Falseto: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 50: Baris 50:
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Modal_voice_register Modal voice register - Mod daftar suara]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Modal_voice_register Modal voice register - Mod daftar suara]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Vocal_cords Vocal cords / Vocal folds - Kord vokal atau Lipatan vokal]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Vocal_cords Vocal cords / Vocal folds - Kord vokal atau Lipatan vokal]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Overtones Overtone - Sistem resonans semulajadi atau frekuensi getaran]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Overtones Overtones - Sistem resonans semulajadi atau frekuensi getaran]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Vocal_range Vocal range - Lingkungan suara]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Vocal_range Vocal range - Lingkungan suara]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Modal_register Modal register - Daftar suara]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Modal_register Modal register - Daftar suara]

Semakan pada 14:13, 7 Jun 2008

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Istilah falseto (bahasa Inggeris; falsetto) diambil dari bahasa Itali; falso, merujuk kepada daftar vokal (vocal register) yang memenuhi julat frekuensi di atas mod daftar suara (modal voice register) dan juga yang bertindan dengannya oleh sekurang-kurangnya satu oktaf (octave). Corak suara ini terhasil dari getaran sudut–sudut ligamentous samada pada keseluruhan atau sebahagian daripada kord vokal (vocal cords). Walaupun istilah ini kerap digunakan untuk merujuk kepada satu-satu model tertentu dalam pengeluaran suara nyanyian, namun suara falseto juga berlaku di dalam percakapan dan juga sebagai salah satu daripada empat daftar vokal (vocal register) yang dikenal pasti di dalam patologi percakapan.

Ciri-ciri suara falseto adalah seperti nada siulan bercampur bunyi seruling dengan resonans semulajadi atau frekuensi getaran (overtones). Suara falseto adalah lebih terhad dalam variasi dinamik dan kualiti nada berbanding dengan mod suara (modal voice) dalam percakapan dan nyanyian. Daftar falseto boleh dihasilkan oleh lelaki dan wanita.[1]

Istilah falseto lebih kerap digunakan dalam konteks nyanyian untuk merujuk kepada teknik pemalsuan suara yang membolehkan para penyanyi menyanyikan nota-nota muzik yang melebihi dari julat suara normal. [2]

Proses fisiologikal daftar falseto

Lipatan suara
Glotis kitar, falseto

Perbezaan penting antara daftar suara (modal register) atau suara biasa dan daftar falseto terletak pada penglibatan jumlah penggunaannya dan jenis juga kord vokal (vocal cords). Dalam penggunaan falseto, hanya lipatan vokal (vocal folds) pada sudut ligamentous sahaja yang membuat getaran. Namun badan utama lipatan vokal (vocal folds) kebiasaannya tenang dan tidak bergetar. Dalam modal suara (modal voice) pula, pergerakan bergelombang melibatkan keseluruhan kord vokal (vocal cords) dengan pembukaan glottis pada bahagian bawah dan kemudiannya di atas. [3] Apabila peralihan dari mod suara (modal voice) ke falseto terjadi, badan induk setiap kord vokal (vocal cords) atau otot thyroarytenoid meringankan tentangan dengan menarik otot-otot krikotiroid (cricothyroid) untuk memberi laluan kepada ligamen vokal (vocal ligament) untuk diunjurkan lebih jauh.[1]

Daftar falseto digunakan oleh penyanyi kauntertenor untuk menyanyikan nada alto atau sesekala untuk menyanyikan nada untuk lingkungan suara soprano. Ini kerap dibuat pada zaman dahulu ketika kaum wanita tidak dibenarkan menyanyi koir. Corak suara ini kerap digunakan di dalam koir-koir katedral untuk nyanyian nota alto.

Rujukan

  1. ^ a b McKinney, James (1994). The Diagnosis and Correction of Vocal Faults. Genovex Music Group. ISBN 978-1565939400.
  2. ^ THE NEW GROVE Dictionary of MUSIC & MUSICIANS. Edited by Stanley Sadie, Volume 6. Edmund to Fryklund. ISBN 1-56159-174-2, Copyright Macmillan 1980.
  3. ^ Large, John (1972). "Towards an Integrated Physiologic-Acoustic Theory of Vocal Registers". The NATS Bulletin. 28: 30–35. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pembacaan lanjut

Lihat juga

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

(Untuk pemahaman lanjut)

Pautan luar