Surah Al-Insyiqaaq: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot Menambah: ur:الانشقاق
Baris 131: Baris 131:
[[nl:Soera De Uiteenscheuring]]
[[nl:Soera De Uiteenscheuring]]
[[tr:İnşikak Suresi]]
[[tr:İnşikak Suresi]]
[[ur:الانشقاق]]

Semakan pada 05:42, 4 Jun 2008

Surah al-Insyiqaaq adalah surah yang ke-84 di dalam al-Quran. Surah ini ada menggambarkan kerosakan alam semesta iaitu segala benda yang ada di langit seperti gugusan-gugusan bintang juga akan mengalami kehancuran sesuai kehendak Allah.

Terjemahan

  1. Apabila langit terbelah,
  2. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
  3. Dan apabila bumi diratakan,
  4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,
  5. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
  6. Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).
  7. Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya;
  8. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
  9. Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
  10. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
  11. Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
  12. Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.
  13. Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
  14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!
  15. (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
  16. Maka Aku bersumpah, demi mega;
  17. Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
  18. Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
  19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
  20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
  21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
  22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
  23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
  24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
  25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.


Tafsiran

Kehancuran

Ayat pertama menggambarkan kerosakan alam semesta iaitu diceritakan apabila langit terbelah, iaitu segala benda yang ada di langit seperti gugusan-gugusan bintang juga akan mengalami kehancuran sesuai kehendak Allah. Kini, semua jasad langit berjalan pada aturan yang tetap dan serentak sehingga terbentuknya keharmonian alam. Namun dengan kuasa Allah, kelak, gugusan-gugusan bintang itu akan mengalami ketidak seimbangan atau kekacauan sistem sehingga terjadilah runtuhan alam semesta, seperti firman-Nya.

Terbelahnya langit merupakan bentuk kepatuhan alam semesta pada kuasa dan kehendak Allah. Tiada fenomena di muka bumi dan alam semesta ini yang terjadi disebabkan kebetulan. Seluruhnya adalah disebabkan izin, kehendak dan kekuasaan Allah. Selepas Allah membicarakan kehancuran yang akan terjadi di langit, kita dibawa untuk bertafakur tentang bumi tempat kita menginjakkan kaki.

Ayat yang seterusnya menggambarkan perkara yang akan terjadi pada hari kiamat iaitu bumi menjadi rata, seluruh isi bumi akan digulung, gunung-gunung yang menjadi pasak bumi akan tercabut sehingga hilanglah keseimbangan bumi. Bumi akan memuntahkan segala isinya iaitu lahar yang mendidih, api, gas panas, dan segala apa yang ada dalam perut bumi akan dikeluarkan hingga kosong.

Penghuni bumi akan sangat ketakutan. Ibu yang menyusu akan meninggalkan anak yang sedang disusunya, wanita hamil akan mengalami keguguran, dan orang-orang akan hilang akal warasnya. Ini juga menggambarkan kepatuhan ciptaan Allah iaitu bumi seperti taatnya langit.

Peringatan dan muhasabah

Setiap saat yang kita isi dengan pelbagai kegiatan dan pekerjaan, pada akhirnya akan menghantar kita kepada kematian. Seperti firman Allah:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

(3: 185).

Pihak yang berbahagia

Apa yang akan kita dapatkan pada hari perhitungan sangat bergantung pada apa yang kita lakukan ketika di dunia. Itulah yang digambarkan pada ayat seterusnya iaitu orang yang akan mendapatkan kebahagiaan abadi. Mereka akan menerima kitab amal catatan yang mencatat seluruh aktiviti sewaktu di dunia dari sebelah kanannya. Islam menjadikan "kanan" sebagai simbol kebajikan, keuntungan, kebahagiaan, dan keberkatan. Maka, perkataan "sebelah kanan" pada ayat ini merupakan isyarat bahawa pemiliknya akan mendapatkan perhitungan yang lancar, mudah, tanpa masalah apa pun. Hal ini ada ditegaskan pada ayat berikutnya.

Kemudahan ketika perhitungan adalah disebabkan waktu di dunia, orang tersebut mengisi hari-harinya dengan pelbagai amalan saleh, menghindari maksiat, berjuang mengharungi hidup di bawah panji-panji kebenaran dan mampu memerangi nafsu negatif yang ada dalam dirinya serta sabar menghadapi ujian dan rajin bertaubat serta memperbaiki diri.

Kemudian, maksud keluarga pada ayat ke-9 adalah orang-orang yang sama-sama mampu mengisi hidup dengan melaksanakan perkara saja yang Allah redhai dan berjuang menundukkan nafsu-nafsu buruk yang ada dalam jiwanya. Jadi, persahabatan boleh dibina bukan sahaja di dunia tapi juga ketika di akhirat, yang menunjukkan persahabatan tersebut diikat dengan ikatan takwa.

Pihak yang malang

Terdapat juga bagi pihak yang berlawanan iaitu orang-orang yang hidupnya diisi dengan berbagai kemaksiatan dan kemungkaran, melalaikan ajaran-ajaran agama, hidup dengan nafsu yang buruk yang menyebabkannya mendapatkan perhitungan yang sukar.

Golongan ini diceritakan akan diberikan kitabnya daripada belakang, yang menggambarkan olongan ini ketika di dunia, selalu mempertuhankan hawa nafsunya malah berani mempermainkan agama. Mereka akan menerima catatan amalnya dari belakang sambil berteriak mengatakan bahawa mereka dalam kecelakaan lalu akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.

