Petrol: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot Menambah: eu:Gasolina
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 138: Baris 138:
Amerika Syarikat mencatatkan kadar penggunaan petrol sejumlah 44% daripada penggunaan petrol sedunia.<ref>http://www.worldwatch.org/node/5579 , http://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilconsumption.html </ref> Pada tahun 2003 [[Amerika Syarikat]] telah menggunakan [http://earthtrends.wri.org/text/energy-resources/variable-291.html 476,474,000,000] liter (476.474 gigaliter), atau lebih kurang 360 juta [[gelen]] AS (1.36 [[gigaliter]]) petrol sehari.
Amerika Syarikat mencatatkan kadar penggunaan petrol sejumlah 44% daripada penggunaan petrol sedunia.<ref>http://www.worldwatch.org/node/5579 , http://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilconsumption.html </ref> Pada tahun 2003 [[Amerika Syarikat]] telah menggunakan [http://earthtrends.wri.org/text/energy-resources/variable-291.html 476,474,000,000] liter (476.474 gigaliter), atau lebih kurang 360 juta [[gelen]] AS (1.36 [[gigaliter]]) petrol sehari.


Di [[Malaysia]], harga petrol setakat Februari 2008 adalah RM1.92 seliter bagi petrol RON 97.
Di [[Malaysia]], harga petrol setakat Julai 2008 adalah RM2.70 seliter bagi petrol RON 97.


== Bahan api alternatif ==
== Bahan api alternatif ==

Semakan pada 13:17, 9 Julai 2008

Fail:09-03-06-Octane.jpg
Petrol yang dijual di stesen minyak di Amerika Syarikat dengan lima pilihan nilai oktana.

Petrol atau gasolin ialah campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum yang terdiri terutamanya daripada hidrokarbon alifatik dan ditambah dengan hidrokarbon aromatik seperti toluena, benzena atau iso-oktana untuk meningkatkan penarafan oktana, digunakan secara meluas sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Formula lazim bagi petrol ialah C8H18.

Carilah gasoline dalam Wiktionary, kamus bebas.

Sejarah

Penggunaan awal

Sebelum enjin pembakaran dalaman dicipta pada pertengahan abad ke-19, minyak petrol dijual di dalam botol kecil sebagai rawatan terhadap kutu dan telurnya. Pada masa tersebut, perkataan Petrol merupakan satu cap dagangan. Rawatan sebegini tidak lagi digunakan berikutan risiko kebakaran dan dermatitis

Di A.S., petrol juga dijual sebagak cecair pembersih kesan minyak dan gris pada baju. Sebelum stesen minyak didirikan, pemandu kereta membeli minyak petrol di dalam tin untuk mengisi tangki minyak mereka.

Nama gasolin pada masa tersebut merujuk kepada satu lagi hasil petroleum iaitu petrolatum, yang diniagakan dengan nama Vaseline. Cap dagangan Gasoline, walau bagaimanapun, tidak pernah didaftarkan, maka ia menjadi istilah umum. Petrol juga digunakan di dapur serta sebagai bahan api pelita dan dapur mudah alih.

Semasa Perang Franco-Prussia (1870–1871), pétrole dikumpulkan di Paris untuk kegunaan bagi menentang serangan Jerman-Prussia di bandar raya berkenaan. Lama kemudian pada tahun 1871, semasa revolusi Paris Commune, khabar angin tersebar di serata bandar raya mengenai pétroleuses, perempuan yang menggunakan bom petrol untuk menyebabkan kemusnahan di bangunan-bangunan.

