Lockdown 2: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aiman Zaharuddin (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Aiman Zaharuddin (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 56: Baris 56:
== Pelakon ==
== Pelakon ==
===Pelakon Utama ===
===Pelakon Utama ===
* [[Janna Nick]] sebagai Lola
* [[Rozita Che Wan]] sebagai Kak Sal
* [[Shera Aiyob]] sebagai Fitrah
* [[Zahiril Adzim]] sebagai Ramadhan
* [[Amerul Affendi]] sebagai Kamarul
* [[Mimi Ernida]] sebagai Mariam
* [[Wan Maimunah]] sebagai Tok Ma
* [[Dini Schatzmann]] sebagai Kimie
* Zulaika Zary sebagai Akila
* [[Sabhi Saddi]] sebagai Hadi
* [[Rosdeen Suboh]] sebagai Radhi
* [[Ellie Suriati]] sebagai Lisa

Semakan pada 13:38, 2 Julai 2022

Lockdown 2
Genre
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
PenerbitEirma Fatima
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
U2 Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal6 Jun 2022 – Kini

Lockdown 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Wan Maimunah, Janna Nick, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Berdasarkan dari kisah benar pandemik COVID-19 di Malaysia, drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 6 Jun 2022 menggantikan Scammer 2.

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak COVID-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza.

Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua.

Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika COVID-19. Peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif COVID-19. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.

Pelakon

Pelakon Utama