Awalan perduaan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Baris 32: Baris 32:
[[Kategori:Pengiraan]]
[[Kategori:Pengiraan]]


[[ar:بادئة بينارية]]
[[be-x-old:Двайковыя прыстаўкі]]
[[be-x-old:Двайковыя прыстаўкі]]
[[bg:Двоична представка]]
[[bg:Двоична представка]]

Semakan pada 15:33, 17 Ogos 2008

Awalan perduaan ialah nama atau simbol berkait yang mendahului sesuatu unit ukuran (misalnya bait) untuk menandakan pendaraban kuasa dua. Bagi sesetengah konteks dalam bidang pengkomputan (misalnya saiz ingatan komputer), pengungkapan gandaan unit yang besar dengan menggunakan kuasa dua adalah lebih sesuai dan berguna.

Oleh sebab pendarab perduaan 1024 (210), 1048576 (220) dan sebagainya masing-masing adalah rapat dengan sesetengah awalan SI seperti kilo- (1000 = 103) dan mega- (1000000 = 106), sesetengah keadaan biasanya menggunakan awalan SI dengan makna perduaannya, misalnya "mega" (atau simbol M) untuk bermaksud 1048576 dan bukannya 1000000, dan sebagainya.

Bagaimanapun, oleh sebab awalan SI mempunyai makna perpuluhan dalam setiap konteks yang lain, penggunaannya telah mengakibatkan kekaburan makna. Tambahan pula, sesetengah bidang termasuk juga bidang pengkomputan telah lama menggunakan awalan SI untuk bermaksud pendarab perpuluhan dan bukannya dalam erti kata perduaan.

Untuk mengatasi kekeliruan ini, pertubuhan-pertubuhan piawaian tidak menggalakkan penggunaan awalan SI dalam erti kata perduaan dan sebaliknya, mencadangkan sebuah set awalan perduaan yang baru untuk menunjukkan pendarab perduaan. Setiap awalan yang berikut adalah 1024 (210) kali angka yang mendahuluinya, dan bukannya 1000 (103) yang digunakan dalam sistem awalan SI. Walau bagaimanapun, penerimaan awalan-awalan tersebut adalah amat perlahan tetapi semakin bertambah.

Lihat juga

Pautan luar

Penukar