Duyung (filem): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 219.93.44.100 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 25: Baris 25:
Pada suatu hari, Jimmy ke rumah Tok Mudim untuk meminang Aspalela tetapi ditentang habis-habisan sehingga Tok Mudim macabar Jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan, dia dapat membuat tanahya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaanya mungkin Aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas Jimmy mempunyai tanahnya sendiri Wak Pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang paling berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan Aspalela. Kordi juga benci akan Jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin benggang dengan Jimmy menghalau Jimmy dan menyuruh berkahwin dengan [[ikan duyung]] sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.
Pada suatu hari, Jimmy ke rumah Tok Mudim untuk meminang Aspalela tetapi ditentang habis-habisan sehingga Tok Mudim macabar Jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan, dia dapat membuat tanahya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaanya mungkin Aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas Jimmy mempunyai tanahnya sendiri Wak Pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang paling berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan Aspalela. Kordi juga benci akan Jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin benggang dengan Jimmy menghalau Jimmy dan menyuruh berkahwin dengan [[ikan duyung]] sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.


Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan [[ikan duyung]] terjerat di tali ikatanya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan bangang dan sengal dan macam² lagi dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung.<ref name=sinemamalaysia>http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=603</ref>
Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan [[ikan duyung]] terjerat di tali ikatanya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung.<ref name=sinemamalaysia>http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=603</ref>


==Pelakon dan Watak==
==Pelakon dan Watak==

Semakan pada 14:52, 24 Julai 2008

Duyung
PengarahProf Madya A. Razak Mohaideen
PenulisAzhari Mohd Zain
Dihasilkan olehLatiff Mohaideen
DibintangiSaiful Apek
Maya Karin
Yassin Yahya
Yasmin Hani
Awie
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM1.5 Juta[1]

Duyung merupakan sebuah filem cereka fantasi. Filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang telah ditayangkan di pawagam pada 6 Mac 2008.[2] Filem ini diarahkan oleh A. Razak Mohaideen dan diterbitkan oleh KRU Films dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Line Clear Motion Pictures. Ia membintangkan Saiful Apek sebagai seorang insan berhati mulia yang berkawan dengan seekor ikan duyung yang dilakonkan oleh Maya Karin.

Sinopsis

Templat:Spoiler Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan Orix spesis "big foot". Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan, Jimmy menaruh hati terhadap Aspalela anak kepada Tok Mudim kampung, begitu juga Aspalela.

Pada suatu hari, Jimmy ke rumah Tok Mudim untuk meminang Aspalela tetapi ditentang habis-habisan sehingga Tok Mudim macabar Jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan, dia dapat membuat tanahya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaanya mungkin Aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas Jimmy mempunyai tanahnya sendiri Wak Pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang paling berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan Aspalela. Kordi juga benci akan Jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin benggang dengan Jimmy menghalau Jimmy dan menyuruh berkahwin dengan ikan duyung sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.

Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatanya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung.[3]

Pelakon dan Watak

  • Maya Karin sebagai Puteri (Ikan duyung)
  • Saiful Apek sebagai Jimmy
  • Yassin Yahya sebagai Orix
  • Yasmin Hani sebagai Aspalela
  • Awie sebagai Kordi
  • Raja Noor Baizura sebagai Onah
  • Abu Bakar Omar sebagai Pak Keoi
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Wan Pagek
  • Liza Zain sebagai Tungkik
  • Rosnah Mat Aris sebagai Mak Tungkik
  • Iqbal Mydin sebagai Apai
  • Azhari Mohd Zain sebagai Joli[4]

Penerbitan

Duyung merupakan filem Malaysia pertama menjalani penggambaran di dasar laut. Hampir 40 peratus babak membabitkan dasar laut dan selebihnya masih lagi tidak lari daripada laut.[5] Penggambaran mengambil masa 25 hari di Pulau Sipadan, Sabah. Maya Karin melakukan semua babak dalam laut tanpa bantuan teknik gandaan stunt.[6]

