza Musim 8 Naib Juara

Rujukan

Pautan luar