Wikipedia:Larangan penyelidikan asli: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 22: Baris 22:


=== Menggunakan sumber ===
=== Menggunakan sumber ===
Maklumat di dalam sesebuah rencana haruslah [[Wikipedia:Pengesahan|sah] melalui rujukan yang dipetik. Kenyataan dalam rencana secara umumnya tidak patut bergantungan pada komen atau teks yang tidak jelas atau tidak tekal. Sumber dari teks yang dibuka untuk penterjemahan sebaik-baiknya dipetik dengan telus dan tepat atau dielakkan sama sekali. Sebuah rumusan tehadap perbincangan haruslah mencerminkan kesimpulan yang dicapai oleh penulisnya. Mengekstrak kesimpulan sendiri yang tidak terbukti melalui rujukan yang diberikan dianggap penyelidikan asli tidak mengira jenis sumbernya. Ianya adalah penting bahawa rujukan yang diberikan dipetik berdasarkan konteks dan kekal pada topik asal.
Maklumat di dalam sesebuah rencana haruslah [[Wikipedia:Pengesahan|sah]] melalui rujukan yang dipetik. Kenyataan dalam rencana secara umumnya tidak patut bergantungan pada komen atau teks yang tidak jelas atau tidak tekal. Sumber dari teks yang dibuka untuk penterjemahan sebaik-baiknya dipetik dengan telus dan tepat atau dielakkan sama sekali. Sebuah rumusan tehadap perbincangan haruslah mencerminkan kesimpulan yang dicapai oleh penulisnya. Mengekstrak kesimpulan sendiri yang tidak terbukti melalui rujukan yang diberikan dianggap penyelidikan asli tidak mengira jenis sumbernya. Ianya adalah penting bahawa rujukan yang diberikan dipetik berdasarkan konteks dan kekal pada topik asal.



== Memetik diri sendiri sebagai rujukan ==
== Memetik diri sendiri sebagai rujukan ==

Semakan pada 23:46, 22 Julai 2008

Wikipedia tidak sama sekali menerbitkan penyelidikan atau pendapat asli. Ini termasuklah fakta-fakta tidak diterbitkan, hujah-hujah, spekulasi, dan buah fikiran; serta sebarang analisis atau sintesis yang belum diterbitkan terhadap bahan terbitan yang cuba untuk memajukan posisinya. Ini bermaksud Wikipedia bukanlah tempat untuk menerbitkan pendapat, idea, pengalaman, mahupun hujah anda. Menyatakan sumber anda dan mengelakkan sebarang penyelidikan asli merupakan sesuatu yang tidak dapat dileraikan; untuk menunjukkan bahawa anda bukannya mempamerkan penyelidikan asli, anda haruslah memetik sumber yang sahih dan boleh dipercayai untuk membekalkan maklumat yang berkaitan secara langsung kepada topik dalam rencana yang anda sunting, sekaligus menyokong maklumat yang ditambah.

Tiada penyelidikan asli (bahasa Inggeris: No original research, NOR) merupakan salah satu daripada tiga polisi kandungan; yang lain-lain termasuklah pandangan berkecuali (Neutral point of view, NPOV) dan pengesahan (Verifiability, V). Bersama-sama, polisi-polisi tersebut menentukan jenis kualiti bahan-bahan yang diterima dalam rencana. Disebabkan mereka berpaut kepada polisi masing-masing, mereka seharusnya tidak diterjemah secara berasingan, dan setiap pengarang haruslah membiasakan diri mereka dengan ketiga-tiganya.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang contoh-contoh tertentu yang membabitkan penyelidikan asli, ataupun jika anda memerlukan bantuan kerana seseorang telah menuduh anda menyumbang kandungan tersebut, sila lihat Papan kenyataan TPA (WP:NORN).

Sumber-sumber

Penyelidikan yang terdiri daripada pengumpulan dan penyusunan bahan-bahan daripada sumber-sumber yang telah wujud di dalam peruntukan polisi ini dan polisi kandungan lain adalah digalakkan: ini merupakan "penyelidikan berasaskan sumber", dan ianya adalah asas menulis sesuatu ensiklopedia. Namun, sila berjaga-jaga supaya anda tidak melampaui batasan sumber tersebut atau menggunakan mereka dalam kaedah yang tidak konsisten kepada niat sumber itu sendiri, misalnya menggunakan bahan diluar konteks. Secara ringkas, patuhi sumber anda.

Jika sesuatu topik tidak mempunyai sebarang sumber parti ketiga yang sahih, Wikipedia juga seharusnya tidak mempunyai sebuah rencana untuk topik tersebut.

Sumber yang sahih

Sebarang kandungan yang dicabar atau mungkin dicabar haruslah disokong oleh sumber yang boleh dipercayai. "Penyelidikan asli" merupakan bahan di mana tiada sebarang sumber sahih boleh ditemui. Satu-satu caranya anda boleh membuktikan bahawa suntingan anda adalah bukan penyelidikan asli adalah dengan menghasilkan sebuah sumber sahih yang telah diterbitkan yang mengandungi bahan dalam topik yang anda sedang usahakan. Walaubagaimanapun, meskipun dengan bahan yang mempunyai punca yang sahih, jika anda menggunakannya diluar konteks atau untuk memajukan posisinya yang tidak disokong oleh sumber tersebut secara langsung dan jelas, anda juga terbabit dalam penyelidikan asli.

Rumusannya, antara sumber-sumber yang boleh dipercayai adalah jurnal-jurnal yang diulas serta bahan bacaan yang diterbitkan di universiti; buku-buku teks tahap universiti; majalah, jurnal, serta buku yang diterbit oleh syarikat penerbitan masing-masing; termasuklah surat khabar harian. Sebagai peraturan umum, lebih ramai orang yang memeriksa fakta, menganalisis isu-isu sah, dan meniliti penulisan, lebih sahihlah penerbitan yng dilakukan. Bahan kandungan yang diterbitkan diri sendiri, meskipun dalam talian atau di atas kertas, secara umum dianggap sebagai tidak sahih, namun masih terdapat pengecualian.

Menggunakan sumber

Maklumat di dalam sesebuah rencana haruslah sah melalui rujukan yang dipetik. Kenyataan dalam rencana secara umumnya tidak patut bergantungan pada komen atau teks yang tidak jelas atau tidak tekal. Sumber dari teks yang dibuka untuk penterjemahan sebaik-baiknya dipetik dengan telus dan tepat atau dielakkan sama sekali. Sebuah rumusan tehadap perbincangan haruslah mencerminkan kesimpulan yang dicapai oleh penulisnya. Mengekstrak kesimpulan sendiri yang tidak terbukti melalui rujukan yang diberikan dianggap penyelidikan asli tidak mengira jenis sumbernya. Ianya adalah penting bahawa rujukan yang diberikan dipetik berdasarkan konteks dan kekal pada topik asal.

Memetik diri sendiri sebagai rujukan

Pandangan berkecuali

Lihat juga