Roger Federer: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
BodhisattvaBot (bincang | sumb.)
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot Menambah: eu:Roger Federer
Baris 50: Baris 50:
[[es:Roger Federer]]
[[es:Roger Federer]]
[[eo:Roger Federer]]
[[eo:Roger Federer]]
[[eu:Roger Federer]]
[[fa:راجر فدرر]]
[[fa:راجر فدرر]]
[[fr:Roger Federer]]
[[fr:Roger Federer]]

Semakan pada 15:00, 12 Ogos 2008

Fail:Roger Federer cropped.jpg

Roger Federer merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Switzerland. Beliau menjadi pemain nombor satu di dunia sejak 2 Februari 2004. Beliau sering dianggap sebagai antara pemain paling hebat di dunia.

Federer telah memenangi Grand Slam 12 kali, Piala Masters Tenis tiga kali, serta ATP Masters Series 14 kali dalam kerjayanya. Kini, beliau memegang rekod menang dalam tiga Grand Slam dalam setahun untuk tiga tahun (2004, 2006 dan 2007), mencapai perlawanan akhir dalam sepuluh Grand Slam berturut-turut, serta rekod bersama memenangi Kejohanan Wimbledon lima kali berturut-turut dari 2003 hingga 2007.

Beliau merupakan satu-satunya pemain yang mencapai perlawanan akhir setiap Grand Slam untuk dua tahun berturut-turut dari 2006 hingga 2007, serta memenangi kedua-dua Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat empat tahun berturut-turut.

Kerjaya

2001-2003

Federer memenangi pertandingan ATPnya yang pertama pada Februari 2001 di Milan. Beliau mencapai suku akhir di Wimbledon, mangalahkan Pete Sampras dalam pusingan keempat. Pada 2002, beliau mencapai perlawanan akhir Masters Series pertamanya di Masters Miami, tetapi ditewaskan oleh Andre Agassi. Jurulatihnya Peter Carter meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada Ogos 2002, dan ini dikatakan begitu menyedihkan bagi Federer. Federer kalah dalam Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS pada pusingan awal. Pada 2003, beliau mencapai pusingan 16 akhir Terbuka Australia tetapi kalah dalam pusingan pertama Terbuka Perancis. Namun, beliau berjaya memenangi Grand Slam pertamanya dalam Wimbledon, dengan mengalahkan Mark Philippoussis dalam perlawanan akhir dan hanya tewas satu set dalam seluruh kejohanan. Walaupun Federer kalah dalam pusingan 16 akhir Terbuka AS, beliau memenangi Piala Masters Tenis, dengan mengalahkan Andre Agassi dalam perlawanan akhir.

2004

Tahun 2004 merupakan tahun cemerlang bagi Federer. Beliau memenangi tiga daripada empat Grand Slam, dan menjadi pemain nombor satu di dunia selepas Terbuka Australia di mana beliau menewaskan Marat Safin dalam perlawanan akhir. Beliau menewaskan Andy Roddick dan Lleyton Hewitt dalam perlawanan akhir Wimbledon dan Terbuka AS masing-masing. Beliau juga meraih Piala Masters Tenis dengan mengalahkan Lleyton Hweitt dalam perlawanan akhir. Federer hanya gagal memenangi Terbuka Perancis serta pingat emas Olimpik Athens 2004.

2005-2006

Federer memulai tahun 2005 ditewaskan oleh Marat Safin dalam separuh akhir Terbuka Australia. Beliau juga dikalahkan oleh Rafael Nadal dalam separuh akhir Terbuka Perancis. Safin dan Nadal memenangi Terbuka Australia dan Terbuka Perancis masing-masing. Beliau berjaya mempertahankan kejuaraan Wimbledon dan Terbuka ASnya, tetapi kalah kepada David Nalbandian dalam perlawanan akhir Piala Masters Tenis 2005. Pada 2006, beliau sekali lagi memenangi tiga daripada empat Grand Slam, serta mengekalkan diri sebagai pemain nombor satu. Dalam Terbuka Perancis, Federer gagal menewaskan juara bertahan Rafael Nadal dalam perlawanan akhir. Beliau turut memenangi Piala Masters Tenis.

2007

Federer memenangi Terbuka Australia, menewaskan Fernando González dalam perlawanan akhir. Pada Mei, Federer menewaskan Nadal dalam Masters Hamburg, kali pertama dalam permukaan liat. Namun, Federe masih kalah kepada Nadal dalam perlawanan akhir Terbuka Perancis 6-3, 4-6, 6-4, 6-3. Federer berjaya meraih Wimbledon (7-6, 4-6, 7-6, 2-6, 6-2 menewaskan Nadal) dan Terbuka AS (7-6, 7-6, 6-4 menewaskan Novak Đoković). Selepas itu, Federer tewas kepada David Nalbandian dalam pertandingan Masters Madrid dan Masters Paris berturut-turut.

Pencapaian

Templat:Link FA Templat:Link FA