Etimologi

Perkataan "gasolin" diperoleh pada tahun 1865 daripada perkataan gas dan imbuhan akhiran kimia -ina/-ena. Ejaan moden perkataan tersebut mula digunakan pada tahun 1871. Bentuk pendek "gas" mula direkodkan penggunaannya dalam Bahasa Inggeris Amerika pada 1905.[1] Asalnya gasolin merujuk kepada mana-mana minyak bahan api bagi enjin petrol; bahan api metanol juga telah dianggap sebagai gasolin.[2]

Istilah "petrol" mula digunakan bagi merujuk kepada hasil penapisan minyak seawal tahun 1892 (sebelum ini ia merujuk kepada petroleum belum bertapis), dan telah didaftarkan sebagai cap dagangan oleh peniaga British Carless, Capel & Leonard hasil cadangan Frederick Richard Simms.[3] Walaupun ia tidak pernah didaftar secara rasmi, pesaing Carless menggunakan istilah "Motor Spirit" sehingga dekad 1930-an.[4] Ada yang mengatakan perkataan tersebut diceduk oleh Edward Butler pada tahun 1887.[5]

Di Jerman dan beberapa negara Eropah lain, petrol dipanggil sebagai Benzin (Jerman), Bensin (Sweden), Benzyna (Poland) dan beberapa varian lain. Penggunaannya tidak merujuk kepada Bertha Benz, yang menggunakan kedai bahan kimia untuk membeli petrol bagi pemanduannya dari Mannheim ke Pforzheim pada tahun 1888, tetapi merujuk kepada bahan kimia benzena.

Kandungan tenaga

Petrol mengandungi tenaga lebih kurang 34.6 megajoule seliter (MJ/l) atau 131 MJ/gelen AS. Nilai ini adalah nilai purata; campuran petrol boleh jadi berbeza, maka nilai kandungan tenaga sebenar boleh jadi berbeza mengikut musim dan pengeluaran, biasanya dengan perbezaan 4% lebih atau kurang daripada nilai purata menurut US EPA.

Kepadatan tenaga volumetrik bagi beberapa bahan api berbanding petrol:[6]

Jenis bahan api      MJ/liter      MJ/kg     BTU/Gelen imp     BTU/Gelen AS     Nilai oktana
(RON)
Petrol biasa 34.8 44.4[7] 150,100 125,000 Min 91
Petrol premium Min 95
Autogas (LPG) (60% Propana + 40% Butana) 26.8
Etanol 23.5 31.1 101,600 84,600 129
Metanol 17.9 19.9 77,600 64,600 123
Butanol 29.2 91-99
Gasohol (10% etanol + 90% petrol) 33.7 145,200 120,900 93/94
Diesel 38.6 45.4 166,600 138,700 25(*)
Petrol penerbangan (petrol oktana tinggi, bukan bahan api jet) 33.5 46.8 144,400 120,200
Bahan api jet (berasaskan minyak tanah) 35.1 43.8 151,242 125,935
Gas asli cecair 25.3 ~55 109,000 90,800

(*) Minyak diesel tidak digunakan di dalam enjin petrol, maka nilai oktana yang rendah tidak menjadi isu; ukuran bagi nilai minyak diesel ialah nilai setana

Di Malaysia, minyak petrol dijual sama ada dalam RON 92 (berplumbum) atau RON 97 (tanpa plumbum)

Bahan tambah

Biasanya sedikit bahan tambah akan dicampurkan di dalam petrol bagi pelbagai tujuan sebagai pencegahan kakisan, pelincir dsb. bagi meningkatkan prestasi enjin petrol yang menggunakannya, tetapi ada di antara bahan tambah tersebut boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.

Antara bahan tambah yang digunakan adalah:-

  • Oksigenat
  • Agen antioksida dan penstabil
  • Agen anti ketukan
  • Pewarna

Kebimbangan kesihatan

Kebanyakan daripada hidrokarbon bukan alifatik yang wujud secara semula jadi di dalam petrol (terutamanya hidrokarbon aromatik seperti benzena), di samping bahan tambah anti ketukan, adalah karsinogenik. Atas sebab inilah sebarang tumpahan besar minyak petrol memberi ancaman besar terhadap kesihatan dan alam sekitar, terutamanya apabila minyak petrol meresap ke dalam bekalan air paip. Risiko tumpahan minyak yang terbesar adalah daripada kemalangan yang melibatkan lori tangki serta kebocoran tangki simpanan. Disebabkan risiko ini, kebanyakan rangki simpanan bawah tanah dilengkapi peralatan untuk mengesan dan mencegah sebarang kebocoran, seperti anod korban. Petrol adalah mudah meruap (bermaksud mudah menyejat), memerlukan tangki simpanan yang benar-benar kedap. Sifatnya yang mudah meruap menjadikannya mudah terbakar walaupun pada cuaca sejuk, tidak seperti minyak diesel. Sistem pengudaraan yang sempurna juga diperlukan untuk menyeimbangkan tekanan antara dalam dan luar tangki. Petrol juga boleh menghasilkan tindak balas berbahaya dengan beberapa jenis bahan kimia am.

