Sel (biologi): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6: Baris 6:
==Etimologi==
==Etimologi==
Perkataan "cell" (sel) datang dari [[bahasa Latin]] "cellula" bermaksud sebuah bilik kecil.<ref name="npr12">{{Multiref|{{Cite web |date=September 17, 2010 |title=The Origins Of The Word 'Cell' |url=https://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=129934828&t=1628175572746 |url-status=live |archive-url=https://web.archive.org/web/20210805150111/https://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=129934828&t=1628175572746 |archive-date=5 Ogos 2021 |access-date=5 Ogos 2021-08-05 |website=[[National Public Radio]] }}|{{cite encyclopedia|title= cellŭla|encyclopedia= [[A Latin Dictionary]]|year= 1879|publisher= Charlton T. Lewis and Charles Short|url= http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perseus:text:1999.04.0059:entry=cellula|access-date= 5 Ogos 2021|isbn= 978-1-99-985578-9|archive-date= 7 August 2021|archive-url= https://web.archive.org/web/20210807122358/http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perseus%3Atext%3A1999.04.0059%3Aentry%3Dcellula|url-status= live}}}}</ref> Nama deskriptif untuk hidup paling kecil struktur biologi telah dipilih oleh [[Robert Hooke]] dalam sebuah buku ditulisnya pada tahun 1665, ia datang daripada pemerhatian sehiris kepingan [[gabus]] nipis di bawah suatu mikroskop ringkas, Hooke melihat dalamnya menyerupai bilik-bilik kecil dalam [[biara]] didiami [[rahib|rahib-rahib]] yang hidup mengasingkan diri.<ref name="Karp20092">{{cite book |last=Karp |first=Gerald |title=Cell and Molecular Biology: Concepts and Experiments |date=19 October 2009 |publisher=John Wiley & Sons |isbn=9780470483374 |page=2 |quote=Hooke called the pores cells because they reminded him of the cells inhabited by monks living in a monastery. |name-list-style=vanc}}</ref><ref>{{cite book |last=Tero |first=Alan Chong |title=Achiever's Biology |date=1990 |publisher=Allied Publishers |isbn=9788184243697 |page=36 |quote=In 1665, an Englishman, Robert Hooke observed a thin slice of" cork under a simple microscope. (A simple microscope is a microscope with only one biconvex lens, rather like a magnifying glass). He saw many small box like structures. These reminded him of small rooms called "cells" in which Christian monks lived and meditated. |name-list-style=vanc}}</ref>

[[Fail:Epithelial-cells.jpg|right|thumb|300px|Sel-sel dalam kultur, di [[Pewarnaan (biologi)|warnai]] untuk [[keratin]] (merah) dan [[DNA]] (hijau).]]

==Sel sebagai hidupan==
==Sel sebagai hidupan==
[[Fail:Epithelial-cells.jpg|right|thumb|300px|Sel-sel dalam kultur yang [[Pewarnaan (biologi)|diwarnakan]] membezakan [[keratin]] (merah) dari [[DNA]] (hijau).]]
'''Sel''' merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada :-
'''Sel''' merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada :-
* [[membran sel]]
* [[membran sel]]

Semakan pada 10:45, 21 Jun 2022

Sel Allium dalam beberapa fasa kitaran sel.

Sel (Jawi: سيل) ialah unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Sel merupakan unit terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup, dan sering dipanggil blok binaan hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah berbilang sel (multisel) (manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 µm; sel massa biasa adalah 1 nanogram.) Sel terbesar yang pernah dijumpai adalah sel telur burung unta yang tidak disenyawakan.

Pada 1835 sebelum teori sel akhir telah dibangunkan, Jan Evangelista Purkyně memerhatikan "butiran" kecil ketika melihat di tisu tumbuhan terus di bawah mikroskop. Teori sel, mula-mula dibangunkan pada 1839 oleh Matthias Jakob Schleiden dan Theodor Schwann, menyatakan semua organisma itu adalah digubah dari satu atau lebih sel, yang semua sel datang atau wujud dari sel-sel wujud sebelumnya,fungsi-fungsi utama satu organisma berlaku dalam sel, dan semua sel itu mengandungi maklumat mustahak turun-temurun untuk mengatur fungsi-fungsi sel dan untuk menghantar maklumat ke generasi berikutnya.

Etimologi

Perkataan "cell" (sel) datang dari bahasa Latin "cellula" bermaksud sebuah bilik kecil.[1] Nama deskriptif untuk hidup paling kecil struktur biologi telah dipilih oleh Robert Hooke dalam sebuah buku ditulisnya pada tahun 1665, ia datang daripada pemerhatian sehiris kepingan gabus nipis di bawah suatu mikroskop ringkas, Hooke melihat dalamnya menyerupai bilik-bilik kecil dalam biara didiami rahib-rahib yang hidup mengasingkan diri.[2][3]

Sel sebagai hidupan

Sel-sel dalam kultur yang diwarnakan membezakan keratin (merah) dari DNA (hijau).

