Hamengkubuwono X: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Loveless (bincang | sumb.)
k bot Mengubah: id:Hamengkubuwana X
Loveless (bincang | sumb.)
k bot Mengubah: en:Hamengkubuwono X
Baris 35: Baris 35:


[[id:Hamengkubuwana X]]
[[id:Hamengkubuwana X]]
[[en:Sri Sultan Hamengkubuwono X]]
[[en:Hamengkubuwono X]]
[[ja:ハメンクブウォノ10世]]
[[ja:ハメンクブウォノ10世]]

Semakan pada 11:23, 20 Jun 2008

Fail:Hamengkubuwono X.jpg
Hamengkubuwono X

Hamengkubuwono X (lahir 2 April 1946) ialah salah seorang raja daripada Kesultanan Yogyakarta serta juga seorang Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta.

Dilahirkan dengan nama Bendoro Raden Mas Herjuno Darpito, Hamengkubuwono X digelar Pangeran Haryo (KGPH) Mangkubumi setelah dewasa dan digelar pula sebagai KGPAA Hamengku Negara Sudibyo Raja Putra Nalendra Mataram ketika diangkat sebagai putera mahkota. Beliau adalah seorang lulusan Pusat Pengajian Undang-undang di Universiti Gadjah Mada dan dinobatkan sebagai raja pada 7 Mac 1989 (Selasa, Wage 19 Rajab 1921).

Hamengkubuwono X aktif dalam berbagai-bagai pertubuhan dan pernah memegang berbagai-bagai jawatan, antaranya Ketua Umum Kadinda Daerah Istimewa Yojyakarta (DIY), Ketua DPD Golkar DIY, Ketua KONI DIY, Dirut PT Punokawan, Presiden Komisar PG Madukismo, dan pada bulan Julai 1996 diangkat sebagai Ketua Kumpulan Ahli Gabenor DIY.

Selepas Paku Alam VIII meninggal dunia dan melalui beberapa perdebatan pada 1998, Hamengkubuwono X dilantik sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 1998-2003. Dalam tempoh jawatan ini, beliau tidak didampingi sebarang Timbalan Gabenor. Pada tahun 2003, Hamengkubuwono X dilantik semula sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 2003-2008 dan buat kali ini, beliau didampingi oleh Paku Alam IX sebagai timbalannya.

Yogyakarta mengalami gempa bumi pada tempoh pimpinannya yang terjadi pada bulan Mei 2006. Kekuatan gempa bumi itu antara 5.9 - 6.2 pada Skala Richter mengorbankan melebihi 6,000 orang dan mencederakan puluhan ribu orang yang lain.

Saudara

Lihat juga

Pautan luar

Didahului oleh:
Hamengkubuwono IX
Raja Kesultanan Yogyakarta
1989-sekarang
Digantikan oleh:
penjawat kini
Didahului oleh:
Sri Paku Alam VIII
Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta
1998 – sekarang
Digantikan oleh:
penjawat kini