Golongan yang menerima buku catatan amalan dari belakang ini juga disebutkan bahawa dia menyangka dia sekali-kali tidak akan kembali iaitu tidak ada lagi kehidupan selepas mati dan kehidupan dunia lebih baik. Mereka ini adalah golongan yang tidak beriman atau tidak percaya akan hari kemudian.

Peringatan yang jelas

Banyak ayat di dalam al-quran memberikan peringatan yang jelas daripada Allah yang mengingatkan agar kita tidak terpengaruh dengan orang-orang yang menurut hawa nafsunya.

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridoan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas".

(18: 28)

Terdapat juga ayat-ayat lain yang menjadi penguat bahwa Allah Maha Melihat segala ucapan, perbuatan, bahkan apa pun yang terlintas dalam fikiran dan hati kita.


Peringkat hidup dan balasannya

Kemudian Allah bersumpah dengan ciptaannya yang menakjubkan iaitu cahaya senja di kaki langit dan cahaya bulan purnama yang menjadi madah manusia ketika melafazkan bait-bait indah. Lalu diperingatkan bahawa semua itu mempunyai peringkatnya sebelum sampai ke puncak seperti juga manusia iaitu dari alam roh, alam rahim, alam bumi, alam kubur dan alam kekal di akhirat. Ayat ini mengisyaratkan manusia itu makhluk yang terikat proses.

Hukum kebarangkalian menyatakan bahawa kalau kita sudah melakukan proses (ikhtiar) yang terbaik, kemungkinan besar hasilnya juga adaah yang terbaik walaupun kita masih mempunyai kebarangkalian mendapat hasil sebaliknya iaitu apabila kita sudah berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, namun hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Dalam hal ini, janganlah kita berhenti melakukan ikhtiar kerana manusia diciptakan Allah setingkat demi setingkat dan bukan sekaligus iaitu kegagalan adalah sebahagian daripada proses untuk membuat kita lebih matang.

Setelah itu, ayat memaparkan yang Allah bertanya pula kepada manusia untuk direnung. Ada manusia yang hatinya tertutup dari cahaya Al-Quran. Akalnya tidak pernah tersentuh dengan nasihat-nasihat Ilahi malah tertutup sehingga apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud dan hatinya tidak pernah tunduk. Inilah gambaran orang-orang yang hatinya mati.

Masalah hati

  • Tiada rawatan hati

Hati yang sakit dan tenat turut memerlukan rawatan. Hati yang tidak dirawat akan mengalami kesakitan, ketandusan, bahkan kematian.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun, dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."

(57: 16-17)

Kita disuruh agar meluangkan waktu untuk mengingati Allah dan merenungi ayat-ayat Allah sebagai sesi rawatan hati, supaya tidak mengalami kegersangan, bahkan kematian. Allah mengingatkan kita agar jangan seperti ahli kitab yang tidak pernah mahu merawat hatinya sehingga hati mereka menjadi keras dan akhirnya mati.

  • Atmosfera yang tidak kondusif

Manusia adalah makhluk sosial yang mampu terpengaruh oleh persekitarannya. Apabila persekitarannya kondusif, kemungkinan besar hati kita pun sihat dan sebaliknya. Di sinilah betapa pentingnya kita memperhatikan atmosfera kehidupan kita.

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridoan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."

(18: 28)

Pada ayat ini Allah memerintahkan agar kita bersabar berada dalam lingkungan yang saleh, bersabarlah bersama-sama orang yang menyebut nama Tuhannya ketika pagi dan petang untuk mengharap keredhaan-Nya. Kita diingatkan untuk tidak berada dalam lingkungan yang suka menurut hawa nafsu dan mengikuti orang yang hatinya telah dilalaikan. Jelas bahawa hati akan menjadi mati kalau atmosferanya tidak kondusif.

Khabar akan balasan

Apabila ayat-ayat dan bukti-bukti Allah yang begitu jelas, kukuh dan tegas masih belum membuatkan manusia beriman, Allah memiliki kuasa penuh untuk membalas mereka dengan azab-Nya yang pedih.

Azab atau siksaan yang akan dirasakan para pembangkang berbeza-beza bergantung kepada tahap kekufuran, kemunafikan, kemusyrikan, dan kemaksiatan mereka. Malaikat-malaikat yang bertugas di neraka itu sangat keras dan kasar dan penghuni neraka tidak akan mendapatkan pertolongan dari Allah.

"Siksa paling ringan di neraka dilukiskan Rasulullah saw sebagai sebuah bara api yang diletakkan di telapak kaki seseorang yang menjadikan otaknya mendidih."

(Hadis riwayat Muslim)

Namun, Allah turut sediakan syurga yang penuh kenikmatan bagi orang-orang yang taat pada perintah-perintah-Nya, selalu mensyukuri nikmat-Nya, dan selalu bersabar mengharungi ujian. Banyak ayat yang menggambarkan kenikmatan bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Penghuni syurga akan memperoleh apa yang mereka minta dan apa pun yang mereka inginkan.






Didahului oleh:
Surah Al-Mutaffifiin
Surah 84 Diikuti oleh:
Surah Al-Buruj
Al-Quran