Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mrzackhangrove (bincang | sumb.)
Laman baru: {{Kotak Maklumat Kolej di Malaysia | nama = Institut Perguruan Sultan Abdul Halim | imej = 150px | moto = Bersatu Berkhidmat Berjasa | ditubuhkan = [Oktober [[1980]...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:51, 3 Julai 2008

Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Fail:Logolama.jpg
Moto Bersatu Berkhidmat Berjasa
Ditubuhkan [Oktober 1980
Rektor En. Hashim Bin Deraman (Pengarah)
HEP
Lokasi Sungai Petani, Kedah
Pelajar Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Sijil Perguruan Khas
Laman web http://www.ipsah.edu.my/

Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH)merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjalankan kursus-kursus perguruan peringkat sijil,diploma dan ijazah. Ditubuhkan sejak 1976,institut ini adalah antara empat buah institut perguruan dalam Rancangan Malaysia Ketiga yang dibiayai pinjamannya dari Bank Dunia.

Sejarah ringkas

Rancangan pembinaan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani bermula sejak tahun 1976. Institut ini merupakan institut perguruan yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Serentak dengan rancangan pembinaannya di Sungai Petani, Institut ini mula berfungsi di Pulau Pinang dengan menggunakan nama Maktab Perguruan Jalan Northam.

Sekitar tahun 1978 dan 1979,antara bangunan-bangunan yang siap dibina ialah sebuah blok pentadbiran dan bilik-bilik kuliah, 8 buah blok asrama yang tiap-tiap satu boleh menampung 90 orang pelajar, dewan syarahan, sebuah bangunan perpustakaan, sebuah gimnasium, sebuah dapur dan dewan makan, 4 unit flat untuk pensyarah, 24 unit rumah pekerja, dan rumah Pengetua.

Perpindahan dari Jalan Northam, Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah bermula pada pertengahan tahun 1979.Pada mulanya institut ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sungai Petani kemudian ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sekarang ini.

Dalam bulan Oktober, Majlis Penyampaian Sijil yang pertama telah diadakan. Seramai 319 orang guru pelatih yang menerima latihan di Maktab Perguruan Jalan Northam dan di Sungai Petani telah menerima Sijil Perguruan mereka daripada Yang Berbahagia, Tan Sri Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam majlis tersebut.


Rujukan