Manjung: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 184: Baris 184:
Pelawat atau pelancong yang berjiwa mencabar boleh mencubanya di samping aktiviti meredah hutan. Beberapa kawasan untuk beristirahat juga telah dibangunkan.
Pelawat atau pelancong yang berjiwa mencabar boleh mencubanya di samping aktiviti meredah hutan. Beberapa kawasan untuk beristirahat juga telah dibangunkan.


==Pautan luar==
== Senarai masjid ==
*[http://www.manjung.com.my Komuniti Perniagaan Manjung]
* Masjid An-nur Pengkalan [[TLDM]] 32100 [[Lumut]]
*[http://www.manjung.net KomitI eSpace Manjung]
* Masjid Khairul Jariah Segari 32200 Lumut
*[http://mpm.gov.my Laman rasmi Majlis Perbandaran Manjung]
* Masjid Al-Adly Pekan Lumut 32200 Lumut
* Masjid Sultan Idris Shah 11 [[Kampung Teluk Muroh]] 32200 Lumut
* Masjid Arfiah Kampung Batu 3 [[Segari]] 32200 Lumut
* Masjid Al Nuriah [[Kampung Changkat Cermin]] 32400 [[Ayer Tawar]]
* Masjid Al-Falah Batu 16 32400 Ayer Tawar
* Masjid Al-Ghufraniah [[Kampung Telok]] (l) 32400 Ayer Tawar
* Masjid Al-rabbaniah [[Kampung Banjar]] 32400 Ayer Tawar
* Masjid Aqsa [[Kampung Sungai Ramai]] 32400 Ayer Tawar
* Masjid Darul naim [[Kampung Bakar Bata]] 32400 Ayer Tawar
* Masjid Lahamul Jaliah Kampung Bahru (l) 32400 Ayer Tawar
* Masjid Poro'yiah [[Kampung Telaga Nenas]] 32400 Ayer Tawar
* Masjid Rahmaniah [[Kampung Sungai Wangi]] 32400 Ayer Tawar
* Masjid As-saadah pekan Beruas 32700 [[Beruas]]
* Masjid At-taufiqiah [[Kampung Pintu Gerbang]] 32700 Beruas
* Masjid Ehsaniah [[Padang Serai]], [[Batu Hampar]] 32700 Beruas
* Masjid Jamek [[Kampung Kedah]] 32700 Beruas
* Masjid Khairul huda [[Kampung Dendang]] 32700 Beruas
* Masjid Muhammadiah [[Kampung Kota]] 32700 Beruas
* Masjid Al-Khairiah [[Kampung 40 Rantai]] 32500 [[Changkat Keruing]]
* Masjid Sultan idris shah 1 [[Kampung Changkat Keruing]] 32500 Changkat Keruing
* Masjid Az-zakiah [[Kampung Tanjung Kepah]] [[Lekir]] 32020 [[Sitiawan]]
* Masjid Ikramiah [[Kampung Kayan]], [[Lekir]] 32030 Sitiawan
* Masjid Al Khairiah Batu 10 [[Lekir]] 32020 Sitiawan
* Masjid Khairiah batu 14 [[Lekir]] 32020 Sitiawan
* Masjid Al-Nabawiah [[Felcra Gugusan Lekir]] 32000 Sitiawan
* Masjid Al-rahmaniah batu 8 [[Lekir]] 32020 Sitiawan
* Masjid Al-Ismailiah [[Kampung Sungai Tiram]] 32020 Sitiawan
* Masjid Al-Khairiah [[Kampung Sitiawan]] 32000 Sitiawan
* Masjid An-nasriyah [[Simpang Empat]] 32000 Sitiawan
* Masjid Al-wataniah [[Pasir Panjang Laut]] 32040 [[Seri Manjung]]
* Masjid Nurul Hidayah Masjid Daerah Manjung 32040 Seri Manjung
* Masjid Sultan Alang Iskandar Shah [[Kampung Dato Seri Kamaruddin]] 32040 Seri Manjung
* Masjid Al-Aliah Pekan [[Pantai Remis]] 34900 [[Pantai Remis]]
* Masjid Al-Khairiah [[Kampung Sungai Batu]] 34900 Pantai Remis
* Masjid Hasaniah [[Kampung Panchor]] 34900 Pantai Remis
* Masjid Nawawiah Pengkalan Baru 34900 Pantai Remis
* Masjid Al-khairiah [[Sungai Pinang Kecil]] 32300 Pulau [[Pangkor]]
* Masjid [[Telok Raja Bayang]] pekan Pangkor 32300 Pulau Pangkor