Syarikat penerbitan, Grand Brilliance Sdn Bhd mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta dengan penayangan di 59 buah panggung seluruh Malaysia, iaitu jumlah yang paling banyak dalam sejarah penayangan filem Melayu.[7] Namun begitu, penerbit filem lain menyifatkan sasaran itu adalah mustahil kerana kebiasaan komedi Saiful Apek dan penampilan CGI yang tidak begitu menarik.[8]

Promosi

Penaja filem ini iaitu DiGi membelanjakan RM1.5 juta bagi tujuan promosi.[7] Pelbagai peraduan bagi mendapatkan tiket Duyung percuma juga diadakan.[9] Treler berdurasi 1 minit dalam Bahasa Melayu dan Inggeris diedarkan di samping klip promosi berdurasi 30 dan 10 saat juga dalam Bahasa Melayu dan Inggeris telah ditayangkan di televisyen.[10]

Sambutan

Sungguhpun ditayangkan melalui hari pilihanraya yang dikhuatiri membantutkan kunjungan ke pawagam, namun dalam tempoh minggu pertama tayangan, filem Duyung berjaya mengutip RM2.7 juta, berada tempat kedua carta filem terlaris mingguan di pawagam Malaysia pada minggu tersebut, hanya mengekori filem 10,000 B.C.[11]

Kritikan

Walaupun pengarah filem ini, A. Razak Mohaideen mahu keluar daripada kebiasaan filem-filemnya sebelum ini yang mendapat kritikan hebat, filem Duyung dikatakan masih lagi tidak lari daripada tipikal filem pengarahnya. Pembinaan watak dikatakan sangat sinonim dengan filem-filem hindi dan jalan cerita mudah dan komedi ringan masih lagi digunakan.[12]

Runut Bunyi

Kulit album runut bunyi Duyung.

Album runut bunyi filem Duyung telah dilancarkan pada 24 Januari 2008 bersama-sama dengan pelancaran novel Duyung.[13] Album ini menampilkan 10 lagu runut bunyi.[4]

Senarai Runut Bunyi

  1. Aspalela - Saiful Apek
  2. Hampir Ke Situ - Mendua
  3. Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk - Flava
  4. Bila Terasa Rindu - Dafi
  5. Datanglah Kekasih - Pianka
  6. Teramat Sangat - Aznil Haji Nawawi
  7. Jikalau Aku - Ezlynn
  8. Masih Mencari - X Factor
  9. Gadis Misteri - Indigo
  10. Yahoo - Duyung & Dugong

Novel Duyung

Kulit buku novel Duyung.

Novel Duyung telah diterbitkan yang mengandungi cerita yang dipetik dari filem Duyung. Ia telah diadaptasi daripada idea asal Azhari Zain oleh Panel Skrip KRU dan Meor Shariman.[14] Novel ini telah dilancarkan pada 24 Januari 2008 dan boleh didapati dengan harga RM14.90.[13]

Rujukan

  1. ^ Itar, A. Aziz (2007-10-26). "Duyung sasar kutipan tiket RM10 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-01-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ (Inggeris) Kamin, Azhariah (2008-01-04). "Home-grown movies". The Star. Dicapai pada 2008-01-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=603
  4. ^ a b (Inggeris) http://duyung.net
  5. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=259
  6. ^ (Inggeris) Johan, Rizal (2007-10-25). "Maya Karin plays a mermaid". The Star. Dicapai pada 2007-10-25. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ a b Berita Harian, Duyung Muncul di 59 Pawagam
  8. ^ Abdullah, Akmal (2008-3-6). "Mampukan Duyung Capai Sasaran Kutip 10j". Berita Harian. Dicapai pada 2008-3-6. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  9. ^ http://digi.com.my/rentaq/apayggempak/duyung/index.do
  10. ^ http://www.youtube.com/user/krustudios
  11. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (2008-03-14). "Demam pilihan raya tidak gugat Duyung". Berita Harian. Dicapai pada 2008-03-15.
  12. ^ Ku Seman Ku Hussain (2008-03-16). "Duyung Kasihannya". Utusan Malaysia.
  13. ^ a b http://www.budiey.com/pelancaran-novel-dan-soundtrack-filem-duyung/
  14. ^ http://farm3.static.flickr.com/2112/2246732328_f507de487b.jpg

Pautan Luar