Negeri autonomi Chukotka: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
k interwiki: + cs:Čukotský autonomní okruh |
||
Baris 147: | Baris 147: | ||
[[bg:Чукотски автономен окръг]] |
[[bg:Чукотски автономен окръг]] |
||
[[ca:Txukotka]] |
[[ca:Txukotka]] |
||
[[cs:Čukotský autonomní okruh]] |
|||
[[de:Autonomer Kreis der Tschuktschen]] |
[[de:Autonomer Kreis der Tschuktschen]] |
||
[[et:Tšuktši autonoomne ringkond]] |
[[et:Tšuktši autonoomne ringkond]] |
Semakan pada 03:36, 2 Jun 2008
Negeri autonomi Chukotka уко́тский автоно́мный о́круг (Rusia) | |
---|---|
Lokasi Negeri autonomi Chukotka di Russia | |
Jata | Bendera |
Jata Negeri autonomi Chukotka |
Bendera Negeri autonomi Chukotka |
Lagu: Lagu kebangsaan Negeri autonomi Chukotka | |
Pusat pentadbiran | Anadyr |
Tahun diwujudkan | 1930 |
Status politik Daerah persekutuan Rantau ekonomi |
Negeri autonomi Timur Jauh Timur Jauh |
Kod | tidak diketahui |
Kawasan | |
Kawasan - Tangga |
737,700 km² ke-7 |
Populasi (mengikut Bancian 2002) | |
Populasi - Tangga - Kepadatan - Bandar - Luar bandar |
53,824 penduduk tidak diketahui 0.1 penduduk / km² 67% 33% |
Bahasa kebangsaan | Rusia |
Kerajaan | |
Gabenor | Roman Arkadyevich Abramovich |
Menteri | tidak diketahui |
Badan perundangan | tidak diketahui |
Asas undang-undang | tidak diketahui |
Laman web rasmi | |
http://www.chukotka.org/ |
Negeri Autonomi Chukotka (Inggeris: Chukotka Autonomous Okrug; Rusia: Чуко́тский автоно́мный о́круг , Chukotsky avtonomny okrug; Chukchi:Чукоткакэн автономныкэн округ) atau Chukotka (Чуко́тка ), merupakan subjek persekutuan Rusia. Ia merupakan negeri yang terletak di timur laut dan merupakan negeri yang paling jauh di timur, sejak penjualan Alaska kepada Amerika Syarikat, yang merupakan satu-satunya wilayah Rusia yang terpisah dari tanah besarnya dan juga berkedudukan di hemisfera barat. Alaska dipisahkan oleh Laut Bering dan Laut Siberia Timur.
Keluasan Chukotka ialah 737,700 km² dan mempunyai populasi setinggi 53,824 (mengikut bancian Rusia pada tahun 2002), dan meningkat pada 2004 iaitu melebihi 55,000. Bandar dan pusat pentadbiran Chukotka terletak di Anadyr.
Sebelum pengisytiharan kepada negeri autonomi Chukotka, yaitu sebelum tahun 1991, Chukotka dan Wilayah Magdan diletak dibawah unit pentadbiran autonomi yang sama yang menjadikan satu negeri autonomi (autonomous okrug). Chukotka mendapat status pentadbiran autonominya sendiri selepas disahkan oleh Mahkamah Konstitusi Rusia dalam tahun 1993.
Chukotka boleh berbangga dengan hasil buminya, kerana ia merupakan kawasan simpanan yang besar untuk petroleum, gas asli, arang batu, emas, dan tungsten, dimana ia dieksploitasikan secara perlahan-lahan. Kebanyakkan dikawasan yang luar bandar, aktiviti pengembalaan sejenis rusa yang besar (reindeer) dijalankan, selain itu, terdapat juga aktiviti pemburuan dan penangkapan ikan. Manakala, dikawasan yang lebih maju atau kawasan bandar, kebanyakkannya melakukan aktiviti pelombongan, pentadbiran dan pengurusan, pembinaan dan pembangunan, kerja-kerja ketamadunan dan kebudayaan, pendidikan, perubatan dan lain-lain pekerjaan yang tidak melibatkan aktiviti yang dijalankan secara tradisional.