{{Perak}}
{{Perak}}


[[Kategori:Geografi Malaysia]]
[[Kategori:Perak]]
[[Kategori:Perak]]



Semakan pada 14:51, 28 Mei 2008

Majlis Perbandaran Manjung
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahManjung
Pentadbiran
 • Datuk BandarYaakop bin Fakir Mohd PCM., AMP., PJK.
Keluasan
 • Jumlah1,168 km2 (451 batu persegi)
Penduduk
 (2002)
 • Jumlah199,809
 • Kepadatan171/km2 (440/batu persegi)
BungaBunga Loceng
Laman sesawangmpm.gov.my

Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung yang mempunyai penduduk seramai 191 ribu orang.


Sejarah

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.

Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

Pentadbiran Daerah Manjung

Pusat Pentadbiran Daerah Manjung kini terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang merupakan sebuah kawasan perbandaran baru yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980'an.

Daerah Manjung mempunyai beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Beruas yang merupakan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Daerah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dnegan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan. kan!

Topografi

Majlis Daerah Manjung telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001 selaras dengan pembangunan hartanah yang semakin meningkat di sekitar daerah berkenaan. Jarak Lumut dengan Pusat Pentadbiran Negeri Perak di Ipoh adalah 90 km melalui Lebuhraya Ipoh - Lumut dan juga boleh dihubungkan melalui Jalanraya Pesisir Pantai yang menghubungkan Pekan Changkat Jering di utara Perak dengan Pekan Gelang Patah di Johor.

Padang golf

  • Kelab Golf Samudera (9 lubang)
  • Damai Laut Golf & Country Club, Lumut (18 lubang)
  • Kelab Golf Teluk Rubiah (18 lubang).

Sukan air

Sukan air atau water sport merupakan rekreasi yang utama di kawasan laut. Terdapat dua kelab kapal layar yang beroperasi di Lumut :

  • Perak Yacht Club
  • Samudera Yacht Club.

Pantai, laut, pulau, hasil laut, tempat bersejarah, hutan bakau, hutan bukit dan kemudahan-kemudahan rekreasi adalah merupakan produk-produk pelancongan yang menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong tempatan mahupun luar negeri untuk datang ke Daerah Manjung yang indah ini. Di antara tempat-tempat menarik di daerah Manjung adalah seperti berikut:-

Kawasan pelancongan

  • Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, rekreasi)
  • Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah)
  • Taman Esplaned, Lumut (rekreasi)
  • Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)
  • Teluk Senangin (pantai)
  • Pasir Bogak (pantai)
  • Teluk Nipah (pantai)
  • Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)
  • Pangkor village (pantai)
  • Kota Belanda Pangkor (sejarah)
  • Batu Bersurat (sejarah)
  • Pangkor Laut (resort)
  • Pulau Sembilan (pulau, memancing, menyelam)
  • Teluk Segadas Pangkor
  • Jambatan Gantung (rekreasi)
  • Damai Laut Resort
  • Restoran Terapong Teluk Gedong (makanan laut)
  • Kampung Bharu (sukan air)
  • Kampung Teluk (pertanian)
  • Lata Ulu Licin Beruas (air terjun)
  • Muzium Beruas (bahan sejarah)

Bukit

Terdapat dua buah bukit yang menjadi tempat rekreasi popular di daerah Manjong iaitu :

  • Bukit Engku Busu di Lumut
  • Bukit Pangkor di Pulau Pangkor.

Pelawat atau pelancong yang berjiwa mencabar boleh mencubanya di samping aktiviti meredah hutan. Beberapa kawasan untuk beristirahat juga telah dibangunkan.

Pautan luar