Minyak petrol adalah salah satu sumber gas pencemar. Petrol tanpa plumbum juga turut menghasilkan karbon dioksida, nitrogen oksida dan karbon monoksida di dalam gas ekzos. Tambahan pula, petrol tak terbakar dan sejatan di dalam tangki, jika terdedah pada udara akan menghasilkan kabut fotokimia. Tambahan etanol menambahkan lagi kadar kemeruapan minyak petrol.

Penyalahgunaan petrol dengan menghidunya juga boleh membahayakan kesihatan. Menghidu petrol adalah salah satu cara yang digunakan oleh sesetengah penagih dadah dan sudah menjari parah di kalangan masyarakat miskin serta orang asli si Amerika, Australia, Kanada, New Zealand dan beberapa kepulauan Pasifik.[8] Sebagai tindak balas, bahan api Opal telah dibangunkan oleh loji BP Kwinana di Australia, dan hanya mengandungi 5% bahan aromatik (tidak seperti petrol biasa yang mengandungi 25% bahan aromatik).[9]

Penggunaan dan harga

Stesen minyak Petronas

Amerika Syarikat mencatatkan kadar penggunaan petrol sejumlah 44% daripada penggunaan petrol sedunia.[10] Pada tahun 2003 Amerika Syarikat telah menggunakan 476,474,000,000 liter (476.474 gigaliter), atau lebih kurang 360 juta gelen AS (1.36 gigaliter) petrol sehari.

Di Malaysia, harga petrol setakat Julai 2008 adalah RM2.70 seliter bagi petrol RON 97.

Bahan api alternatif

Kebanyakan daripada bahan api alternnatif berkenaan kurang membawa kesan buruk terhadap alam sekitar berbanding petrol, tetapi masih tidak 100% bersih.

Kestabilan

Apabila petrol dibiarkan selama jangka masa tertentu, mendakan gam dan varnis akan terbentuk dan menggumpal di dalam petrol, menyebabkan "bahan api basi". Ini seterusnya akan menyebabkan mendakan gam di dalam silinder dan juga saluran bahan api, menjadikan enjin sukar dihidupkan. Gam dan varnis mesti ditanggalkan oleh mekanik profesional untuk memanjangkan jangka hayat enjin. Dalam keadaan biasa, minyak petrol boleh disimpan selama 60 hari di dalam bekas yang dibenarkan. Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, penstabil bahan api boleh digunakan, memanjangkan jangka hayat simpanan untuk 1 atau 2 tahun lagi.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Online Etymology Dictionary
  2. ^ Motor Fuels Tax Audit Procedures Manual - Ch 153 - Glossary
  3. ^ Petrochem Carless :: History
  4. ^ [1] [2]
  5. ^ "Keeping track: All fired up about `petrol'", Daily Telegraph, 2002-02-01CS1 maint: date and year (link)
  6. ^ Appendix B, Transportation Energy Data Book from the Center for Transportation Analysis of the Oak Ridge National Laboratory
  7. ^ George. Overview of Storage Development DOE Hydrogen Program [pdf. Livermore, CA. Sandia National Laboratories. 2000.]
  8. ^ Petrol Sniffing Fact File Sheree Cairney, www.abc.net.au, Published 24/11/2005. Retrieved 2007-10-13, a modified version of the original article, now archived here
  9. ^ Fuel technology www.bp.com. Retrieved 2007-06-08.
  10. ^ http://www.worldwatch.org/node/5579 , http://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilconsumption.html

Rujukan

Pautan luar

Gambar