Messerschmitt Me 321: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah membina masyarakat berilmu dan berakhlak...
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sejagat...
Baris 34: Baris 34:


Me 321 dilengkapkan dengan bahagian bawah boleh buang terdiri dari dua roda belakang [[Bf 109]] di hadapan dan dua roda utama Junkers [[Ju 90]] di belakang dan bertujuan bagi mendarat pada empat luncur boleh dipanjangkan.
Me 321 dilengkapkan dengan bahagian bawah boleh buang terdiri dari dua roda belakang [[Bf 109]] di hadapan dan dua roda utama Junkers [[Ju 90]] di belakang dan bertujuan bagi mendarat pada empat luncur boleh dipanjangkan.

Penerbangan pertama prototaip Me 321 V1 berlaku pada [[25 Februari]] [[1941]], ditunda di udara oleh Junkers Ju 90. Ia diterbangkan oleh juru terbang ujian Messerschmitt, Karl Baur, dan membawa 3 tan pemberat. Baur melaporkan bahawa kawalan adalah berat dan lambat bertindak balas dan ia diputuskan membesarkan kokpit bagi memuatkan juruterbang kedua dan pengendali radio dan kawalan berkembar dipasang. Motor servo eletrik juga dipasang bagi membantu menggerakkan ridip sayap (''wing flaps'') yang besar dan ujian lanjut turut menyebabkan payung terjun brek ditambah.





Semakan pada 12:21, 3 Julai 2008

Me 321
Peranan Peluncur kargo
Pengeluar Messerschmitt
Penerbangan sulung 7 March, 1941
Status bersara
Pengguna utama Luftwaffe
Dikeluarkan Jun 1941 – April 1942
Jumlah dibina sekitar 150
Kelainan Messerschmitt Me 323

Messerschmitt Me 321 Gigant merupakan pesawat udara peluncur kargo German besar yang dibangunkan semasa Perperangan Dunia ke Dua.

Sejarah

Semasa persedian bagi kemungkinan melanggar Britain semasa Perang Dunia II (Operasi Sealion) ia menjadi jelas kepada Komander Pengangkutan Luftwaffe bahawa jarak yang terbabit dan jumlah kargo yang perlu diangkut memerlukan pesawat pengangkut yang lebih baik dari pesawat tunggak utamanya, Ju 52.[1]

Sementara rancangan bagi Operasi Sealion dibekukan pada Disember 1940, dan rancangan bermula bagi penjarahan Russia (Operasi Barbarossa), ianya diputuskan bahawa penyelesaian paling berkesan-kos kepada keperluan pesawat pengangkutan adala untuk menggunakan peluncur. Dengan itu, Biro Teknikal Luftwaffe mengeluarkan tender bagi pembangunan pantas bagi Grossraumlastensegler (peluncur penggangkut berkapasiti tinggi) kepada pengilang kapal terbang Junkers dan Messerschmitt. Spesifikasi memerlukan peluncur berkeupayaan untuk membawa samaada meriam 88 mm dengan traktornya, atau kereta kebal serdahana. nama kod Projekt Warschau (Projek Warsaw) digunakan, dengan Junker diberi nama nama kod Warschau-Ost dan Messerschmitt Warschau-Sud.

Bagaimanapun, reka bentuk Junkers, Ju 322 Mammut tidak berjaya kerana syarikat tersebut memilih untuk membina dengan mengunakan kayu sepenuhnya. Dengan itum reka bentuk Messerschmitt, Me 263 mendapat kontrak bagi syarikatnya.

Reka bentuk

Me 263 mempunyai rangka tiub keluli yang dibekalkan oleh syarikat Mannesmann, dengan penyokong kayu dan diselitupi penutup kain dope. Ini membenarkan pembinaan pantas dan pemulihan mudah dan turut menjimat berat. Me 263 ditukar nama sebagai Me 321 dan digelar Gigant (Gergasi) kerana saiznya yang besar.

Muncungnya berdiri lebih 6 meter tinggi, dan terdiri dari dua pintu kerang. Pintu itu hany aboleh dibuka dari dalam, dan tanjak akan digunakan bagi membenarkan kenderaan dipandu masuk atau keluar. Berbanding Ju 52, Me 321 menawarkan ruang bebam 6 kali lebih besar, sekitar 100 meter persegi (1,100 ka2), dan mampu menerima kargo kasar seberat hingga 23 metric ton (23 long ton). Ruang kargo teleh direka bagi menyerupai ruang isi kereta leper kereta api Jerman piwaian, membenarkan sebarang kargo yang mampu bergerak melalui landasan boleh muat kedalam Me 321. Sebaliknya juga, sekiranya digunakan bagi mengangkut penumpang, 120-130 tentera denagn kelengkapan penuh mampu dimuatkan.[2]

Me 321 dilengkapkan dengan bahagian bawah boleh buang terdiri dari dua roda belakang Bf 109 di hadapan dan dua roda utama Junkers Ju 90 di belakang dan bertujuan bagi mendarat pada empat luncur boleh dipanjangkan.

Penerbangan pertama prototaip Me 321 V1 berlaku pada 25 Februari 1941, ditunda di udara oleh Junkers Ju 90. Ia diterbangkan oleh juru terbang ujian Messerschmitt, Karl Baur, dan membawa 3 tan pemberat. Baur melaporkan bahawa kawalan adalah berat dan lambat bertindak balas dan ia diputuskan membesarkan kokpit bagi memuatkan juruterbang kedua dan pengendali radio dan kawalan berkembar dipasang. Motor servo eletrik juga dipasang bagi membantu menggerakkan ridip sayap (wing flaps) yang besar dan ujian lanjut turut menyebabkan payung terjun brek ditambah.

  1. ^ Hyland, Gary (1999). Last Talons of the Eagle. Headline. m/s. p. 78. ISBN 074725964X. Unknown parameter |co-authors= ignored (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  2. ^ Staerck, Christopher (2002). Luftwaffe: The Allied Intelligence Files. Brassey's. m/s. pp. 202-203. ISBN 1574883879. Unknown parameter |co-authors= ignored (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)