Wikipedia:Manual gaya penulisan/Perkataan untuk dijaga: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
BodhisattvaBot (bincang | sumb.)
Baris 31: Baris 31:
[[fr:Wikipédia:Contenu évasif]]
[[fr:Wikipédia:Contenu évasif]]
[[ko:위키백과:모호한 표현을 삼가 주세요]]
[[ko:위키백과:모호한 표현을 삼가 주세요]]
[[hr:Wikipedija:Neodređene tvrdnje]]
[[ia:Wikipedia:Evita terminos evasive]]
[[ia:Wikipedia:Evita terminos evasive]]
[[it:Wikipedia:Evasività]]
[[it:Wikipedia:Evasività]]

Semakan pada 11:29, 5 Ogos 2008

Pengucapan yang Samar-samar(Bahasa Inggeris: Weasel Term), merujuk kepada pengucapan yang cendurug untuk mewujudkan satu konteks yang samar-samar, yang biasanya bertujuan untuk melembutkan suasana semasa menyentuh perbincangan isu yang keras ataupun isu yang bersifat kontroversi.

Pengucapan yang samar-samar boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu caranya ialah dengan mengaitkan satu pernyataan dengan sumber yang samar-samar, contohnya:

Bagi sesetengah warga kota, Puchong sememangnya diakui sebagai kawasan yang paling bahaya di Lembah Klang

Dalam ayat ini, "bagi sesetengah warga kota" sebenarnya adalah pengucapan yang samar-samar. Ia adalah sumber yang tidak ternama dan pada hakikatnya adalah "sumber kosong". Pengucapan ini sebenarnya tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada pembaca tentang siapakah yang telah membuat pernyataan.

Contoh Pengucapan yang Samar-samar

  • Menurut pihak tertentu...
  • Menurut suatu laporan tidak rasmi...
  • Sememangnya diakui ramai...
  • Bagi golongan tertentu...
  • ...adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
  • ...mungkin merupakan...
  • Menurut suatu kajian sains...
  • sesetengah sarjana berpendapat...

Lihat Juga