Sel merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada :-

Sel tumbuhan dan sel haiwan mempunyai beberapa perbezaan seperti berikut:

  • Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding sel haiwan.
  • Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus.
  • Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah.
  • Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.

Sejarah biologi sel

Oleh kerana saiz sel amat kecil, kehadirannya hanya diketahui dan dapat dikesan setelah manusia dapat mencipta mikroskop cahaya. Disebabkan itu pengetahuan mengenai sel amat berkait rapat dengan kemajuan penciptaan mikroskop cahaya. Pengembangan pengetahuan berkenaan sel adalah hasil kajian sel (sitologi) menggunakan mikroskop cahaya. Urutan sejarah penemuan sel dan kajian mengenainya dimulakan seperti berikut:

  • Robert Hooke (ahli sains Inggeris) telah mereka cipta mikroskop cahaya pada tahun 1664. Pada tahun berikutnya beliau menjadi orang pertama yang menemui sel setelah membuat pemerhatian ke atas tisu gabus.
  • Anton van Leeuwenhook (ahli sains Belanda) pada tahun 1676 menjadi orang pertama menemukan mikroorganisma dengan membuat pemerhatian ke atas setitis sampel air kolam di bawah mikroskop cahaya. hasil dari pemerhatiannya, diketahui bahawa mikroorganisma unisel adalah satu organisma.
  • Matthias J. Schleidon dan Theodore Schwann (ahli sains Jerman, 1839) mencadangkan teori sel. Teori sel mengatakan bahawa sel terdapat secara universal dan merupakan unit asas organisma.
  • Purkinje (1840) telah menemukan protoplasma dalam sel tumbuhan. Istilah sitoplasma menyusul kemudian untuk diterima pakai.
  • Rudolf Virchow (ahli sains Jerman, 1855) mengemukakan teori biogenesis yang menyimpulkan bahawa "hidupan berasal daripada hidupan juga" dan ini dinyatakan dengna "sel baru berasal daripada sel-sel yang wujud sebelumnya".
  • Water Flemming (1879) memperkenalkan teknik mewarnakan nukleus dengan menggunakan lilin. Penemuan teknik ini membuktikan kehadiran nukleus dan siri pembahagian nukelus dapat dikaji dan diketahui kemudiannya.
  • Sehingga tahun 1900, bidang sitologi berkembang dengan banyak penemuan organel-organel antaranya termasuklah kloroplas, mitokondrion dan jasad Golgi. Had kuasa beza jelas mikroskop cahaya yang telah mencapai maksimum mengehadkan kajian lanjut ke atas bahagian dan ultrastruktur sel.
  • Mikroskop elektron (1930) dicipta dan dengan itu bermulalah era baru bidang sitologi, disebabkan peningkatan had kuasa beza jelas mikroskop elektron.
  • Selepas tahun 1946, penggunaan mikroskop elektron dan teknik kajian dan penyediaan bahan spesimen semakin berkembang dan meluas penggunaannya, sehinggalah ke hari ini.

Sel umum

Sel eukariot (kiri) dan prokariot (kanan).

Sama ada sel prokariot atau sel eukariot, kesemua sel menunjukkan ciri asas seperti berikut:

  1. Semua sel diselaputi membran sel atau membran plasma.
  2. Semua sel memiliki bahan genetik atau genom sama ada ditempatkan di dalam nukleus atau di dalam sitoplasma. Struktur ini menyimpan maklumat genetik dan mengawal kesemua aktiviti sel.
  3. Semua sel mengandungi sitoplasma. Di dalam sitoplasma berlaku tindak balas biokimia yang menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan seperti enzim, protein dan lain-lain.

Rujukan

  1. ^ Templat:Multiref
  2. ^ Karp G (19 October 2009). Cell and Molecular Biology: Concepts and Experiments. John Wiley & Sons. m/s. 2. ISBN 9780470483374. Hooke called the pores cells because they reminded him of the cells inhabited by monks living in a monastery.
  3. ^ Tero AC (1990). Achiever's Biology. Allied Publishers. m/s. 36. ISBN 9788184243697. In 1665, an Englishman, Robert Hooke observed a thin slice of" cork under a simple microscope. (A simple microscope is a microscope with only one biconvex lens, rather like a magnifying glass). He saw many small box like structures. These reminded him of small rooms called "cells" in which Christian monks lived and meditated.
Sumber utama
  • (Inggeris) Reece, J.B., L.A. Urry, M.L. Cain, S.A. Wasserman , P.V. Minorsky, and R.B. Jackson. (2010). Campbell Biology. 9th edition. San Francisco: Pearson Education Inc. ISBN 978-0321558237
  • (Inggeris) Solomon, E., B. Linda, and D.W. Martin. (2007). Biology. 8th edition. Belmont: Thomson Broooks/Cole Publication. ISBN 978-0495107057