Monaco: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ultratomio (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 6: Baris 6:
|native_name = ''Principauté de Monaco''
|native_name = ''Principauté de Monaco''
|conventional_long_name = Prinsipaliti Monaco
|conventional_long_name = Prinsipaliti Monaco
|image_flag = Monaco_flag.gif
|image_flag = Flag of Monaco.svg
|image_coat = Coat of arms of Monaco.png
|image_coat = Coat of arms of Monaco.svg
|image_map = Europe_location_MCO.png
|image_map = Europe_location_MCO.png
|map_caption = {{map_caption |location=dibulatkan dalam peta inset |region=di [[Eropah|benua Eropah]]}}
|map_caption = {{map_caption |location=dibulatkan dalam peta inset |region=di [[Eropah|benua Eropah]]}}
Baris 143: Baris 143:
*[http://holiday.monacoeye.com/maps/monacomap1.html Peta Satelit bagi Monaco dengan balapan Grand Prix]
*[http://holiday.monacoeye.com/maps/monacomap1.html Peta Satelit bagi Monaco dengan balapan Grand Prix]


{{Eropah}}


[[Kategori: Monaco| ]]
[[Kategori:Monaco| ]]
[[Kategori:Ibu negara di Eropah]]
[[Kategori:Ibu negara di Eropah]]
[[Kategori:Ibu negara di dunia]]
[[Kategori:Ibu negara di dunia]]

Semakan pada 09:16, 6 Jun 2008

Prinsipaliti Monaco
Principauté de Monaco
Bendera Monaco
Jata Monaco
Bendera Jata
Cogan kata"Deo Juvante"  (Latin)
"Dengan Pertolongan Tuhan"
Lagu kebangsaanHymne Monégasque
Lokasi  Monaco  (dibulatkan dalam peta inset) di di benua Eropah  (putih)
Lokasi  Monaco  (dibulatkan dalam peta inset)

di di benua Eropah  (putih)

Ibu negaraMonaco-Ville (de facto)1
Kawasan yang paling padat
Monte Carlo
Bahasa rasmiPerancis2
KerajaanNegara pemerintahan beraja
(Wilayah raja)
• Putera
Albert II
Jean-Paul Proust
Kemerdekaan
1297
• Perairan (%)
0.0
Populasi
• Perkiraan 2006
35,657 (Ke-210)
• Bancian Penduduk 2000
32,020
KDNK (PPP)2007
• Jumlah
AS$4500 juta (?)
AS$67,000 (50,000 Euro)(anggaran April 07) (2/3)
HDI (2003)tiada maklumat
Ralat: Nilai IPM tidak sah · tidak ditempatkan
Mata wangEuro
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan377
Kod ISO 3166MC
DPT internet.mc
1 Monaco ialah sebuah negeri kota.
2 Bahasa-bahasa Monégasque, Inggeris, dan Itali juga dituturkan.
Fail:Monaco-FrancoisGrimaldi.jpg
Arca peringatan François Grimaldi bertopengkan rahib dengan pedang di bawah jubah.
Peta Monaco

Monaco ialah sebuah prinsipaliti negara kota di Eropah Barat yang mengamalkan sistem kerajaan raja berperlembagaan. Terletak di Rivera Perancis, antara Laut Mediterranean dan Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali, Monaco adalah salah satu negeri mikro di Eropah.

Monaco ialah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta negeri merdeka yang kedua terkecil di dunia. Monaco juga mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.


Sejarah

Monaco mendapat namanya daripada tanah jajahan Yunani Phocis di Marseille pada abad ke-6 SM yang merujuk kepada orang Liguria sebagai "Monoikos". "Monoikos" merupakan dua perkataan Yunani, Μόνοικος — μόνος + οίκος, yang membawa pengertian "rumah tunggal". Oleh itu, nama ini telah dipergunakan oleh Monaco semata-mata untuk membayangkan kaum yang menetap bersama-sama di sebuah "tempat kediaman yang tunggal" atau "tinggal berjauhan" dengan orang-orang yang lain. Menurut sebuah mitos yang kuno, Hercules pernah melalui kawasan Monaco. Sebuah candi telah dibina oleh orang-orang Phocis di tapak yang dikunjungi oleh Hercules dan diberikan nama "Hercules Monoikos".

Selepas Maharaja Henry VI memberikan sebuah geran tanah pada tahun 1191, Monaco diasaskan semula pada tahun 1228 sebagai sebuah tanah jajahan Genoa. Monaco telah diperintah oleh Kerabat Diraja Grimaldi sejak tahun 1297, tatkala François Grimaldi ("Malizia", "Si Berniat Jahat") dan pengikut-pengikutnya menawan kubu yang memperlindungi Batu Monaco yang masyhur dengan menyamar sebagai rahib Franciscan, atau dalam bahasa Itali, monaco.