Gabenor untuk Chukotka, ialah Roman Abramovich, yang merupakan seorang elit penting yang telah dipilih oleh kerajaan Rusia dalam mentadbir negeri autonomi ini. Gabenor Chukotka ini merupakan seorang usahawan syarikat petroleum dan juga seorang pemilik kelab bola sepak liga perdana Inggeris, iaitu kelab bola sepak Chelsea F.C..
Geografi
Zon waktu
Negeri autonomi Chukotka terletak dibawah Zon Waktu Kamchatka. UTC ialah +1200 (PETT)/+1300 (PETST).
Divisyen pentadbiran
Demografik
Populasi (2002): 53,824
Kaum dan puak Etnik: Penduduk asal atau asli yang dihimpun adalah kurang satu per tiga dari jumlah populasi yang ada. Mengikut bancian 2002 Rusia, 'komposisi kebangsaan' ialah • Rusia 51.86% • Chukchi 23.45% • Ukrain 9.22% • Eskimo 2.85% • Even 2.61% • Chuvan 1.778% • Tatar 0.99% • Belarus 0.96% • Yukaghir 0.34% • Chuvash 0.30% • Moldova 0.24% • Buriat 0.22% • Jerman 0.22% • Bashkir 0.22% • Azeri 0.20% • dan kelompok bangsa-bangsa yang lain merupkan kurang dari satu ratus orang setiap kelompok dan merupakan kelompok yang paling sedikit. Dalam borang soal-jawab bancian, terdapat 2.23% penduduk, tidak mahu menyatakan latarbelakang etnik mereka.[1] Berikut adalah jadual bancian yang dijalankan:
bancian 1939 | bancian 1959 | bancian 1970 | bancian 1979 | bancian 1989 | bancian 2002 | |
---|---|---|---|---|---|---|
Chuckchi | 12,111 (56.2%) | 9,975 (21.4%) | 11,001 (10.9%) | 11,292 (8.1%) | 11,914 (7.3%) | 12,622 (23.5%) |
Chuvan | 944 (0.6%) | 951 (1.8%) | ||||
Eskimo | 800 (3.7%) | 1,064 (2.3%) | 1,149 (1.1%) | 1,278 (0.9%) | 1,452 (0.9%) | 1,534 (2.9%) |
Even | 817 (3.8%) | 820 (1.8%) | 1,061 (1.0%) | 969 (0.7%) | 1,336 (0.8%) | 1,407 (2.6%) |
Rusia | 5,183 (24.1%) | 28,318 (60.7%) | 70,531 (69.7%) | 96,424 (68.9%) | 108,297 (66.1%) | 27,918 (51.9%) |
Ukrain | 571 (2.7%) | 3,543 (7.6%) | 10,393 (10.3%) | 20,122 (14.4%) | 27,600 (16.8%) | 4,960 (9.2%) |
Lain-lain | 2,055 (9.5%) | 2,969 (6.4%) | 7,049 (7.0%) | 9,859 (7.0%) | 12,391 (7.6%) | 4,432 (8.2%) |
Statistik penting (2005)
- Kelahiran: 795 (kadar kelahiran 15.7)
- Kematian: 597 (kadar kematian 11.8)
Pautan luar
- (Inggeris) Laman web rasmi negeri autonomi Chukotka.
- (Inggeris) Laman web Chukotka dengan imej.
Nota dan Rujukan
Laman Web
- Russian Profile - Reources:Regions (Inggeris)
- ^ (2002). "National Composition of Population for Regions of the Russian Federation" (XLS). 2002 Russian All-Population Census. Dicapai pada 2006-07-20.