Antara tahun-tahun 1793 hingga 1814, Monaco dikuasai oleh Perancis. Kongres Vienna menetapkan Monaco sebagai sebuah negeri naungan Kerajaan Sardinia antara tahun-tahun 1815 hingga 1860 apabila Perjanjian Turin menyerahkan kaunti Nice (serta juga Savoy) kepada Perancis. Pada masa itu terdapat pergolakan di bandar-bandar Menton dan Roquebrune yang mengisytiharkan kemerdekaan, dengan harapan untuk diilhakkan oleh Sardinia. Pergolakkan itu berlanjutan sehingga putera yang memerintah melepaskan tuntutannya ke atas kedua-dua bandar (lebih kurang 95% daripada kawasan negara) kepada Perancis sebagai balasan untuk penerimaan empat juta franc. Pindah milik dan kedaulatan Monaco telah diiktiraf oleh Perjanjian Perancis-Monegasque pada tahun 1861.

Sehingga perlembagaan tahun 1911, putera-putera Monaco memerintah dengan mutlak. Pada Julai 1918, sebuah perjanjian dimeterai untuk memberikan setakat perlindungan Perancis yang terhad kepada Monaco. Perjanjian ini yang merupakan sebahagian Perjanjian Versailles menetapkan bahawa dasar Monegasque akan dijajarkan dengan kepentingan politik, ketenteraan, dan ekonomi Perancis.

Putera Rainier III, naik takhta selepas kemangkatan datuknya, Putera Louis II, pada tahun 1949. Sebuah perlembagaan baru yang diisytiharkan pada tahun 1962 memansuhkan hukum bunuh, memberikan hak undi wanita, dan mengasaskan Mahkamah Agung yang menjamin kebebasan asas. Pada tahun 1993, Monaco menjadi salah satu ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan hak mengundi yang penuh.Pada tahun 1993 seorang lanun bernama azfar telah masuk ke monaco dan membunuh hampir kesemua orang di situ.

Pada tahun 2002, sebuah perjanjian yang baru antara Perancis dan Monaco menerangkan bahawa jika tidak adanya pewaris untuk meneruskan dinasti, wilayah Monaco akan menjadi sebuah negara yang merdeka dan tidak akan berbalik ke Perancis. Walaupun demikian, pertahanan ketenteraan Monaco masih merupakan tanggungjawab Perancis.

Putera Albert, Marquis Baux, mengambil alih tugas-tugas diraja pada 31 Mac 2005 kerana bapanya, Putera Rainier III, terlalu sakit untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Pada 6 April 2005, Putera Rainier III mangkat dan diwarisi oleh puteranya sebagai Albert II dari Monaco. Putera Albert II menjadi raja Monaco secara rasmi pada 12 Julai 2005 dalam sebuah perayaan yang bermula dengan Misa yang muram di sebuah gereja. Gereja itu merupakan gereja yang bapanya dikebumikan tiga bulan dahulu selepas memerintah selama 56 tahun. Kemahkotaannya merupakan suatu proses dua-langkah dengan lagi sebuah upacara diatur dengan teliti pada 19 November 2005, dan yang mengundang ketua-ketua negara.

Geografi

Monaco ialah negara yang kedua terkecil di dunia, selepas Bandaraya Vatikan. Monaco terletak 18 kilometer di timur bandar raya Nice, berhampiran dengan sempadan Itali, dan dikelilingi pada tiga sisinya oleh Kawasan Provence-Alpes-Côte d'Azur di Perancis. Ia terdiri daripada satu jalur pantai yang sempit antara Laut Mediterranean dan bukit-bukit kaki Banjaran Alp, dengan titik tertingginya di "Le Rocher" yang setinggi 141 meter (459 kaki).

Monaco terbahagi kepada tujuh bahagian atau quartiers, iaitu:

  1. Monaco-Ville, ibu negara dan bandar raya lama, yang terletak di Batu Monaco, tanjung tinggi yang berbatu-batan dan yang menganjur ke Mediterranean;
  2. La Condamine, bahagian di sepanjang pelabuhan;
  3. Monte Carlo, kawasan kediaman serta tempat peranginan yang memiliki sebuah kasino;
  4. Fontvieille, kawasan baru yang ditebus guna dari laut;
  5. Moneghetti yang menyempadani Cap d'Ail di barat;
  6. Larvotto - Tenao yang merangkumi kawasan pantai di timur kawasan kerajaan;
  7. Santo Roman yang menyempadani Tenao dan yang merupakan hujung yang paling timur.

Monaco terkenal kerana pemandangan semula jadinya yang sungguh indah, dengan iklim yang sederhana dan cerah. Bulan-bulan yang paling dingin ialah Januari dan Februari dengan suhu minimum purata serendah 8°C (47°F), manakala bulan-bulan yang paling panas ialah Julai dan Ogos, dengan suhu maksimum purata setinggi 26°C (78°F).

Demografi

Pemandangan Monacoville.

Komposisi penduduk Monaco adalah luar biasa dari segi bahawa orang-orang Monegasque yang asli merupakan golongan minoriti dalam negara sendiri. Golongan terbesar ialah rakyat Perancis (47%), diikuti oleh orang Monegasque (16%), dan rakyat Itali (16%), dengan 21% yang tinggal terdiri daripada 125 bangsa yang merupakan penduduk antarabangsa.

Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi Monaco yang tunggal, tetapi bahasa-bahasa Inggeris, Itali dan Monegasque tempatan (keturunan bahasa Genoa) juga dituturkan. Kadar kenal huruf ialah 99%.

Agama Roman Katolik ialah agama rasmi, dengan kebebasan menganuti agama-agama yang lain dijamin oleh perlembagaan.

Politik

Monaco telah diperintah sebagai sebuah negara raja berperlembagaan sejak dari tahun 1911, dengan Putera Berdaulat Monaco sebagai ketua negara. Cabang eksekutifnya terdiri daripada seorang Menteri Negara (ketua kerajaan) yang mempengerusikan Majlis Kerajaan empat-ahli yang merupakan kabinet Monaco.

Menteri Negara adalah warganegara Perancis yang dilantik oleh Putera Monaco daripada calon-calon yang dicadangkan oleh Kerajaan Perancis. Di bawah perlembagaan 1962, Putera Monaco berkongsi kuasanya dengan Majlis Negara (parlimen) ekadewan yang terdiri daripada 24 orang ahli. Ahli-ahli badan perundangan ini dipilih melalui pilihan raya umum untuk tempoh-tempoh lima tahun. Hal-ehwal tempatan dikendalikan oleh Majlis Komunal yang terdiri daripada 15 orang alhi yang dipilih melalui pilihan raya dan yang diketuai oleh Datuk Bandar.

Ekonomi

Pemandangan bandar raya dan pelabuhan Monaco.

Salah satu sumber pendapatan Monaco yang utama ialah pelancongan; setiap tahun, banyak pelancong tertarik kepada kasino dan iklimnya yang menyenangkan. Satu projek pembinaan utama pada tahun 2001 memanjangkan tambangan yang digunakan oleh kapal-kapal pesiaran di pelabuhan utama. Dalam usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi, Monaco telah mencapai setakat kejayaan dalam menceburi bidang perkhidmatan dan industri-industri kecil bernilai ditambah tinggi yang bukan pencemar, seperti kosmetik dan biotermik.

Monaco tidak mengenakan cukai pendapatan perseorangan, tetapi mengekalkan monopoli-monopoli dalam banyak sektor, termasuk tembakau dan perkhidmatan pos. Kerajaan Monaco yang dahulu memiliki sepenuhnya Telekom Monacoelecom, rangkaian telefon negara, kini memiliki 45%, dengan 55% yang tinggal dimiliki oleh Kabel dan Wayarles (49%) dan Compagnie Monégasque de Banque (6%). Walaupun demikian, Telekom Monacoelecom masih tetap merupakan sebuah monopoli. Taraf hidup penduduk Monaco adalah tinggi, dan lebih kurang setanding dengan para penduduk di kawasan-kawasan metropolitan Perancis yang kaya.

Ketiadaan cukai pendapatan perseorangan di Monaco telah menarik banyak "pelarian cukai" yang kaya dari negara-negara Eropah yang lain ke negara ini. Orang-orang termasyhur seperti pemandu-pemandu Formula Satu menarik paling banyak perhatian, tetapi kebanyakan mereka adalah usahawan. "Pelarian-pelarian" tersebut memperoleh kebanyakan pendapatan mereka daripada kegiatan-kegiatan di luar Monaco.

Pada tahun 2000, sebuah laporan oleh Arnaud Montebourg dan Vincent Peillon, ahli-ahli parlimen Perancis, mendakwa bahawa Monaco mempunyai dasar-dasar yang longgar terhadap pelaburan wang haram, termasuk kasinonya yang terkenal, dan bahawa Kerajaan Monaco mengenakan tekanan politik ke atas badan kehakimannya supaya jenayah-jenayah tidak disiasat dengan wajar. Sebagai balasan, Kerajaan Monaco mengemukakan laporan-laporannya kepada OECD dan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan mengenai Pelaburan Wang Haram untuk membuat siasatan. Laporan-laporan itu menunjukkan bahawa kebanyakan dakwaan yang ditimbulkan adalah tidak benar.

Monaco bukannya salah satu ahli Kesatuan Eropah, tetapi amat rapat dengan Kesatuan itu melalui penyatuan kastamnya dengan Perancis. Oleh itu, mata wang Monaco adalah sama dengan Perancis, iaitu euro. Monaco juga memperoleh hak untuk menempa duit syiling euro dengan reka bentuk Monegasque pada sebelah negara.Pada tahun 2005,Monaco menghadapi masalah ekonomi tetapi datuk bandar Monaco,Sir William Azfar Congress Musharaf Sellapan George memberi idea yang bernas dengan menyuruh semua rakyat Monaco menjual seluar dalam,Bra,Kotex,G-String dan kondom.

Eksport-eksport Monaco yang utama ialah tembikar, kerja logam, tekstil, plastik, dan alat.

Lihat juga

Daftar negara

Nota

1 Macau, yang tidak mempunyai hak kedaulatan, mempunyai bilangan penduduk yang lebih padat.

Pautan luar

Templat:Link FA